Home

Friday, June 22, 2012

Hi Tea Bersama Shahir AF8 !

Kali ini aku hendak bercherita tentang aktiviti aku pada hujung minggu yang lepas. Walaupun esok sudah masuk hujung minggu yang baru tapi ada Jijah kisah kan untuk bercherita pasal hujung minggu yang sudah itu kan? Ekekeke :p Kalau korang masih ingat Jijah ada letak satu gambar dalam entry Random 1 2 3 kan? Ingat tak? Ingat tak? Alah tak ingat lettuew! 

Sabtu lepas aku telah berkesempatan untuk menghadiri Hi Tea Bersama Shahir AF8 yang telah diadakan di PNB Derby Park. Kebetulan ketika itu aku tidak ada sebarang aktiviti lain maka dengan gigih nya aku pun join juga Hi Tea bersama Shahir AF8 bersama dua rakan aku iaitu Shaza dan Sakinah. Kedua-dua itu peminat Shahir AF8 dan err aku juga tidak terkecuali meminati Shahir okes? HAHAH , tehtap lah kau Jah kan? Bak kata kawan aku , semua artis Jijah minat kekdahnya. Oh kay. -__-' 


Sebenarnya aku join Hi Tea bersama Shahir AF8 ini pun sebab nak temankan kawan-kawan aku. Dah lama juga tak join event-event seperti ini dan maybe ini kali pertama aku join Hi Tea artis macam ini kot? Rasanya lah. Selalu just pergi event pesen lain kan. Kali ini pula lain siap ada tema baju bagai kan. Mujur tema nya hitam dan putih so tak susah aku nak mencari baju dan match kan bersama tudung. Save budget mak uols! HAHAH. Gitu lah kau Jijah! So aku sampai dekat PNB Derby Park ini dalam lebih kurang 1 petang. Tapi majlis bermula pukul 2 petang. Agak berdebar jugak nak tengok Shahir AF8 face to face. Boleh? Gedik sungguh kau Jah! keh keh keh ! :p

Lepas sejam macam itu , pergi ambil makanan dan masa tengah makan tiba-tiba terdengar suara orang menyanyi yang agak bergema. Aku tengah makan pun terhenti. Pusing belakang. Eh Shahir! Eh Shahir! Eh memang lah Shahir , kan ini Hi Tea dengan Shahir , Jah oiiii T_T Hahaha , tapi agak excited jugak lah tengok Shahir depan mata. Mujur mek tak terlompat masa tengah makan sebab terkejut opocot khen? HAHA , tak dramatik tak sah kan kau Jah? T_T






Tidak dapat dinafikan suara Shahir memang merdu. Sangat merdu. Tapi mujur Jijah mampu snap gambar Shahir dengan elok tanpa ada perasaan dramatik yang ingin guling-guling atas lantai atau sebaliknya kan? HAHA. Bila nampak Shahir depan mata terus terkedu lagi. Kachak betul abam Shahir ni ye uols? Hahahahah , Jijah dah mula merenyam balik dah! keh keh keh keh. Maafkan saya! :p

Aku suka Hi Tea bersama Shahir ini sebab tersangat santai. Shahir pun punya beramah mesra dengan semua peminat. Terasa macam tersangat dekat dengan Shahir meskipun baru pertama kali berjumpa. Itu apa yang Jijah rasa lah kan? HEHE. Shahir pun punya rajin berjalan ke sana dan ke sini. Jadi tak ada langsung rasa awkward or something kan? Jijah pula bila tengok Shahir macam itu lagi lah seronok dan senang nak snap gambar Shahir kan? Honestly Jijah snap gambar Shahir memang sangat banyak. Rasanya more than 100++. HAHA. Gila tak gila kan? Tapi itulah realiti if aku terlalu enjoy dengan suasana event tu. Gambar pun terlalu banyak sampai aku sendiri pun pening kepala mana satu nak kongsi dengan korang dekat sini.

Okay jom kita layan lagi gambar-gambar Shahir. Hihihihihi.





Ada beberapa aktiviti yang Shahir sempat bermain bersama peminat. Masa tu memang gamat kejap sebab macam-macam yang jadi khen? Nak buat lain jadi lain kekdahnya. Hahah. Paling penting Shahir memang nyanyi banyak lagu. Terpukau Jijah mendengar sebab suara Shahir memang sangat merdu bila live gituh. Terutama bila Shahir tiba-tiba menyanyi lagu Hindustan. Pergh , terus terasa nak tergolek-golek atas lantai perfeeling khen? *pangggg Hahahahaha.

Banyak juga lagu yang Shahir nyanyi masa hi tea tersebut. Memang menusuk kalbu sungguh nyanyian Shahir voleyh? Amboi Jah! Kemain lagi dia memuji khen? Hader ai kisah cak cak cak kan? Hahahahah! Oh Shahir juga sebenarnya turut menyanyikan lagu-lagu baru dia yang sudah pun boleh didapati di dalam album Shahir yang terbaru ini. Korang semua jangan lupa dapatkan album Shahir yang terbaru dan kesemua lagu-lagu yang terkandung dalam album itu semua best-best! Nanti Jijah kasi review k pasal album itu! Dah ada dalam draft cuma belum publish sahaja lagi. Heheh. Tak mahu cherita panjang meh cuci mata lagi tengok gambar Shahir! Ekekekeke :p


Pelancaran Album Shahir versi bersama Peminat.





sebenarnya masa ni Shahir pandang depan dan nak pusing ke belakang tapi harus terkejut tengok Jijah dekat belakang khen? hahaha maafkan saya!

selamat kachak heols memandang kamera! :p


Shahir memotong Kek Red Velvet yang Yummy yang diberi oleh fans Shahir.

masa lepas Shahir potong , Shahir tanya siapa nak , dengan tanpa rasa malu Jijah cakap Jijah nak. terus Shahir pandang belakang dia ala-ala nak kasi kek tu. Ekekek. *panggggg diri sendiri sebab tak tahu malu*

Lepas aje macam-macam acara yang dilakukan bersama fans , tiba masa yang dinanti-nanti oleh seluruh peminat Shahir yang hadir pada hi tea tempoh hari iaitu sesi autograf dan bergambar. Hah! Masa ni memang semua pun beratur dan bergambar! Korang rasa Jijah ada buat aksi dramatik tak depan Shahir?Ada tak?Ada tak? *pangggg Hahahaha. 






kawan saya - Kina & Shaza! :D



Pergh memang banyak kan gambar? Banyak kan? Memang sangat banyak! Rambang mata nak memilih. Penat juga nak letak watermark ni okes? Itu pun ada yang dah cilok gambar-gambar yang Jijah snap guna kamera kawan Jijah ni tau? Aiyoh! Tak tahu nak cakap apa dah! Please lah minta izin dulu k? Tak luak pun gambar tu kalau korang minta izin! Ish! Again if nak ambil gambar ini ambil lah , tapi atleast give some credit to us lah kalau dah tak mahu minta izin kan? Amboi Jijah penat-penat snap korang senang-senang pulak buat gambar tu macam korang yang berguling snap gambar tu kan? Babap karang! 

Okayyyyyy jom layan lagi gambar! Maafkan Jijah sebab banyak betul tepek gambar kan? Habis tu dah snap banyak-banyak buat apa peram buat jeruk perkasam kan? Eh! 


Album Shahir! Dapatkan di Pasaran!
:)


Shahir kena "buli" kekdahnya! Jijah tengok dia pakai topi errr then Jijah kata buka topi tu Shahir , lagi hensem! Hahahahah 
Terus dia pergi dekat cermin betulkan rambut! Alahai bagusnya Shahir ni. Terharu tetibe! Erkkk.


Shahir , Kek Kurma dan Shaza.
kihkihkih !



ngeh ngeh ngeh!

Jijah dan Shahir !

memang ada drama sikit. biasalah Jijah = Drama -__-' 

Lepas aje sesi autograf dan bergambar , semua peminat Shahir dan Shahir sendiri pergi ke arah swimming pool untuk bergambar secara berkumpulan. Pergh , perfeeling magazine Mangga kejap! Hahahahaha! Korang hado? *pangggg 





Hah! Tak puas bergambar dekat dalam! Bergambar dekat luar!

Jijah memang tamak haloba T_T




Fuh! Akhirnya! Habis juga tepek menepek gambar dan bercherita ala kadar tentang Hi Tea bersama Shahir ni kan? HEHE , minta maaf lah kalau korang rasa macam besarrrr sangat Jijah letak gambar dan banyakkkkk sangat gambar nya kan? Sekali sekala nak perfeeling macam ini. Kikikikikiki. Over all aku rasa hi tea ni cukup santai dan Shahir sangat pandai melayan peminat. Jijah yang minat biasa-biasa pun terus jadi minat luar biasa tau? keh keh keh. Kemain sangat ayat Jijah ni tau! :p

Terima kasih Kelab Peminat Shahir untuk event ini , layanan yang sempoi dan goodies beg yang comel ! InsyaAllah next year akan join lagi ! Paling penting akan terus menyokong Shahir uols! Itu yang penting! Itu yang penting! Wah! Gituew kau Jah! Ekekekekek :p


Comel goodies beg ini ! :)

Akhirnya selesai sudah entry ini. InsyaAllah next time Jijah akan cuba untuk review album terbaru Shahir. Jijah dah dengar kesemua lagu-lagu dalam album tersebut dan tidak dapat dinafikan kesemua lagu-lagu dalam itu sangat sedap meskipun kuantiti lagu dalam album itu tidak banyak seperti yang diharapkan gituh. But it's okay atleast ada lagu-lagu yang berkualiti dan sedap gitu! :) So uols , ada yang masih meminati Shahir AF8? Kalau yang tak pernah dengar suara Shahir , pergi aje youtube! Mesti korang pun akan mengiya-iyakan statement aku yang suara Shahir merdu! :D

Last but not least. 


sebahagian daripada peminat Shahir! :)


Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

10 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

abe gg besi yg kacak oke...
mcm malu2 cat jer dia tu ngeee

Qhaifa Nur said...

lama tak dengar citer dia...

Jamal Arjuna said...

asal muke kite kesipi sipian je semua .... sadis :)

Jamal Arjuna said...

asal gamabr sipi jer ala sdey

tiefazatie said...

kelas ko dik!hee

Hani Shaklee said...

mesti ensem kan shahir kalau tengok live?? uhh..saya terkesima..

Asmara said...

wah peminat.. pompuan ramai. hehe.. iyer diakui mmg kacak shahir ni. :D

Ardini Humaira said...

waaa shahir! :D

Anonymous said...

Jijah ade cte xpasal shahir utk thn 2013 ni???

Hida Kadiso said...

oh jijah.. akak baru bace entry ni.. bestnye dpt pegi hi-tea ngan shahir.. maap le akak ni dah ketinggalan banyak tahun dah.. hehehhe..