Home

Monday, January 14, 2013

Selepas 19 Tahun.

Akhirnya sudah secara official berusia 19 tahun. Alhamdulillah. Baru berkesempatan untuk menulis dan mengetuk kibod bagi mengupdate belog kesayangan. Masa agak sempit sedikit untuk sedikit aktif dihujung minggu. Ada banyak pula aktiviti jimba ria bersama orang yang tersayang. Amboi , ayat bukan main lagi tersayang dia eh? HEHE. 

Rasa macam tak percaya yang usia Jijah sudah 19 tahun. Rasa macam sudah semakin tua. Tak perlu rasa lagi , memang sudah semakin tua. Sudah tiba masa untuk Jijah lebih fokus pada diri sendiri selepas ini. Terlalu banyak perkara yang Jijah fokuskan sebelum ini sehingga Jijah juga hampir lalai dengan perkara yang sepatutnya. Ada terlalu banyak harapan dan azam yang dipasang dalam hati. Semoga ada peluang dan ruang untuk melaksanakan semua itu.

Sebelum Jijah terlupa , Jijah benar-benar terharu buat semua yang tidak putus-putus menitipkan doa , ucapan serta harapan pada 11 Januari yang lepas. Malah sehingga selepas 11 Januari pun masih ada yang memberi ucapan pada Jijah. Alhamdulillah. Terima kasih untuk semua. Terima kasih untuk doa yang sangat terkesan dengan hati Jijah. Terima kasih untuk ucapan yang sungguh menyentuh jiwa Jijah. Terima kasih untuk harapan yang tidak pernah luntur untuk Jijah. Semua itu sungguh menyentuh seluruh jiwa dan raga Jijah. Semoga Allah yang membalas jasa baik kalian. 

Sekarang sudah 19 tahun. Sekarang sudah tiba masa untuk bangun dari mimpi yang lena. Sekarang sudah tiba masa untuk Jijah fokus kepada perkara yang Jijah ingin fokuskan untuk masa hadapan Jijah. Moga ada peluang dan ruang untuk Jijah. Susah atau senang , itu bukan penghalangnya lagi. Kan? Selepas berusia 19 tahun ini , harapan Jijah agar Jijah lebih matang dan bersabar dengan macam-macam kerenah manusia serta dugaan yang tidak pernah henti ini. Kalau tiada kesabaran runsing jika jadi sesuatu yang lain pula. Kan? Heh.

Tiba-tiba pula macam serius pula isi entri ini. Konon nya nak buat entri santai-santai yang pendek. Tapi dalam mimpi saja lah Jijah nak mengetuk kibod dalam kadar yang pendek kannnnnn? Hiks. Ada banyak cherita yang Jijah nak kongsikan. Ada semangat yang tiba-tiba membara sehingga terasa nak mengetuk kibod lagi dan lagi. Nak menulis kadangkala kena tengok pada mood dan situasi jugak kan? Patut lah belog Jijah ni sendu sangat kan? HAHA. 

Konon nya nak bercherita aktiviti selepas usia 19 tahun. Tapi macam tidak berjaya saja. Takpelah Jijah kasi teaser dulu. Sejak malam 10 Januari itu , memang ada banyak aktiviti Jimba Ria Jijah. Sebenarnya masa 10 Januari tempoh hari sejak pagi lagi Jijah keluar sehingga tengah malam baru pulang. Jimba ria sangat kan? HEHE. Tapi itu semua nanti dulu. Rasa macam kena buat entri lain. Karang jadi panjang pula kannnn? Tapi sebelum itu nak juga tepek beberapa keping gambar. Sebelum 19 tahun dan selepas 19 tahun punya gambar. Let's ?!


Jijah , Yeen , Ieja & Cess.

My Lovely Geng Senah! 


I is a Happy Girl! Hahahaha... 

Diva Pora eh? :p


Jijah & Cik Ted?

Double Happy! 

Thanks !

Itu baru teaser gambar kan? Excited tak? Excited tak? Eceh! Macam ada orang kisah dengan belog JijahTemo ni khen? Ekekekek. Alhamdulillah untuk semua ini. Gambar sahaja sudah menunjukkan Jijah gembira kan? Memang gembira pun. Nanti tunggu saja cheritanya. InsyaAllah dengan tahap kerajinan sekarang tidak akan ada lagi cherita basi. Malah tengah merajinkan diri untuk menghabiskan cherita basi tahun lepas. Oh my!!! Tahun lepas? Macam susah nak percaya sekarang sudah tahun 2013 kan? HEHE , gedik sangat Jijah!! :p

Terima kasih untuk semua yang membuatkan 19 tahun Jijah yang baru beberapa hari ini indah warna warni. U know who you are right? HEHE. Nanti jika ada kelapangan lagi Jijah update cepat-cepat lagi. Semangat nak menulis tengah membara-bara katanya. Haruslah gigih update kan? Sekarang tengah gegeh nak buat schedule post untuk cherita basi dulu. Bersabarlah hati untuk siapakan semua benda ini kan? Hiks, siapa suruh lambat sangat update kan? Ngeheheh.

Kisahnya , terima kasih untuk semua. Ucapan artis sangat kan? Okbye.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

5 comments:

nadia said...

happy birthday sayang.... nice knowing you... semoga jijah akan success!

ibuammar said...

happy birthday sayang...nice knowing you... semoga jijah terus suksess gituuu.... :)

Myra Jay said...

Jijahhhh......
Baru umo 19 ka.... Muda nya....

Muka Jijah sangat matang, akak ingat dalam 20an macam tu.. :)

Qhaifa Nur said...

moga terus bersemangat Ijah......

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Apakah Ted tu Abe tapa yg Kasi?????
Awwwww