Home

Friday, April 8, 2011

Allah Sentiasa Ada Dengan Kita

Semalam saya kecewa. Semalam saya menangis. Semalam saya berduka. Semalam terasa sangat lemah. Biasa lah , saya pun manusia jugak. Tak selama nya boleh ketawa senyum riang. Tak selama nya boleh tersengih nampak gigi yang tak putih ni. Tapi Allah itu Maha Adil lagi Maha Pengasih. Semalam sejurus saya menge-post entry sebelum ini tentang rasa hati yang kecewa dan terkilan , saya mendapat satu berita yang membuatkan saya rasa hendak menangis dalam tawa sekaligus.

Tak sangka. Terkejut lantas terasa nak peluk semua orang yang berada di sekeliling. Sungguh lah Allah itu Maha Mendengar rintihan hamba-hamba nya. Allah itu sentiasa ada dengan kita. Saya tak akan jugak cherita apa kah benda nya yang buat aku kecewa terkilan lepas itu gembira bersyukur pula. Maaf lah , kadang-kadang tak semua benda kita kongsi bersama. Kena juga ada rahasia sana sini kan. Eheh. Jangan lah ada yang menyumpah dalam hati ; habis tu Joyah yang kau nak juga cherita apa hal derr? Lain kali baik dendiam?!! Hamboii hamboii , banyak cikadak betul! Eh eh tiba-tiba je nak emosi kan.

Sesungguh nya hari semalam macam-macam jadi. Nak menangis tapi itu lah bila dah hendak larut malam dapat berita yang menggembira kan namun ada jugak perasaan debar kan. Haih. Tak pernah habis masalah yang jenis "itu". Tak apa lah , setiap dugaan , ujian dan cabaran yang Allah beri tu bukan saja-saja , malah saya pernah dengar dalam radio Ikim dulu-dulu bahawa setiap sakit yang Allah kasi itu pun tanda Allah sayang pada kita. Kerana doa orang yang tengah sakit makbul , insyaAllah.

Tak tahu nak tulis macam mana lagi. Saya gembira dan bersyukur. Hidup ini kan umpama roda. Semalam sedih belum tentu esok sedih lagi. Mungkin akan ada pelangi muncul keesokkan nya. Teringat entry saya yang sebelum ini yang menyatakan tentang kekecewaan juga tentang quotes dari Twitter : Kita Tidak Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Kita , Sedang kan Allah Maha Mengetahui. Bila terjumpa ayat-ayat begini , hati kembali berbunga. Senyum tak berhenti meski air mata berjuraian juga. Ceh ceh ayat dramatik yang tak pernah habis kan? Eheh. 

Banyak benda yang nak di coretkan. Haih , ini lah masalah nya. Bila sedih ayat ringkas tahap saya sendiri pun sendiri terkejut bila baca balik. Bila gembira , haih orang pun tak sanggup nak baca kan? Eheh. Maaf kan saya sekali lagi. Uhuh , dah alang-alang entry ni ala-ala keagamaan sikit. Moh lah saya share sedikit mengenai Waktu-Waktu Doa Mustajab. Sumber nya daripada SINI

1. Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
2. Selepas solat fardu
3. Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
4. Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
5. Selepas solat fardu
6. Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
7. Ketika dalam peperangan atau darurat
8. Ketika sujud
9. Ketika dizalimi orang
10. Ketika musafir
11. Bapa mendoakan kebaikan anak
12. Ketika wukuf di Padang Arafah
13. Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari
14. Selepas solat Asar
15. Ketika mahu berbuka puasa
16. Ketika sakit
17. Doa pada malam Lailatulqadar
18. Doa pada malam Jumaat
19. Doa dalam Masjidil Haram
20. Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudhah)
21. Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis
22. Apabila khatam membaca al-Quran
23. Doa raja yang adil
24. Doa anak yang taat kepada ibu bapa
25. Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah
26. Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjidil Haram
27. Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram
28. Berdoa di Hijr Ismail
29. Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah

Eheh , sekali sekala berkongsi ilmu apa salah nya kan. Waktu saya kecik-kecik dulu cikgu tadika saya selalu cakap nak doa makbul suruh mak beli kan Mc Donald maka berdoa lah waktu hujan. Heh , waktu tadika dulu apa benda sangat nak berdoakan selain daripada nak makanan dengan toys kan? Eheh , bila dah besar baru reti nak berdoa betul-betul. Tapi memang sungguh lah bila berdoa ketika hujan lebat , insyaAllah doa akan di makbulkan. Asalkan jangan lah kau doa yang mengarut-ngarut tak tentu hala. Heh.

Saya nak bercakap lebih-lebih pasal agama , aku pun bukan arif. Saya cuma tulis apa yang saya tahu saja. Lagipun kalau memberitahu soal agama untuk kebaikan bersama tak ada salah nya. Cuma yang menjadi masalah sekarang ramai yang cuba berdebat tentang isu agama. Haih. Saya pun bukan nya baik sangat nak ceramah agama semua. Tapi apa-apa pun kena jugak mencuba untuk menjadi baik dan berubah ke arah kebaikan kan? :) Yeap dan saya pun masih mencuba untuk menjadi yang lebih baik :)

Dan yang paling penting doa itu senjata kita sebagai orang Islam :) Itu yang nenek dengan mak saya selalu cakap. Eheh , macam terpanjang pulak entry kali ini kan. Apa-apa pun saya bersyukur kerana kekecewaan saya telah terubat. No more tears , no more moody and no more emo-temo setakat ini. Alhamdulillah. Thank You Allah! 



thank you Allah. :')


2 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Setiap dugaan adalah ujian dariNYA
Sama ada mampu menghadapinya atau sebaliknya
Mcm k.Ayu spjng bln lepas adalah ujian buat diri ni
Almost tewas but I never give up
InsyaAllah Allah always with u v(^_^v)♪

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu : yup. semua itu ujian dari Nya dan Dia lebih tahu segala nya :)

tq ye kaka ayu :) *hugs*