Home

Friday, April 29, 2011

Antara 2 Tahun 5 Bulan 4 Minggu 1 Hari dengan 7 Bulan 2 Minggu 2 Hari serta 3 Minggu. Uitts , apa semua ni? Bahana Nak Exam Ke Ni?

entry ini di auto-publishkan.

Seperti biasa , aku suka betul letak tajuk panjang-panjang sampai orang rasa macam nak kasi makan bola golf dalam mulut sebab tak gheti-gheti pendek kan tajuk tu kan? Uhuk. Maaf kan aku. Pasti nya kali ini tajuk dan isi akan sama. Tak akan melencong macam sebelum ni. Bila baca tajuk tuh rasa macam annoying pun hade tapi hade aku kisah cak cak cak? 

Memang sungguh nak kena kasi masuk bola golf dalam mulut kasi diam sikit khen? Uhuk Uhuk. Sebenar nya nombor-nombor di atas yang menyeliratkan urat-urat kepala serta sel-sel otak merupakan jangka masa dua belog kesayangan aku. Iye , aku ada dua belog yang di mana dua-dua sama-sama penting. Kisah sebenar nya panjang. Di sebab kan aku rajin bercherita hari ini , moh lah aku bercherita. Tak ada menarik bak di kayangan but atleast boleh lah kasi kau orang hilang menguap kejap hari Jumaat ni kan? Elleh , macam tak tahu yang korang tu mesti tengah tak sabo nak berhujung minggu setelah sakan bekerja sampai putus segala urat kan? Muehehehe , ayat aku ni apa pasal asyik cakap pasal urat je nih? Haish. 

Aku start menulis di alam belog nih lebih kurang tiga tahun yang lepas. Mula-mula aku hanya sekadar bermain-main. Masa tu aku baru berumur 14 tahun. Fuhh , celik IT sungguh. Padahal kalau barang-barang gadget aku rosak lintang pukang jugak nak kung kang kang kung nak repair konon pandai nya kan? Helleh! Lepas tu aku main-main menulis sebab aku memang suka menulis. Bila menulis dan meluahkan dengan kadar sederhana dan tidak melarat-larat akan tercetus satu kepuasan yang tak akan dapat di mana-mana. Ini salah satu cara bagi aku untuk meredakan rasa tekanan yang melampaui batas. Heh. Memang semua nya secara tidak sengaja. Gigih rahasiakan segala url belog takut ahli keluarga tersayang dapat tahu. Takut weh , dah lah masa tu aku tulis lintang pukang english huru hara dengan jiwa berkecamuk mengalahkan orang hilang boyfriend. Muahahahah.

Tak ada lah kata nya sekarang ni english aku dah bagus. Tidak , jangan lah kome-kome salah faham pulak. Aku sedar english aku punya grammar tahap kau orang nak kasi pelempang sebab suka hati je main taram kan? Maaf lah , aku masih belajar lagi. Aku tak hebat pun nak speaking Liverpool semua ni. Tapi faham tu iye lah faham nya. Dah dah , tak payah nak bercherita hal itu. Hahaha. Kemudian dah lebih kurang dua tahun setengah aku seronok menulis dekat situ , ada kejadian tak di ingini berlaku. Tak payah lah kauorang nak tahu. Biar aku simpan dalam dada aku tentang semua itu. Masa tu tak tahu pun Nuffnang. Tak tahu pun istilah belogwalking. Tak tahu pun boleh menjana pendapatan sambil menulis kisah merapu. Sungguh tak tahu. Aku kan innocence. Muahahaha , sila lempang pipi sendiri bertalu-talu ye. Keh keh keh.


banyak benda kita boleh belajar melalui blog-ing. 
pahit , manis , suka dan duka. semua nya datang sekali harung.
#ehyeke?

Lepas itu aku kunci belog yang lama. Buat belog yang baru. Tak nak orang tahu belog lama aku. Tak nak orang baca apa-apa dekat situ. Maklum lah banyak kisah hitam yang catitkan dalam tu. Hish , akal pendek masa tu habis segala jadah benda aku pergi tulis dalam tu. Tak apa lah itu semua jadikan pengajaran berguna dalam hidup. Oh dulu nya belog lama aku , aku bagi title : Beauty In Tragic. Haa , memang betul tragic lah lepas tu. Terpaksa katup belog tuh setelah lama bemesra dengan belog itu. Eceh. Kemudian lahir lah Cherita Emo-Temo. Oh ya selepas itu aku macam ter-aktif dengan contest-contest ni , maka aku buang segala isi di dalam Beauty In Tragic dan jadikan itu blog contest sebab aku malas nak buat blog baru. Heh , maka jadi lah Cherita Contest. Muahaha , nampak benor pemalas. Ekekek.

Oh ya , ramai jugak yang tertanya-tanya apa ke jadah benda nya EMO-TEMO ituew? Produk? Barang perhiasan? Atau apa kah? Eheh. Sebenar nya semua ini segala nya secara tidak sengaja. Entah macam mana aku boleh terkeluar idea konon nya nak buat nama : EMO-TEMO. Alah macam buat perkataan gedik-gedik gituh. Hahah. Jadi nya sejak bulan 9 tahun lepas sehingga sekarang , terciptalah IjahEmoTemo dengan produk nya Cherita Emo-Temo. Chewah. Gituh kau Maria! HAHA. Itu aje nya kisah nya. Memang betul banyak yang aku belajar dengan belog nih. 

Menulis di dalam belog ada baik dan buruk nya. Terlalu show off kau akan di keji. Terlalu dramatik pun tak semesti nya orang akan suka kau. Just be yourself. Senang cherita nak menulis belog ni bukan sebab kau nak jadi popular ke atau niat-niat tertentu yang memang tak baguslah. Memang banyak dugaan menjadi seorang blogger ni. Tak semua nya indah. Tak semua orang akan suka dengan tulisan kita. Tak semua orang faham dengan apa yang kita tulis tapi yang penting kita tahu sudah lah. Ekekeke , apahal aku rasa ayat aku belit-belit ni? Muahahaha , mati lah.


Beauty In Tragic atau Cherita Contest.

Cepat masa berlalu. Dah nak masuk 3 tahun ye aku dalam dunia blog-ing :)

sekarang aku dah ada IjahEmoTemo dan IjahEmoTemojr , jangan terkejut kalau tiba-tiba yang post komen dan post entry guna nama IjahEmoTemojr ye? Eheh.

Senang cherita dalam dunia blog-ing ni kena jadi diri sendiri. Boleh nak jadi kan sesiapa sebagai idol korang. Tapi tak payah sampai nak copycat ayat diorang , sampai nak copycat to-be-like-them. Nampak benor nipu nya. Gituh lah kan? Alhamdulillah , setakat ni aku rasa tak kot jadi macam "siapa-siapa" , eheh. Sebenar nya tak ada niat pun kan nak menulis pasal benda alah ni , tapi entah apa pasal nak tulis jugak pasal benda ni. Mungkin sebab tengah tak ada idea menarik nak tulis pasal benda lain kot. Uhuh. Ada tapi malas lah nak bercherita lagi. Eheh. 

Aku sedar belog aku ni sekali menulis panjang benor tulisan nya , maaf lah ye , aku sekarang ni jenis suka membebel , sekali dapat menulis terus jadi panjang. Harap kome-kome tak bosan lah ye. Lagi satu aku perasan , ramai yang lagi suka jadi "pembaca senyap" daripada jadi pengomen. Kenapa ye? Aku ni garang sangat ke uols? Haha , jangan lah macam tu. Walaupun kadang-kadang ayat aku agak kurang ajar dan biadap ; itu hanya untuk mereka yang betul-betul panaskan hati aku je. Orang buat baik kita buat baik. Orang buat biadap , tak payah lah nak biadap balik tapi kalau melampaui batas , kesabaran kita pun terjejas jugak idak nya? Gituh.


Setakat ini aku sangat enjoy menulis di sini meski banyak betul mulut-mulut belakang yang cakap macam-macam hal aku. I knew yang kau orang caring pasal aku tapi tak perlu lah buat ayat yang menghiris kalbu aku. Tak nak jaga hati aku apa lah. But atleast jaga hati mak ayah aku. Kalau diorang dengar tak ke sayat hati diorang tu? Jangan asyik fikir kehendak mulut je fikir jugak perasaan orang lain dan tolong berada di situasi seseorang tu sebelum nak berkata sesuatu. Ok sudah lah nak cakap hal itu ini , tak suka lah nak buat entry marah-marah orang. Nanti badan jadi panas lemau je tau. Uish.

Alhamdulillah , memang tak di nafikan di dalam dunia blog ni boleh juga menjana pendapatan dengan Nuffnang , Heartbeat dan itu saja lah yang aku guna sekarang. Oh tak lupa ChurpChurp. Tak selalu nya nilai duit dalam itu tinggi tapi atleast ada lah jugak nilai nya. Setiap orang ada rezeki dan bahagian masing-masing kan. Jadi buat apa nak membebel riuh sekampung kalau kita tak dapat kan? :) Oh ya aku turut terharu bila ramai jugak yang follow belog aku nih. Terima Kasih ye. Maaf kalau aku tak follow belog korang. Aku tak nak follow secara paksaan. Lagi best kalau ikut kerelaan hati kan? Eheee. Oh ya terima kasih juga buat mereka-mereka yang menjenguk belog aku tak kira siang dan malam , tak kira awak tu pembaca senyap ataupun tidak. Terima Kasih ya :') Kalau ada terkasar bahasa , mengguris hati , maaf kan aku ya? :'( 

 cepat nya dah 7 bulan.

terima kasih buat semua yang sentiasa mengunjungi belog ini dan turut meninggalkan komen serta follow belog ini. ini yang aku makin sayang ketat-ketat nih. ngeee.

Tapi apa benda yang TIGA MINGGU itu?

Barang kesayangan yang sudah rosak itu. Sebentar masa berlalu. Sudah masuk tiga minggu barang itu rosak. Langsung tak kasihan kan tuan dia yang bergigihan kumpul duit beli dan sayang sampai pitamz lepas tu rosak tanpa sebab kan? Sadis bukan? Redha memang redha tapi bila fikirkan macam-macam benda yang di simpan di dalam tu termasuk gambar-gambar dan dokument penting , mampukan aku lenyapkan semua nya dalam masa tiga minggu? Haish, sadis sangat.

Sehari selepas kejadian rosak , benda itu dah boleh guna kejap lepas tu dah tak boleh. Aku yakin benda tu tak rosak tapi bila di cuba dan terus di cuba tak jugak boleh. Aku runsing sebab macam-macam benda yang ada dalam tu. Hendak di baiki akan hilang semua data di dalam tu. Tapi kalau tak di baiki , kena beli baru. Habis tu nak peram je yang tu? Uish tak mungkin. Dilemma. Sangat-sangat kusut fikirkan semua ini. Aku rindu dengan gambar-gambar di dalam itu. Aku rindu dengan e-book yang aku save di dalam itu. Boleh download balik tapi aku malas. Mood mati. Faham tak? Uish.

Maaf lah panjang pulak entry kali ini. Tak sengaja. Bila di tulis dengan sepenuh perasaan memang terlebih panjang pulak entry kali ini. Heh , mengada-ngada. Oh ya , minggu hadapan aku exam , doakan aku boleh buat yang terbaik ya? Lagi 199 hari begitu , periksa besar akan berlangsung. Cuak? Sangat cuak sebab ia menentukan masa hadapan aku. Dah lah macam-macam benda yang jadi bila lagi 199 hari sedang di hitung. Tak apa anggap semua dugaan. Allah tak akan memberi ujian dan dugaan pada seseorang itu andai seseorang itu tidak mampu menggalas nya bukan :) 

Petang nanti perkahwinan diraja Prince William dan Kate Middleton. Uols tak tengok ke? Ahaks , aku tengok lah kot. Ekekekek. Dah dah makin panjang berjela pulak entry aku ni. Kang sibuk bercherita pasal Lady D la , Lady Gaga la dan macam-macam pulak nanti. Baik aku berhenti menulis. Eheh.

Kalau Suka Sila Like dan Komen. IjahEmoTemo Sayang Korang Ketat-Ketat.



10 comments:

Chekgu Azrine said...

Salam singgah dik

sekarng umo 17 ke??

macam tak percaya umur adik 17 tahun.. penulisan adik sangat matang

keep up the good job in writting..

http://azrinzfamily.blogspot.com

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

panjangnyer n3 kamo yunk...
gambatte for exam nanty yer :-p

Ijah EmoTemo said...

chegu azrine >> thx singgah sini :)

hee ,a'ah mmg baru 17 tahun. hehe. tq. heheh , mmg dah terbiasa tulis gaya-gaya matang dewasa mcm ni. hiks. harap tak menyampah la ek. ekeke.

tq so much , insyaAllah akan terus menulis dan perbaiki mana yg patut :D

tq ye :D

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> ngeee. itu lah kan menulis mengikut perasaan mmg akan terlebih-lebih panjang nya entry ini. hik hik.

tq kaka ayu :D

.::: Princess MOMOY :::. said...

salam dear

wow...dasyatnya gaya bahasa
memang menarik
salute laa

Katak Puru boleh dimakan???"

Cerita tentang... (kalau korang nak tahu je la)"

Miza Yusof said...

Miza pun dah banyak kali buat blog. hihi :) Masa mula-mula start blogging guna short form lepas tu duopulohjam dengan kisah boyapren. hihi :)

bila dah kenal dunia blog, private kan blog lama dan buat blog baru. nak ikutkan entah berapa banyak blog yang Miza ada. tamak sungguh. hihi :)

Jemput ke:
1. Blog Miza Yusof
2. Miza Yusof & Photo Blog

Ijah EmoTemo said...

princess >> ngee , hebat ka? malu sehh. haha. biasa je. hehe. thanks.

tq singgah ye :)

Ijah EmoTemo said...

miza >> sama la kita. hihi. ijah ni dh byk jenis belog dh ni. belog pribet belog yg skrg ni , belog kontest. tamak lagi tau nk buat lagi tp takut ada yg pang bertalu ijah. haha.

itula bila dh kenal dunia belog betul2 n dh fhm betul2 , mmg byk benda kena pribetkan. hehe.

hiks , cun la gmbr2 dkt blog photo tu :D

lost kitty said...

umur kita sama dan hang tulis pergh! panjang giler

Ijah EmoTemo said...

lost kitty >> hahah. yups mmg umur kita sama. haha. err entry kali ni mmg sangat panjang. ekekek. terlebih emosi kot tulis benda ni tu yg jadi panjang gila. haha.