Home

Wednesday, April 27, 2011

Saya Menangis Kerana Affendy dan Irsyad. Uhhu , Siapa Tu? Skandal Baru Ke Nyah?

Betul tak tipu. Petang tadi aku menangis teresak-esak kerana dua lelaki itu. Aku menangis beriya-iya. Aku menangis macam kehilangan yang betul-betul. Aku menangis macam yang pernah aku menangis teresak-esak seperti dua tahun yang lepas. Sangat sedih. 

Persoalan nya , siapa Affendy? Siapa juga Irsyad? Skandal terbaru aku ke tuh? Uhhu , sejak bila aku pandai ada skandal nih? Sejak bila? Kata kan , sejak bila?!! Betul nak tahu ni? Tapi tapi jangan nak lempang bertalu aku ye kalau dah tahu siapa mereka berdua ni ye? Betul ye? Betul? Bagus!

Ehem Ehem.

Actually aku menangis sebab baca novel terbaru karya HLOVATE , novelis kegemaran aku dari Jemari Seni ni ha.

Contengan Jalanan.

Meh aku kasi sedikit sinopsis. Sekarang tengah Pesta Buku , pergi lah beli sekarang dekat sana. Sebab hanya dekat sana yang ada stok buku ni. Kalau nak beli dekat kedai buku , hmm aku pun tak sure bila stok nya.

I – Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.

II – K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.
Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.




kredit gambar pic novel : jemariseni.com

ehem. novel ni memang terbaik.

Mula-mula bila membaca novel ni , aku macam blur sebab banyak bahasa yang aku kurang faham. Tapi lama kelamaan aku makin jatuh cinta dengan novel ni. Aku makin rasa feel dalam baik punya dengan novel ni. Kisah Fend (Affendy) yang mencari kekosongan di dalam hati nya. Mencari apa yang kurang di dalam kehidupan nya amat menarik tangkai hati aku untuk membaca. Terutama apabila dia menyatakan : bukan ke kalau dah ada harta , dah ada degree semua tu dah bahagia? But totally wrong kan? Ehiks.

Oh ya novel ni dia pelik sikit. Sebab novel ni dia ada dua kisah dalam satu novel dan masih di hasilkan oleh penulis sama : HLOVATE. Hmm , memang menarik. Kisah I : Fend , dan Kisah II : K2. Kedua-dua mereka sama-sama mencari Tuhan. Atau kata lain nya kembali ke pangkal jalan lah senang cherita. Kisah yang sangat menarik dan banyak ayat-ayat motivated , ayat-ayat al-quran yang telah di terjemahkan yang mampu buat aku tersenyum. Nak tahu? Sila baca. Aku malas nak ambik novel tu atas meja belajar.



novel-novel yang di beli semasa pesta buku. banyak kan? jangan nak bebel cakap tahun ni aku spm sibuk nak baca novel. setakat ni aku tak keinginan nak baca novel-novel tu kecuali HLOVATE. eheh , tak apa banyak benda dalam novel HLOVATE masuk dalam exam Tassawur Islam. So kira belajar jugak lah kan? LOL.

Aku memang suka gaya penulisan HLOVATE. Gaya cherita nya bersahaja tapi mampu membuatkan aku tersenyum di dalam hati. Hambik , dalam hati tuh. Kau hado? Actually mula-mula tu tak ada lah suka sangat. Sebab ayat dia berbelit dan aku ni jenis lembap pick up. Heh. Tapi lepas-lepas tu makin suka. Karya Hlovate ni banyak. Bukan satu dua. Ada lah dalam 7 jenis novel dia termasuk yang ni jadi 8 buah dan aku ada semua nya. Heh , peminat setia , mana boleh tak kumpul salah satu. Ehehehehe. Setiap novel yang dia tulis ada moral valued yang tersendiri dan aku amat suka. Panjang jadi nya entry aku ini kalau nak cerita kelebihan dan ke-best-an novel-novel Hlovate ni. Mahu korang sempat tidur atas laptop dua jam. Ekekekeke.

Oh ya , aku menangis betul-betul bila baca part akhir di dalam bahagian I : Fend. Bahagian II tu malas nak baca lagi. Tak ada mood. Tadi aku menangis beriya-iya. Lepas tu Darwisy nampak. Dia cakap dekat aku : 

Darwisy : Ijah , rindu kawan Ijah ye?
Ijah : *muka tak faham*
Darwisy : Ijah kan menangis tadi?
Ijah : WHATTT? mana awisy nampak?!!
Darwisy : Ijah rindu ye?
Ijah : ERKKK?!! Mana ada! Ishhh.*malu*


Aiyoh! Kantoiii sangat-sangat kan? Ehiks. Boleh pulak dia pergi bagitahu Umi aku kan? Ngahaha. Comel je Awisy. Haha. Kang aku cherita kenapa aku menangis beriya-iya nanti korang yang belum dapatkan novel tu kata aku potong stim lah , potong jari lah dan macam-macam lagi kan. Tapi bagi aku yang cukup dengan penghayatan terover ni amat merasakan novel ini ada bahagian nya suka , santai dan sedih. Sangat sedih terutama bila orang yang bersama dengan kita untuk kembali ke pangkal jalan telah pergi dahulu. Hmmm. 

Tak tahu korang macam mana , tapi bagi aku , boleh tahan sedih weh. Ok ok malas tulis panjang-panjang. Ehiks. 

p/s: entry ini autopublish ye. uhuk uhuk.

Dah Baca Harap Komen. Moh Komen Entry Ni! :D

8 comments:

mujahidah muslehah said...

alala~comelnyerr..
nak pinjamlaa novel 2..hehe.
saye pun minat hlovet jugak..

Ijah EmoTemo said...

mujahidah >> hiks. comel ke? ngee malu. haha. perasan pulak! haha.

klu kita jiran dh kasi pinjam ni. ekekek. hee , sama la kita :) ijah mmg kumpul semua novel hlovate :) hehehe.

miloais said...

novel melayu???? iols jarang baca nok...
kecuali kalo penulis dia yg mantap
hak hak hak

bukannya apa... sokmo tengok lambakan novel melayu ni - tak habis2 kesah misah cinta meleret cam nak muntah iols baca...
hiks

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> hik hik. ai skrg nk beli novel melayu pilih2 je noks. klu yg setakat nk bgtahu kisah kisah cinta melerets tu mmg la ai tak kan beli.

lgpun yg hlovate ni ok la pengisian novel dia , kasi ai hensap sikit dr amalan bergosip tuh. hahahah

Ardini Humaira said...

banyaknya novel;)

Ijah EmoTemo said...

Ardini >> Hiks , itu yg beli dkt pesta buku ari tu. Sabtu ni nak sambung beli lagi. Ekekekek.

hiks tq sudi singgah sini ye :)

puteri_kebayan said...

ijah....adoiiii da bca post ni, tetiba ecah rasa nyesal xbeli.. tau x, ari tu dah pegang dah...tp letak balik. sebab da habis penanda yg ada t.tgn hlovate tu....so, save budget utk novel lain.. huwaaaaa!!!! nyesal... cam best jerk...

Ijah EmoTemo said...

ecah >> heee. tak beli ke? alaa syg tau! sbb novel ni ala2 novel versus tau tapi dia punya kesan dalaman lepas membaca akan lagi kuat tau. sbb nya watak utama dia lelaki. ones lelaki berubah , bagi ijah haihh sgt mendalam tau. wah wah tetibe bahasa ijah. ekekeke.

ijah pun tak dpt bookmark tu :( tapi tak apa la ,dpt beli novel tu pun dh punya syukur. ramai yg tak dpt novel ni sbb out of stock :') hiks.