Home

Saturday, April 9, 2011

Legasi Emo-Temo kian bertambah. Anda bila lagi? *lempang*

Pagi-pagi buta tadi , terasa susah nak lelap mata. Terjaga dari lena panjang ; semalam tidur awal , lebih kurang pukul 10.30 malam dah tidur. Bangun-bangun pukul 3.30 pagi macam itu sebab terasa haus. Bila bangun cari botol air tepi katil , ceh perlu ke nak bagitahu , then terasa susah nak lelap , maka saya pun bertapa depan laptop. Haih , budak ni bukan nak duduk atas sejadah ke , atau nak pergi belajar sebab Isnin ni ada something yang perlu di selesaikan segera maka kena belajar untuk my second chances. Thank You Allah. Ok enough story pasal itu.

Jadi nya bila terjaga dari lena yang panjang , saya macam blur blank dan buntu okeh nak buat apa pagi-pagi buta macam tu kan. Maka nya , saya pun bukak internet. Saya pun bukak twitter. Saya pun bukak belog. Saya pun tengok gambar dan video orang kahwin. Haih , teruja sungguh tengok pengantin zaman sekarang tak kira buat dekat dewan ke rumah tapi deko pelamin , deko hantaran , baju tak usah cherita lah semua nya cantik dan menawan. Hah , tengok lah sekarang tak semesti nya buat dekat hotel baru nampak gah bunga kiri kanan atas bawah. Rumah kampung pun dah maju ke hadapan tau! Tak kira dekat mana sekali pun kita buat , asalkan orang tu pandai hias dan cari orang yang pandai dalam hal ini tak jadi masalah untuk tampil cantik pelamin dan semua nya itu kan? Mak aihh , apa hal tiba-tiba melalut pasal orang kahwin pulak ni? *dush*

Ehem ehem. Selepas sibuk tengok video dan gambar orang kahwin di internet , lepas tu sibuk mengomen di Twitter. Ecececeh. Lepas itu tengok orang yang saya follow sibuk menge-post something from Tumblr. Haih , saya pun hmm tengok lah jugak. Nampak macam menarik aje Tumblr ni. Saya sebenar nya dah pernah ada acc Tumblr , tapi saya lupa email apa dan password apa. Ngahahah , ini memang masalah beshar punya! Saya ada banyak email , saya ada banyak password. Dah lah semua tahap berbelit aje email dengan password dan lepas tu saya macam lagi senang dengan belog actually. So then , I just like malas kisah pun. Ceh.

Jadi tadi macam terbukak hati nak daftar balik Tumblr. Eceh , kau ni Jah , kot kalau terbukak hati nak buat amal jariah okay jugak kan? T_T Haih , minta maaf lah ye , saya ni tengah di dalam mood merapu. Maklum lah tengah tak sihat sangat ni , faham-faham aje lah. -.-' Hoh heh. Jadi saya pun daftar Tumblr , and seriously after I have daftar semua , I am blank!! -___-' Weh nak buat apa ni? Photo? Words? Quotes? Apa semua ini Latipah? Apa? Kata kan apa!! Haha , dramatik sungguh kau Jah!

Ehem , kemudian coba-coba juga post gambar cupcakes masa My Pre Diva Birthday Party. Haha , itu ajelah gambar yang saya rasa cantik ye. Secantik saya. Uhuk Uhuk. *petir* Lepas dah post satu gambar , dia macam berjangkit okeh. Nak post lagi satu gambar. Lepas tu post lagi satu gambar. Hoi Hoi Hoi. Mujur lah tersedar bunyi Azan Subuh , maka berhenti lah menge-post lagi. Haih , tak sangka boleh terjebak Tumblr Addicted begini. Sungguh-sungguh tak sangka. Ngeee. Walaupun saya agak blur and blank , heh , but who cares kan? Ceh ceh , ayat kalau tak dramatik diva tak sah kan? Ekekeke.

Hmm , nak cer cer citer itu aje lah nya. Kau orang ada Tumblr jugak? Moh lah FOLLOW saya!


Uhuh , tak ada lah gambar cantik-cantik pun. Lagipun I'm still learning nak guna Tumblr semua ni. Ho Ho Ho Ho Ho rrayyy! Gituew. Maka nya bertambah lagi lah legasi EMO-TEMO ye? Mula-mula BELOG CHERITA EMO-TEMO , kemudian TWITTER IJAHEMO-TEMO dan kini TUMBLR EMO-TEMO? Wooohooo.


sampai bila-bila pun saya akan tetap addicted pada TULIP. haih , nanti kahwin nak mintak suami buat deko TULIP sana sini agak-agak kena flying kick tak?
*matilaaa

Okay lah , nampak nya sampai di sini sahaja saya berceloteh di hujung minggu. Sebenar nya banyak benda nak kena buat ni. Nak kena belajar. Peluang kedua yang di beri tak akan saya sia-sia kan. Jadi weekend yang buat badan saya lemau demam semua ni akan saya guna kan sebaik nya untuk belajar. InsyaAllah kalau ada masa saya akan online jugak time tengah malam. Itu pun kalau saya tak terasa sakit ke apa ye.

Doa kan saya berjaya untuk menelaah semua nya. Doa kan saya berjaya Isnin ini. Dan doa kan saya cepat sembuh dari penyakit-penyakit yang saya pun tak nak ini ye. Thank You Guys! I love you so strong lah ! 

saya tak akan persiakan peluang kedua yang "mereka" berikan ini.
thank you Allah kerana perkenankan doa saya.
:)

No comments: