Home

Wednesday, April 20, 2011

Aku Tahu Aku Cantik , Tu Pasal Aku Tak Kacau Hidup Kau. Yang Kau Nyibuk Tu Apa Pasal? #ehterasake?

Kalau ikutkan idea aku memang sangat banyak nak coretkan dekat sini. Tapi malang nya kesempitan waktu membuatkan aku tak terdaya nak menulis mengikut rasa hati yang membuak-buak nak menulis tak hengat dunia ini. Lagipun nanti bila update banyak-banyak ada lah pulak pembaca senyap yang mula bercakap sohseh sohseh belakang aku cakap yang seolah-olah aku ni tak belajar lah yang aku ni sibuk dengan duniawi lah dan segala macam perkataan yang boleh kasi hembus sampai diorang puas hati. Biasa lah manusia. Mudah menilai melalui perbuatan aku. Mudah menilai dengan hanya memandang sekali imbas.

Biasa lah tu. Asam garam sebuah kehidupan. Bak kata seorang makhluk Tuhan , 17 tahun belum tentu cukup pengalaman yang diri mengenal semua nya. Memang betul tapi apa yang aku lalui tak semua orang lalui. Kalau ikutkan aku sendiri pun ngeri macam mana aku boleh lalui tapi aku percaya Allah tak akan menguji hamba nya andai hamba nya tidak mampu memikul ujian itu. Bukan lah nak riak yang aku hebat kuat bak gagak harimau melalui sebuah kehidupan. Tapi kadang-kadang aku pun ada jugak rebah dengan emosi yang hala-hala tak boleh nak seimbang kan. Kadang-kadang pasrah jugak sebab tak pernah habis di uji. Tapi bersyukur juga sebab bila terus di uji begini , hati semakin kuat. Kadang-kadang aje kot.

Sebenar nya mood untuk blogging merudum sejak dua menjak. Ramai betul yang baik hati yang caring pasal aku. Betul , tak tipu. Maklum lah , aku kan cantik itu yang prihatin betul ramai orang tentang hidup aku. Aku sibuk update belog pun sibuk sohseh sohseh dekat belakang aku. Aku seminggu diam tak update pun sibuk sohseh sohseh dekat belakang aku tanya apahal dengan dia tu. Aku sibuk berjumpa dengan kawan-kawan yang dah boleh di anggap kakak pun sibuk jugak nak tahu kan? Alahai , tak pernah sudah orang prihatin dengan aku ni. Terima Kasih banyak-banyak. Tak perlu lah prihatin sangat sebab jangan risau , mak dengan ayah aku tahu yang aku berkawan dengan diorang. Malah dah selalu jumpa pun. Biasa lah manusia , kalau boleh baling api tu , nak jugak di baling nya.



yang penting noks , mak happy dengan kawan-kawan mak.
yang penting jugak noks , mak happy dengan kehidupan mak.
not at all.
but atleast ada jugak yang buat mak happy.

hoiitt , apahal mak-mak pulak ni??!!

Entah tak tahu apa pasal lah semua orang begitu prihatin dengan aku. Apa kah kalau aku berjaya dapat 9A nanti kau orang nak taja aku belajar sampai ke England? Itu yang prihatin sangat aku tak belajar semua kan? Atau mungkin juga sekarang ni kau ada taja aku beli buku latihan yang berkoyan-koyan dekat atas meja aku tuh? Bukan nak marah. Jangan salah faham. Tak pernah pun nak marah. Cuma kalau tak pernah tahu macam mana keadaan aku dan hanya tengok keadaan dari pembacaan ayat suka suki aku ni , tak perlu lah nak menilai nya. Ramai aje yang jenis buat penilaian sekali imbas. Puhlease lah. Tak perlu macam tu. Tak payah. Tak payah susah-susah nak nasihat kan aku dan padahal kau cuma baca ayat yang entah betul entah tidak.

Bukan nak kata aku ni menipu. Tapi bila dalam penulisan ayat , kadang-kadang suka betul aku buat ayat kasi dramatik. Lebih aku tak faham dengan orang yang suka nak menasihati orang boleh pulak depan aku nampak gagah dan boleh pulak merengek dekat orang lain? HELLO? Aku yang kau konon nya kata kau sentapz ini pun tak ada mengadu dekat orang lain tau! Dan bila aku buat penelitian balik , rupa-rupa nya kau akhir nya muncul kan your very silly stupid mistake. Well said. Dah dah , malas nak melayan orang perangai macam tuh. Maaf lah kalau ayat aku ni kadang-kadang kurang ajar. Cuma , kalau kau pun senang lenang buat ayat macam nak cakap aku yang salah tak boleh jugak. Hidup ni kena ada adab menulis dan bercakap. Sekali kau salah tulis dan sebut makna nya , macam-macam boleh jadi. Kau boleh nak sentapz tak kan aku tak boleh kot kan? Uhhu.

Eheh , maaf lah. Bulan April aku banyak betul bercherita pasal emosi aku. Bosan kan? Maaf. Lagipun aku menulis belog bukan nya sebab nak duit semata-mata. Bukan jugak nak trafik banyak-banyak. Bukan jugak nak followers tinggi mencanak. Bukan jugak nak komen belambak-lambak. Tapi sebenar nya sekadar hendak menulis sebab memang hobi aku suka menulis. Subjek favourite dekat sekolah menulis esei. Semua wadah yang berkaitan menulis aku suka. Tapi jangan lah dengan hanya mengenal tulisan aku yang kadang-kadang gembira , kadang-kadang emosi , kadang-kadang kurang ajar , kadang-kadang perasan cantik , kadang-kadang perasan lawak. Jangan macam tu. Kenal aku betul-betul. Kalau siapa-siapa yang dah kenal aku betul-betul , baru lah boleh nak cakap aku macam mana. Iyelah , manusia memang selalu buat penilaian sebelum kenal kan? Aku pun macam tu jugak. Tapi kau kritik dalam hati sudah. Ekekeke.



aku tak tahu aku nak letak gambar ni.
macam feeling "cool" blogger je ada ayat wadah macam ni kan?

LOL.

Well , maaf lah kalau andai ada yang marah , terasa dan sakit hati dengan entry aku hari ini. Tak maksud kan siapa-siapa. Cuma kalau andai kau orang terasa dengan ayat aku , maka cuba lah untuk kurang kan menyibuk hal aku. Eh eh boleh je menyibuk hal aku tapi tak perlu nak sohseh sohseh belakang. Meh meh cakap depan-depan aku. Lagipun buat apa cakap belakang kan? Nanti banyak pulak "pahala" yang korang sumbang kan dekat aku. Hehe. Sekali lagi aku mintak maaf kalau ada yang terasa dengan ayat aku. Bak kata seorang makhluk tuhan tu , aku ni angkuh betul lepas tu perasan bagus. Tak apa lah. Kau nak kata apa pun , sila kan. Selagi aku masih boleh bernafas dengan elok , dapat melihat dengan baik , merasai segala nikmat yang Tuhan kasi dengan sempurna , selagi itu aku tak rasa apa-apa pun dengan ayat orang. Riak ke kalau buat ayat macam ni?

Mungkin lepas-lepas ni , as you wish , aku tak akan blog-ing sangat. Aku tak akan update apa-apa pun dekat sini. Bukan merajuk tapi iyelah sedar lah siapa diri kita yang kita ni cuma pelajar yang tak perlu nak buat benda lagha semua ni kan? Terima kasih buat semua yang tak pernah lekang memberi nasihat , kata semangat mahupun kata-kata yang tak pernah lekang membuat aku termenung , menangis dan terasa lemah. Terima kasih. Hidup ada atas dan bawah nya , umpama roda bak kata orang. Ada masa kita akan gah di atas. Tapi akan juga masa nya merudum di bawah. Nama pun kehidupan kan? Apa lagi yang kau mahu? Lagipun tak akan pernah sudah nak melayan perangai orang. Habis lah kudrat kau yang gagah ituew kalau asyik sibuk melayan perangai orang yang bermacam jenis peel nya itu. Haish , tak gitu Kak Nam?

Aku tahu entry aku kali ini panjang. Dengan emosi nya. Dengan riak nya. Dengan kata-kata konon bagus nya. Dengan gambar yang sumber dari google nya. Dengan macam-macam. Cuma nak tegas kan dekat sini ; tak payah menilai aku dengan apa yang cuma kamu baca dan bukan nya apa yang kamu kenal. Malas lah nak mengomel panjang-panjang. Takut ada yang buat "SAYA ANTI IJAHEMOTEMO!" Ish Ish , sampai hati korang ye?



NAH SABARIAH , BACA LAH KAU DEKAT BAJU TU TULIS APA!

BACA SEKARANG! BACA SEKARANG!

*lempang*

sebagai penutup kata :

Pergi Ke Tanjung Makan Laksa ,

Singgah sebentar ke Kedai Mainan Membeli Elmo ,

Maaf kan Saya Kalau Terkasar Bahasa ,

Tulus dan Ikhlas dari Hati IjahEmoTemo.

peace no war bebeh :P

8 comments:

sha said...

nice entry emo.. hihi~

manusia ni banyak ragam. tak semua org suka kita. sabar je la..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

luahlah noks mak bisa mendengarnya...dugaan hidup tak selalu kiter happy...ketawa kena berselang seli ngan duka juga...moga tabah bila berjumpa ngan manusia berhati batu ni...oke...hug!

Ijah EmoTemo said...

hye sha :)

hehehe , thx ye :) time menulis entry ni mcm2 benda lagi nk menulis tp takut ada org sentap pulak , ini pun dh minima ka tp tehtap pnjg entry ni.

ehiks. itulah pasal. terlalu byk ragam. mmg kena byk sgt bersabar -.-'

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu : hik hik , pasni nk panggil uols mak ayu la plk.err tp mcm peliks heheh. haha.

yups btol tu :) klu ketawa sokmo pun tak best jgk. kena jgk diselangseli kan dgn sedih2 sikit baru la nama nya kehidupan kan :D

tq ye kaka ayu :) *hugs*

miszlullaby said...

sabor la ijah.Orang memang macam tu. Tahu nak menilai orang sesuke hati. Diri-sendiri tak nak pulak die muhasabah.

Ijah EmoTemo said...

ml - itu lah pasal. suka suki nk menilai org padahal dia punya perangai buruk kita diam je. haih. mcm2 hal kan -.-'

fudge said...

kiut nyer pantun penutup kata tu.:P

Ijah EmoTemo said...

kak ilah : haha , itu pantun tangkap muat tu :P