Home

Saturday, April 23, 2011

Rindu Saya Tak? Rindu Saya Tak? Kalau Rindu Angkat Keyboard!

Kalau dah dasar suka menulis tu kan , biar lah sakit melanda diri , biar lah hujan merintik-rintik dan biar lah segala nya , tetap update jugak kan? Ehiks. Sebenar nya kalau ikut kan hati yang remuk ini , malas dah nak update. Malas dah nak tulis apa-apa. Tapi bila fikirkan hanya ini cara untuk aku released kan tension , lebih baik aku update sahaja. Apa yang orang nak kata , kata kan sahaja! Woah!Gitu kata kau!

Ehem. Sebenar nya nak tulis macam-macam. Tapi baru teringat banyak gambar-gambar yang berada di dalam barang kesayangan tu kan dah rosak. Jadi sekarang ini mood nak blogging jadi merudum sebab kehilangan banyak gambar. TERLALU BANYAK! SANGAT BANYAK. BANYAK NYA WEHH -____-' Tapi kali ini aku rasa aku agak macho lah jugak , tak menangis bila hilang lagi beratus ribu gambar. Eceh , tak kira pulak berapa banyak. Tapi memang banyak betul gambar yang hilang nya. Gambar zaman aku mula-mula dapat handphone berkamera pulak tuh. Gambar raya. Gambar waktu bawak handphone curi-curi masa dekat sekolah. Gambar yang macam-macam memori nya. Tak tahu lah aku kena sumpahan apa lah ye sampai selalu betul hilang gambar. T_T

Khurafat betul. Haih. Tak tahu lah nak sedih ke , nak buat tak tahu ke , nak meraung ke apa. Malas weh nak bercherita pasal benda yang sedih je sokmo kan? Mahu korang nak baling tepung berguni-guni suruh aku sedar diri khen? LOL. Lepas tu sedih jugak hilang dokumen yang super duper banyak dalam tu. Tak sempat langsung nak buat back up apa-apa. Sadis kan? Tapi nak buat macam mana , nak sedih pun tak guna dah. Nak menangis pun macam sia-sia jugak. Jadi meh aku becherita pasal benda yang menyeronok kan hati. Meh meh baca!



hari tu tak ada kerja , snap gambar fridge magnet yang aku tengah gila duduk kumpul.
ada dari Dublin , ada dari London , ada dari Vietnam , ada dari Korea dan ada dari Germany.
stok oberthesea je kan?
harus lah!

mak diva okeh? *lempang bertalu*

Hiks. Sebenar nya aku dah macam ada hobi baru uols. Sebenar nya tak pernah terlintas pun nak mencipta hobi kumpul FM nih. Tapi entah macam mana aku boleh terjebak nak kumpul FM ni semua. Rasa nya semua nya bermula bila mak kawan aku , Dee M , yang kasi FM dari Germany masa parent dia tengah holiday dekat Europe. Lepas tu aku rasa macam menarik je kan nak kumpul FM dari luar negara semua ni. But alangkah tak best nya aku ni bukan lah orang kaya raya nak pergi bercuti luar negara. Dalam mimpi tu boleh lah berangan nak pergi Afrika Selatan sekalipun. Dalam kenyataan ? Nak pergi Danga Bay pun tak pernah okeh? Sadis tak? Tak payah nak sadis okeh. Ekeekeke , tiba-tiba jah nak marah khen?

Lepas tu , ada kawan aku , Cik Kekure pergi ke Vietnam , as usual aku ni suka benor memesan tanpa rasa segan dan malu. Eheh , aku cakap nak sobenir , dapat FM pun jadi lah khen? LOL , gila tak tahu malu weh. -__-' Lepas tu bila dia balik , dapat jugak sobenir FM pasangan yang berwarna oren itu. Hee , mak suka mak suka! Ekekeke. Lepas tu pulak ada kawan aku , Shaza pergi ke Korea , tak pesan apa-apa. Haha , tak sempat nak pesan. Dia beli FM jugak. Sepasang comel yang pakai ala-ala pakaian Korea tuh :) Then as yang korang tahu the latest one , yang kawan aku Cik Kia balik dari Dublin , tu ha kasi gedebuk 2 FM dekat aku. Ekekeke , itu kes peras ugut , tu yang sampai dapat 2. HAHA. Then sebenar nya ada yang lagi latest. Ekekeke.


Haa , yang the latest one FM dari London. Oh ini tak main kirim percuma. Nanti free pang pang bertalu sekali okeh. Ekekeke. Kisah nya , aku memang selalu masuk belog Kak Ana sebab belog dia best bercherita pasal anak-anak dia yang macam-macam ragam dengan penulisan Kak Ana yang bersahaja tu. Then kisah nya dia baru balik bercuti dari Europe dan dia beli FM banyak-banyak dan jual kepada siapa yang nak. Dia nak buat GA macam tak sempat jadi dia jual je lah. Murah je sebab tak bayar dengan pos sekali. Aku tak kisah sangat pasal harga semua tu. Eheh. Fikir punya fikir , nak beli ke tak nak , last-last beli je lah sebab nampak cun. Hik Hik Hik. Kalau FM , semua aku kata cun. Sekarang ni memang ini lah hobi baru aku , kumpul FM. Ada ke yang macam aku? Hiks.



eh eh ini sape pulak ni?

baby cute siapa pulak ni?

ngee. ini baby kawan aku , kaka Yumi.

nama baby dia : Ayriel Rayyan. tapi ai panggil Baby Ryan.

Hiks , baby Ryan ni sangat lah tak pernah kisah keadaan sekeliling tau. Dia tidur aje kerja nya. Sangat tembam dan comel. Rindu pulak dekat baby Ryan yang comel tak kisah hal orang ni. Hik Hik Hik. Nak cherita apa lagi ye? Hmmm , rasa-rasa idea dekat kepala ni dah hilang gituew. Entah apa pasal pun tak tahu. Masalah betul. HAHA. Maaf lah kalau entry kali ini bercampur-campur. Nak update banyak kali takut ramai yang muak , jadi senang cherita kita update sekaligus. Okay lah kan :P 

Rindu lah dekat gambar-gambar lama. Ada setengah tuu memang aku ada letak dekat facebook and some of is here lah kan , dalam belog tapi ada watermark. Tak suka nya weh. Nak edit pun dah hilang mood semangat pujangga dia tuh. Huish. Geram weh. Tapi tak tahu lah nak geram ke apa , sebab rasa macam barang kesayangan tu macam akan okay je lepas ni. Entah lah , tak tahu lah aku. Hish , menyampah!Dah dekat seminggu dah ni barang kesayangan rosak. Harap-harap cepat lah pulih nya. Erk , gaya nya macam orang sakit masuk hospital aje kan? Padahal , baiki pun tidak -.-' Sabar lah hati.



sepatut nya orang tepek benda-benda kertas ke apa kan? 
aku sibuk tepek sobenir yang orang kasi dekat aku.
hiks yang ini lagi lah.
dari Jepun , dari Korea , dari USA , dari China dan banyak lagi lah weh.

eh eh diorang yang baik hati sayang ketat-ketat dekat aku jadi diaorang kasi lah dekat aku.
aku tak pernah memintak okeh. *sipu-sipu*

*petir*

Heh , nak tulis apa lagi nih? Ini tulis panjang-panjang berjela ni mahu orang muak kan? Tapi apa aku kisah derr ... Janji wa rasa happy , wa tulis lah kan? Korang tak happy , pandai-pandai lah happy kan diri tuh. LOL.


rindu saya tak? rindu saya tak?
rindu muncung mulut sexxxay saya tak?
apa?

TIDAK??

*meraung*

Sebelum entry bertukar menjadi semakin huru hara dengan kata-kata dramatik dusta sehingga menyebabkan ramai yang sibuk berkata-kata sebelum berfikir dengan elok , maka lebih baik aku berhenti menulis. Maaf lah , bila sesekali tak menulis , bila mood nak menulis ada harus di update hari demi hari supaya belog tidak berusang lantas meninggalkan kesan tidak cantik. Ok fine aku dah merepek. 

oh ya last but not least.
sudah 500 ratus followers.
terima kasih banyak-banyak.
saya sayang awak semua ketat-ketat.

p/s: sekarang sudah 505 followers. terima kasih sekali lagi :)

akhir kata :

Makan Ubi dengan Kelapa ,
Di buat oleh Nek Min ,
Harap-harap lepas habis baca ,
Sila lah komen.

Eh eh pantun ke macam tu? LOL.



No comments: