Home

Tuesday, April 19, 2011

Jom Ramai-Ramai Serbu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) 2011!


KLIBF 2011 at PWTC : 22 APRIL - 1 MAY 2011

Setiap tahun , aku memang tak pernah lepas kan peluang untuk menyerbu ke PWTC bagi menyerbu secara berjemaah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF). Memang sangat seronok apabila pergi ke KLIBF ini.Oh ya KLIBF 2011 akan di langsung kan di PWTC dari 22 April (Jumaat ini) sehingga 1 May ( Ahad).Bagi aku KLIBF ini memang mempunyai satu macam perasaan yang seronok untuk membeli belah buku secara harga yang sangat-sangat rendah. Kadang-kadang tak terjangka dek akal murah nya harga-harga buku di KLIBF. Memang banyak diskaun yang di beri kan pada KLIBF ini. Tak kisah lah buku berfiksyen novel ke , berfiksyen ilmiah seperti buku nota dan ujian peringkat sekolah rendah dan menengah mahupun buku berfiksyen keagamaan. Kebanyakkannya murah!

Lebih menyeronok kan bagi pembaca novel macam aku ni bila di KLIBF lah masa nya untuk bertemu dan beramah mesra dengan penulis-penulis novel yang selama ini hanya membaca novel mereka sahaja. Ini lah masa nya korang untuk bertemu dengan mereka! Ngeee. Selain itu bila KLIBF ini di ada kan , pasti nya ramai jugak artis yang turut menyokong turun padang ke PWTC ini. Itu yang lagi seronok kata nya. Haha , seronok bergambar dengan retis kata nya. Hahah.

InsyaAllah ,tahun ini kalau di tiada aral apa-apa mungkin aku akan turun lagi ke PWTC untuk pergi ke KLIBF. List untuk membeli buku-buku dah ada , cuma tak tahu lah cukup budget ke tidak. This year tak ada dah kot nak beli buku-buku nota. Nak beli buku latihan dengan koleksi exam aje kot. Entah lah , aku pun tak sure lagi. Lagipun aku pun tengah dalam keadaan tak sihat sangat ni , jadi tak berani nak cakap boleh pergi ke tidak untuk KLIBF kali ini. Uhhu.. Suasana KLIBF memang bagi aku sangat menyeronok kan kerana keadaan dia sesak dekat seluruh tingkat atas dan bawah PWTC. Uhhu , memang aku pun kadang-kadang cuak jugak kalau terlepas pandang mak ayah aku. Mahu sesat wehh -___-' Kalau yang bawak anak-anak kecik memang lah kena jaga elok-elok. Kalau terlepas pandang sesaat pun bahaya okeh!

So ada tak korang yang suka pergi ke pesta buku? Kalau ada terjumpa aku ke , terserempak aku jangan lupa menegur ye nanti. Hik Hik. *lempang* Heh , saja je nak update pasal benda alah ni. Yang pasti , bila hujung minggu nanti pasti PWTC akan sesak dan tempat parking akan penuh. Itu pasal ramai yang lebih senang menggunakan LRT dan kemudahan awam yang lain. Aku setakat ni tak pernah lagi naik LRT ke apa , cuma pernah naik teksi sebab kebetulan kereta ayah aku rosak. Phew , punya lah jenuh duduk dalam kereta sebab jam teruk kan? Hehe. Tapi memang seronok! Sebab macam ada aura semangat apa aje kan? Gila seronok!


Hoh heh tapi part yang paling worst is when ada sesetengah ibubapa yang bawak anak kecik with stroller tak bawak stroller elok-elok. Aiyark! Bagi aku bila kita dekat tempat orang ramai bersesak kalau boleh tak payah lah bawak stroller sebab memang akan menyukarkan semua pihak. Lebih afdhal tinggalkan dulu anak dengan orang lain ke atau bergilir-gilir jaga anak seorang duduk dekat luar ke seorang duduk dalam ke , as long tak kasi stroller anak korang berhimpit dekat tempat orang ramai. Apasal ayat aku macam pusing-pusing nih? Haih , apa-apa ajelah. Janji korang faham. Ekekekek. 


Ok ok rasa nya dah tak mahu tulis apa-apa lagi. Badan tak sihat sangat. Luar dan dalam sama sakit. Saya betul-betul perlukan rehat. Nanti makin parah pulak sakit nya. Ini pun berhari-hari duduk dalam draft , baru boleh publish. Heh. Ok lah , tunggu lah aku update lain kali. Ngee.




to be matured or to be chilidish.
you're choose.
jangan ingat kau dah berusia , kau betul-betul byk pengalaman.
*sigh*

4 comments:

Amoi said...

cuba cari novel Akhir Sebuah Cinta!

best oke

http://rojakstory.blogspot.com/2011/04/review-novel-akhir-sebuah-cinta-siti.html

Ijah EmoTemo said...

amoi : akhir sebuah cinta? ok ok nnt ai baca review yu ituew.

skrg 16 buah list utk novel sahaja so bertambah 1 buah lagi la. ekekekek.

*pitamz*

Amoi said...

Dah beli novel tu jangan lupa beli novel sambungannya dia kayh

then it will makes it 17

:D

Ijah EmoTemo said...

amoi : oh dia ada sambungan ke? ok ok nnt try cari.

hiks td dh kira 20 buah buku novel still dlm budget , bwh rm 300 , heh , budget lah sgt T_T