Minggu ini banyak perkara yang terjadi. Semua benda yang tidak baik sahaja yang terjadi. Setiap hari terasa masa banyak di habiskan dengan memikirkan macam-macam perkara sampai satu tahap boleh gugur rambut-rambut ni tau. Sadis sangat. Tak tahu nak cherita macam mana dugaan-dugaan bertimpa-timpa yang Tuhan kasi. Sampai ke satu tahap aku dah tak ada perasaan apa-apa bila macam-macam yang jadi. Sampai aku punya air mata dah jadi kering. Sampai macam tu sekali.
Sejak hari Isnin , banyak betul perkara yang jadi. Seminggu aku pergi tenang kan diri tapi akhir nya hari ini aku datang kembali dengan rengekkan macam budak-budak. Maaf kan aku. Dekat sini aje yang aku boleh luah kan perasaan aku. Aku sangat sedih. Terasa macam hilang separuh nyawa aku bila aku punya barang kesayangan telah rosak. Rasa hendak pitam dan rebah okeh bila barang kesayangan aku tak berfungsi bila di cocok ke laptop ni. Mula-mula aku ingat hmm , agak nya tengah menggedik lah tu kot. Tapi bila pasang-pasang jugak tak jugak boleh. Dugaan lagi. Sabar , sabar. Tapi dalam hati dah menangis.
Sebab barang kesayangan tu yang menyimpan gambar-gambar kenangan sejak aku beli handphone dari 2008 , document-document penting yang aku simpan tentang nota itu ini , lagu-lagu yang beratus ribu aku download dengan gigih nya tapi part download tu aku macam tak kisah sangat , 4shared kan masih ada lagi. Nanti aku download balik pun tak apa. Tapi part gambar-gambar , video , aduhh terasa nak luruh jantung. Terasa nak hilang separuh nyawa. Terasa macam berat sangat dugaan. Tak tipu , sebenar nya ada dugaan yang lagi berat aku tempuh tapi kali ini dugaan jenis lain. Mujur jugak ada sesetengah gambar tu aku buat back up siap-siap dalam my document tapi bukan semua lah.
Iye lah macam mana nak back up gambar-gambar lain kalau ada aje benda lain yang ada dalam laptop aku nih. Tapi yang sayang nya video-video ,gambar-gambar , nota-nota penting hilang. Ya Allah sedih gila. Sumpah sedih. Tapi semalam barang kesayangan aku tu tiba-tiba muncul kan diri tapi lepas tu dah tak boleh guna. Aku tetap rasa barang kesayangan aku ni cuma merajuk dengan aku. Dia tak rosak. Atau aku yang tak boleh terima kenyataan? Iye lah kot. Sungguh lah minggu ni banyak betul ujian. Nak tersenyum pun payah.
Kali ini aku cuma kisah gambar-gambar aku yang lepas-lepas. Gambar orang lain tak apa lah. Sedih sangat ni. Betul. Kali ini untuk pertama kali aku tulis barang kesayangan yang aku hilang tanpa ada perasaan. Nak menangis tak. Nak tersenyum tak. Tak tahu lah. Semalam pergi kedai tanya pasal barang kesayangan tu , rosak ke apa ke. Dia cakap rosak. Aku cakap tak kot. Tapi mungkin jugak. Entah , aku keliru jugak. Sebab bila aku nak bukak barang kesayangan aku tu dia cakap tak boleh nak baca white file ke apa entah nya. Aduh lah! Serious aku harap barang kesayangan aku itu tidak rosak. Sungguh berharap. Hey barang kesayangan , aku sayang kamu lebih dari diri aku tau :(
Aku pun tak faham apasal nak rosak tak pasal-pasal ni. Nak kata jatuh , tak jatuh. Nak kata terbaling tak pernah pun aku mengamuk aku baling. Agak nya Tuhan nak menduga dan menguji aku sekali lagi? Mungkin lah. Aku tak tahu apa perasaan aku ini. Sedih. Sangat sedih. Aduh lah , nak menangis pun dah tak mampu ni. Sungguh wehhh. Tapi yang tak menahan tu kan , alih-alih tengok-tengok bila pasang dah tak boleh nak nampak apa-apa dekat laptop :(
Oh ya semalam aku dapat fridge magnet dari Ireland. Heh , kekdahnya dah lama aku sibuk duduk merengek dekat seorang kawan aku tuh nak fridge magnet dari Ireland. Ekekek. Lagipun dia belajar dekat sana. Itu yang aku sibuk memintak dengan dia. Ngeh ngeh. Dah lah aku memintak bukan nya satu weh. Aku mintak dengan dua FM. Ngahahaha , mujur tak kena penampo laju-laju dengan dia. Ekekekeke. Thank You So Much , Kaka Kia sebab sudi belikan ai fridge magnet sampai 2 ini. Actually kan aku main-main je nak dua ,tak sangka dia beli betul-betul. Ini yang nak sayang peluk ketat-ketat. LOL. Aku ingat lagi masa tu tengah Piala Dunia , aku borak-borak dengan dia. Dia cakap this year dia nak balik. Aku pun terus cakap nak fridge magnet puhlease. Ekekeke itu pun sempat memintak poskad. Wakakak , gila mengada! Tapi yeah , terima kasih banyak-banyak Kaka Kia :P
ini lah dia FM nya. hik hik , jakun kah ai? who cares. *gtm*
GTM = gelak tutup mulut. wakakak.
Oh ya , kauorang perasan tak perasan tak? Header aku bertukar baru. Hmmm , actually aku ingat weekend macam gini nak bercherita proses aku membikin header baru ni. Tapi rezeki tak ada , gambar-gambar yang aku edit habis hilang. Nak edit baru , maaf lah tak ada mood. Dah hilang mood nya. Sebenar nya gambar yang warna kuning tu aku lukis sendiri. Masa tu tengah stress dengan macam-macam yang jadi. Then , aku pun entah apa pasal ambik pensel , drawing block then colour ikut hati dan perasaan aku. Well , for me memang released segala tension ituew. Rasa lega weh. Haha , lepas ni makin banyak lah benda aku nak lukis. Ngeh ngeh. Tapi tengok keadaan lah kan?
Heh. Lepas tu aku edit sikit-sikit then hmmm jadi lah macam header di atas ituew. Cantik tak ? Cantik tak ? Sila cakap cantik sekarang! *petir* Heheh. Okay lah , aku pun tak tahu nak tulis meratib sendu apa lagi. Nak bersedih pun macam tak guna kan? Tak apa lah , harap-harap barang kesayangan tu cuma merajuk saja :( Kan? Kan? T___T
saya sedang meniti fasa di dalam kehidupan yang menjadi kan lebih kuat dan sabar. :(
untuk MR APRIL , please be nice to me.
korang pulak apa cherita sepanjang minggu lepas?
moh lah bercherita dengan ai.
4 comments:
sabar yea, sabar :)
hye sheda :)
mmg ijah tgh sabar ni :( thx ye :)
thx singgah sini and komen :)
cantik FM TU :)
Hye Miza :)
Hee , mmg cantik tp tak berani nk letak dkt peti takut pecah. Haha.
Thx ye sudi singgah n komen :D
Post a Comment