Home

Wednesday, July 20, 2011

Lemau

Sejak Isnin , badan aku rasa sangat tak selesa. Sekejap sejuk dan sekejap pulak panas. Sejuk tu bukan sejuk duduk dalam aircond tapi sejuk lain macam aje tau. Memang aku rasa sangat tak selesa. Lepas tu pulak aku asyik nak tidur aje rasa. Padahal baru bangun tidur tapi lepas setengah jam aku terasa nak tidur balik. Tak larat nak buat apa-apa. 

Semalam lagi dasyat , waktu petang aku tidur pukul 2 , lepas tu aku bangun pukul 5 petang. Then pukul 6 petang aku tidur balik. Aikk , nampak betul aku ni macam tengah tak sihat. Memang pun. Badan terasa sangat tak selesa. Lepas tu semalam selsema kejap. Asyik hingus dan kadang-kadang bersin tak berhenti. Adeh.

Sekarang ni pulak , badan aku terasa makin berganda-ganda lemau. Asyik mengantuk dan badan sejuk semacam je. Sekarang ni memang musim demam kot. Sebab aku tengok ramai jugak kawan-kawan aku yang tengah demam , selsema sekarang. Dah nak dekat puasa ni aku memang mintak jauh sangat demam , selsema batuk semua ni. Tahun lepas aku batuk dekat dengan sebulan. Bila dah raya baru keadaan aku okay sikit. Fuhh , dugaan sungguh tahun lepas. Cakap pasal puasa , lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi kita semua nak puasa. Cepat betul masa. Rasa macam baru aje tahun lepas berpuasa semua , tengok-tengok dah nak puasa balik. 

Ehem. Sekarang ni pun terasa sangat lah lemau badan ni ha. Tak selesa langsung. Nak buat apa-apa pun tak larat. Sah , aku demam ni! Dah lama betul tak demam semua ni. Sekali demam terus terasa haru. Adeh. Baiklah! Aku nak berhenti menulis dulu. Tak larat nak buat apa-apa. Mata pun dah makin mengecil ni. Sekarang ni pun selain dari rasa demam dengan selsema , mungkin sebab musim yang agak panas ni , tetibe ada ulser mulut pulak. Fuhh dugaan sungguh. Memang makin tak selesa aku di buat nya bila nak makan semua. Itu pun dah letak ubat still tak jalan. Aiyark!

Ok lah , nanti kalau aku larat lagi aku update lagi. Kalau tak , tunggu aje lah bila aku larat nak update ye. Emmm , ada ke yang korang tengah demam macam aku ni? Sekarang memang musim demam ke apa eh?

Terima kasih sudi baca entry ini :)

8 comments:

miloaiskurangmanis said...

gi lah klinik beb!

Alin Marlini said...

mmg musim tak sihat. last week Alin selsema. This week mau batuk pulak..

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> udah pergi klinik smlm. thanks ye :)

Ijah EmoTemo said...
This comment has been removed by the author.
Ijah EmoTemo said...
This comment has been removed by the author.
Ijah EmoTemo said...

alin >> oh iye ke? itulah , ijah ni pun skrg demam dh surut sikit cuma selsema dgn sakit tekak tak ok lagi.

get well soon jgk k :)

Ijah EmoTemo said...
This comment has been removed by the author.
Ijah EmoTemo said...
This comment has been removed by the author.