Home

Wednesday, July 6, 2011

[ReNov] Stanza Cinta by Nurull Halawati | Terasa Begitu Kerdil Baca Novel Ini

Semalam baru lepas habis membaca novel Stanza Cinta yang kini telah di adaptasikan menjadi sebuah drama di TV3 setiap Ahad jam 9 malam itu. Aku baru sahaja beli novel tu dengan bantuan Kaka Ekah yang tolong beli di Pesta Buku Selangor. Terima kasih juga buat Kaka Ekah yang siap sanggup hantarkan novel ini ke rumah aku. Terharu meh :') Sebelum ini asyik dengar orang cakap novel itu sebuah novel yang sangat bagus untuk di baca. Jadi bila sudah ada di depan mata novel tersebut aku pun cuba untuk luangkan masa membaca novel ini. 

Jangan ingat bila aku baca novel aku lupa pulak buku-buku pelajaran di atas meja. Tidak , jangan salah faham. Kadang-kadang nak lah jugak selitkan sikit buat perkara lain kan. Oleh kerana bila aku dah dapat novel ni pun dekat tv dah tayangkan episode 1 , jadi aku kena cari mood untuk baca elok-elok. Malang nya seperti biasa kalau baca novel from adaptasi ni perkara pertama aku akan buat , baca bahagian belakang dulu. Hehehehe. Lepas beberapa hari kemudian nya baru aku baca balik dengan elok-elok. 

Okeh ini aku nak kasi pendapat peribadi aku tentang novel Stanza Cinta ini. Kebetulan baru habis baca ,tak salah untuk aku kongsi kan pendapat dekat sini kan. Hehehe.

  1. Stanza Cinta mampu membuatkan korang mengalirkan air mata andai korang mendalami nya betul-betul. Kisah cinta 3 segi dan konflik mencari siapa tulang rusuk Amni membuatkan aku turut mengalirkan air mata.
  2. Ayat-ayat di dalam novel ini sungguh puitis dan bagi aku tidak rumit untuk aku memahami nya.
  3. Aku suka apabila penulis turut selitkan kisah-kisah di zaman Rasulullah di sebalik yang telah Amni hadapi di kehidupan saharian nya. Atleast dapat juga kita rasa insaf dengan kisah-kisah tersebut.
  4. Ada juga di selitkan dengan petikan-petikan hadis. Dapat juga ilmu agama di situ.
  5. Cinta 3 segi antara Taufik - Amni - Irfan yang mampu buat kita turut sama seperti merasai apa yang Amni rasa kan. 
  6. Terlalu banyak ujian , cabaran , cubaan serta kehilangan yang Amni tempuhi dan itu membuat kan aku menangis banyak kali. Nak tahu kenapa , sila baca ye. Hehehe.
  7. Banyak juga part yang aku menangis bila di saat Amni menghadapi cubaan yang terlalu banyak. Jika tidak silap aku , kisah novel ini merupakan kisah benar juga. Oh kalau aku berada di tempat Amni , aku tidak yakin aku mampu setabah dan sekuat Amni :/
  8. Lagi satu aku suka tentang ayat-ayat di setiap akhir bab dan permulaan bab yang membuatkan aku tersenyum.
Pendek cherita novel ini memang membuatkan aku terdetik di hati ini dengan rasa penuh insaf. Betul lah kata Nurull Halawati , apa yang penting novel beliau mampu membuatkan orang terkesan dengan kisah nya lalu mengambil iktibar. Alhamdulillah , apa yang boleh aku kata kan novel ini sebuah novel yang penuh dengan iktibar yang molek untuk di ambil. Terasa sangat kerdil apabila membaca novel ini. Bukan semata-mata kerana cinta tetapi sebenar nya tentang ujian-ujian yang di limpah kan Allah kepada kita bukan kerana sengaja. Pasti ada sebab kenapa Allah menguji kita. Allah tidak akan membebankan hamba nya andai hamba nya tidak mampu memikul setiap cobaan itu. 

Ehem. Senang cherita novel Stanza Cinta ini merupakan sebuah novel islamik yang bagus dan menarik untuk di baca. Selain membaca kisah kehidupan Amni yang melalui pelbagai ranjau untuk bertemu pemilik tulang rusuk , kita juga dapat juga manfaat yang lain-lain. Lagipun novel ini tak mahal pun , cuma RM 19.50 aje. Ehiks. Bukan senang aku nak menangis ketika membaca novel , tapi kali ini memang tak mampu nak tahan. Paling tak menahan aku dah siap bayang kan , Amni - Nur Fathia , Taufik - Fizz Fairuz dan Irfan - Aaron Aziz. Hahaha sempat lagi tu aku bayang kan. Nak kasi feel katanya. 

Kalau drama dengan novel ternyata ada pertukaran sana dan sini. Tak di nafikan versi drama agak lambat sikit jalan cherita nya tapi aku rasa lagi tertarik kalau tengok drama itu untuk menghayati mesej-mesej yang di sampaikan sambil itu dapat jugak tengok pelakon-pelakon nya. Heh heh heh. Oh ya cakap pasal novel kan , ehem aku turut dapat kejutan dari Kaka Ekah dan Kak Fieza actually. Masa Kaka Ekah kasi novel pada aku , tiba-tiba dia suruh aku bukak muka surat hadapan. Dalam kepala otak aku memang tak fikir apa-apa. Sekalii ....


ehem.

Aaron Aziz sign dekat novel tu. Seluruh muka surat yuols.
kau hado? *matilaa

Sungguh aku terkejut siap pergi peluk Kaka Ekah. Hakhak. Sebab nya beberapa hari sebelum tu diorang terjumpa dengan Aaron , itu yang diorang kasi buku dekat Aaron katanya. Ceh , aku punya dah cakar-cakar rimau dapat tahu yang diorang terserempak lah , terjumpa lah. Sekali ada benda yang buat aku makin cakar-cakar bila dapat buku tu. Tersenyum sampai ke telinga. Hoitt tak puas-puas ke asyik dapat tanda tangan Aaron ni? Erkk ini seprais punya itu yang aku eksaited terlebih. Ngahahahah.


tadaaaa. 
begitu lah kisah nya.

Orang lain sibuk meroyan yang Aaron Aziz follow twitter diorang siap print screen segala muahaha aku cuma mampu kasi gambar sekeping itu yang Aaron pegang lagi buku aku. Boleh? Tak kowser lah dik noon aku nak meroyan siap lompat bintang segala. Aku pun Aaron follow jugekk twitter nya tapi tak kowser ye nak printscreen. Printscreen bila perlu sajork Hakhakhak.Ini pun aku malas nak tepek awal-awal tapi memandangkan dah cakap hal Stanza Cinta aku letak sekali harung la. Ekekekeke. 

Itu sahaja ulasan saya tentang Stanza Cinta. Ada ke yang dah baca novel ni? Ada tak yang sependapat dengan aku? Uhhu. Apa-apa pun untuk siapa-siapa yang nak tahu best ke tidak , try beli dulu. Tak rugi pun. Harga pun tak mahal. Paling penting dapat manfaat serta iktibar jugak. InsyaAllah.

Terima kasih sudi baca entry ini :)


14 comments:

Niena Muhammad said...

erm.. teringin nk bca, meremang reroma bca ni.. tpi.. takut nangis ^^

Ijah EmoTemo said...

niena >> hehe sila la baca , insyaAllah dpt manfaat nya jugak :)

Anonymous said...

klau nk bli novel yg siap dgn autograf Aaron same hrga ke ?? hahah

Ijah EmoTemo said...

cik anon >> errkkk tak mungkin sama harga okeh. hahaha harus 5x ganda harga nya hikss .. ni sape ni? hahaha

aanie said...

perghh...bestnya dpt jumpa aaron aziz...gmbr bersama aaron xde ke??

Ijah EmoTemo said...

aanie >> hehehe , utk yg this time ijah tak ikut pergi jmp aaron. itu yg cuma wakilkan buku bergambar dgn aaron ekekek.

tp dkt entry2 bawah byk je gmbr ijah dgn aaron ekekeke

tiefazatie said...

adui la..AA lagi..machonya..hihi..

Ijah EmoTemo said...

ifa >> ekekeke saba ye esok ada lagi 1 post ttg AA haha. dah naik muak dah ni asyik cherira AA.

kang tak pasal2 tuko nama belog hahaha.

hikss sgt macho wlupun keletihan ekeke

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

mek excited baca sebab abe aaron dan juga fizz ekkk...but oklah lain dari novel chenta biasa tue....nnt ai nk carik gak la...nk suruh my sis beli...ngeee :-p

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> ekekeke itu salah satu faktor la. tp novel ni mmg byk elok nya klu baca kaka ayu :)

bkn sekadar cinta biasa tp cinta kepada tuhan yg buat ai rasa insaf sgt :(

hiks. mungkin ada setengah scene a bit boring tp ok la novel dia best :)

CikTeddyCorner said...

krim salam la kat AA ek..hihi

Ijah EmoTemo said...

cik teddy >> insyaAllah klu jmp lagi nnt :) hehehe

kaka wombat said...

nih masuk category bahan bacaan berat ke? ngeeee

Ijah EmoTemo said...

kaka wombat >> ermm ai rasa tak berat sgt. ok la. klu nk di bandingkan dgn ayat2 cinta , itu lagi berat tehehe.

just nice la utk baca bila lapang hiks.