Home

Friday, May 17, 2013

OST Drama Dahlia & Drama Dahlia Yang Mencengkam Perasaan. Oh No!

Jijah memang hantu drama tak kira ada pelakon favourite dalam drama tersebut atau tidak. Tapi kalau ada pelakon kegemaran kita , itu satu penyebab untuk kita terus stick dan follow drama tersebut lah khennn? Hihihi. Sekarang Jijah sibuk layan drama di Mustika HD yang menggantikan Sehangat Asmara iaitu Dahlia. Jujur Jijah cakap , pada mulanya Jijah tidak berapa berminat untuk follow drama tersebut. Tapi Jijah lagi berminat dengan OST drama Dahlia ini. 


Mungkin kerana tiada hero-heroin favourite Jijah dalam drama Dahlia menjadikan Jijah agak malas untuk menonton drama ini. HEHE , my bad! Dahlia dilakonkan oleh Dira Abu Zahar , Hans Isaac , Faizal Hussein dan ramai lagi pelakon lain yang berbakat. Dahlia disiarkan ekslusif di Mustika HD setiap hari Isnin - Rabu jam 10 malam. Serius cakap masa mula tahu tentang drama Dahlia ni , memang dalam hati kononnya cakap macam biasa je kot drama Dahlia ni. MACAM lah sangat kan. Sekali bila berpeluang menonton masa episode 7 atau 8 Jijah pun tak ingat , Jijah terpaku dengan lakonan Dira. Jujur cakap Dira memang berlakon dengan sepenuh perasaan dalam Dahlia ni.

Siapa yang menonton Dahlia pasti faham kenapa Jijah cakap begini. Memang bila menonton Dahlia hati terasa bagai dirobek-robek dengan pisau seolah-olahnya lah kan. Memang feel habis terutama bila Dira menangis beriya-iya dan bergaduh dengan Razman. Itu belum lagi bila masuk part anak-anak Dahlia dan Razman. Itu lagi merobek jiwa dan perasaan mengenangkan anak-anak mereka. Hah, nampak tak Jijah punya robekan jiwa ini? Gittuew.

Tapi serius bila tengok lakonan Dira dalam Dahlia memang kau akan rasa apa yang Dahlia rasa. Memang mulut pun tak henti-henti nak cecharutz si Razman dan kawan baik Dahlia tu. HAHA , memang hangin betul aku bila tengok Dahlia ni tau! Stwess kiteww! Terus hilang seri awet muda kita duk berangin sakan. Ekekeke. 

Okay berhenti mengamuk gewam-gewam. Mari tengok gambar yang Jijah jumpa dari Google Image. Terima kasih kepada tuan milik punya gambar.









Gegeh tak Jijah tepek menepek gambar semua ni khennnn? Saja nak kasi korang mood supaya korang pun akan menonton dan turut beremosi sama macam Jijah juga. Kikikiki. Mohtif ajak orang buat perkara negative nak suruh beremosi bagai? HAHAH. Tak adalah , Jijah nak ajak korang menonton sebuah drama yang Jijah rasa memang sarat dengan emosi yang ditanggung oleh seorang wanita dan tak boleh dinafikan drama ni bagus juga sebenarnya. Bukan sekadar hiburan semata-mata. Tapi sebenarnya seolah-oleh memberitahu realiti kehidupan zaman sekarang juga.

Sedikit sinopsis untuk korang baca.

Drama yang mengisahkan seorang wanita bernama Dahlia(Dira) yang terpaksa hidup bersama suaminya Razman (Hans) yang berlaku curang. Dahlia akhirnya tekad untuk bercerai dan membina hidup baru. Penceraian Razman dan Dahlia adalah adalah disebabkan desakan Haliza iaitu teman wanita Razman. Setelah bercerai, Dahlia bertemu dengan seorang ahli korporat yang baik hati bernama Fuad. Fuad banyak menjadi pendorong kepada Dahlia yang telah ditipu oleh bekas suaminya.
kredit sinopsis : SINI 

Sadiskan bila baca sinopsis drama Dahlia ni kan uols? Memang sadis. Bertambah sadis bila tengok lakonan Dira sangat-sangat merentap perasaan sendiri seolah-olah macam aiols yang jadi Dahlia. Auwchh , drama queen sangat Jijah ni khennn? HAHAHA. Zaman sekarang bukan mudah nak percaya semua orang. Kawan baik pun boleh tikam belakang kita kalau kita tak berhati-hati. Juga pandai Raja Ilya kalau tak silap namanya yang melakonkan watak kawan baik Dahlia iaitu Haliza berlakon. Dia punya manis depan Dahlia memang manis sampai kentut pun Dahlia bau manis kot. Ekekek. Tapi dia punya kejam sanggup merampas suami Dahlia sampai rasa nak bebaling bantal tengok scene Haliza ni tau. Hah , punyalah beremosi. Gittuew.

Tadi Jijah ada bagitahu kan yang Jijah pada mulanya berminat dengan OST Dahlia sebenarnya. Memang kalau korang yang suka dengar lagu jiwang yang merobek jiwa dan perasaan macam Jijah mesti korang suka OST Dahlia. HEHE. OST Dahlia dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah. Lagu dan lirik jika Jijah tidak silap dihasilkan oleh Manusia Putih. Heee, kalau Manusia Putih yang buat , memang selalu sedap lagu-lagunya. Memang feeling habis bila dengar Dayang Nurfaizah nyanyi serta lirik yang begitu mencengkam perasaan serta merobek jiwa Jijah. Kerlastttt sangat ayat kali ni khen? HAHAH.

Jom dengar uols? HEHE.





Dengarkan bisikan kalbu ku
Sungguh besar mencintaimu
Rasakan, rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

[*] Mencintaimu menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri
Walau pedih ini sungguh perit
Akan ku relakan asalkan dia bahagia

Rasakan, rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

Repeat [*]
Tuhan kuatkanlah hati ini
Asalkan dia bahagia
Asalkan dia bahagia

HEHE , memang emosi sungguh tengok drama Dahlia dan mendengar sekali OST Dahlia ini. Memang dah lama tak menonton drama dengan penuh perasaan begini. Memang tak boleh dinafikan lakonan Dira dalam Dahlia sangat menerujakan perasaan Jijah melihat Dira all-out luahkan perasaan dia sebagai Dahlia. Pasti bukan mudah untuk membawa watak Dahlia! Konpem! Dan bagi Jijah setakat episode terkini , Dira berjaya membawa watak Dahlia dengan jayanya! Hihihi.

So ada tak yang follow drama Dahlia ini juga? Ada juga tak yang berkecamuk perasaan bila menonton Dahlia macam Jijah? keh keh keh.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

3 comments:

kak ina kl said...

tak layan pun drama ni..sekejap sangat dah habis

Anonymous said...

Layannnnn besttt

Anonymous said...

memang best sgt dira abu zahar tu bwk watak dahlia. maybe pengalaman hidup dia kot yg wat dia bleh jiwai watak tu gila-gila punya mencengkam huhu.. lg pun dlm sebalik tabir drama ni pun dia ada kata yg dira n dahlia lebih kurang sama..