Note : Ini merupakan AutoPost.
Kali ini aku nak update pasal filem yang baru aku tonton , bukan di pawagam meskipun sepelaung aje pawagam dengan rumah aku tapi aku tonton dekat laptop je. Senang cerita aku download lah kan? Bukan pasal apa , aku sekarang memang malas nak pergi tengok wayang. Heheheh. Aku asyik dengar orang cakap filem ni best dan mampu buat orang menangis. Tapi kalau dengar je tapi tak tengok mesti aku tehtap nak nafikan jugak. Boleh gitu? Ahha.
Maka lepas dah bergigihan download siang dan malam sebab asyik problem je link download itu , maka akhir nya dapat jugak tengok. Aku pun dah lupa bila aku tengok tapi dalam dua tiga minggu lepas lah. Ehem. Aku tahu mungkin aku agak lambat menonton filem ini tapi ada aku kisah cak cak cak? *pang* Ekekekek.
Ehem. Sekali Lagi merupakan filem yang di lakon kan oleh Lisa Surihani , Saheizy Sam , Bront Parale dan si comel Mia Sara. Ada lagi pelakon-pelakon lain tapi apakah mohtif nya aku nak tulis semua nama pelakon dekat sini kan? Aku cuma nak bagitahu review filem ini sajork. Hahaha , tiba-tiba nak hangin mohtif? Ekekekek. Filem ini berkisah kan tentang Shila (Lisa) , Arman (Sam) , Harris (Bront) dan si comel Amy (Mia). Aku mula-mula agak blur sedikit dengan permulaan filem ini tapi bila dah lama kelamaan baru faham.
Kisah nya Shila ni ada seorang anak iaitu Amy dan bila dia bekerja dia akan suruh Harris tolong jagakan memandangkan Harris ada gerai kecil gituew , jadi boleh lah tolong tengok-tengok kan. Tapi macam yang tak logik nya bila Amy tu punya lah berani tahap petala kelapan boleh berjalan-jalan seorang diri di tengok kota KL. Woah , ahkak yang dah 17 tahun pun kadang-kadang gigil kaki nak jalan seorang diri di tengah kota KL okeh? Ekekekek. Lepas itu di atas satu kejadian , Amy terjumpa lelaki yang bernama Arman. Arman ni tak sihat kata nya. Errr aku lupa sakit apa tapi memang menjadi lah jugak Sam berlakon watak orang tak sihat itu , ahahaha , comel macam Mia. Ekekeke.
Lepas itu lama kelamaan Shila harus lah marah bila dapat tahu Amy asyik keluar dan hilang untuk berjumpa dengan Arman. Iye lah kan , mak mana tak marah bila anak nya asyik keluar dan hilang. Then ada satu hari tu dia pergi ambik Amy dekat taman permainan dan terjumpa dengan Arman , Shila terus pengsan. Masa itu lah baru tahu rupa-rupa nya "kawan" Amy itu sebenar nya Ayah Amy sendiri. Ahha , masa ini lah mula sedih. Berjaya jugak buat aku menangis meleleh tak hengat kejap. Ahaks! Ketika ini baru Shila beritahu suami dia tak meninggal dunia sebalik nya diorang berpisah dan ketika berpisah tu pulak baru dia tahu dia mengandung. Al kisah nya ....
Sejak dapat tahu tentang siapa sebenar nya "Arman" itu , terus Amy tak boleh keluar dengan Arman katanya. Kesian Arman masa tu. Merata-rata dia mencari Amy. Lepas tu dan lepas tu mak Arman pun datang jelas kan pada Shila tentang kisah sebenar nya. Masa ini aku nangis lagi sebab tengok Sam menangis sebab dapat tahu dia sakit. Boleh? Ahahahah , kau tehtap Jah! Iyelah , rupa-rupa nya Arman memang merancang untuk tak nak Shila tahu yang dia sakit dan lepas dia sakit dan buat pembedahan yang dia terus lupa siapa dia. Itu yang sedih lah.
comel :D
ahahahhahahah.
Well , filem ini bagi aku best dan bila sesetengah part tak logik tu aku tolak tepi ajelah. Ekekek. Cuma betul lah orang kata filem ini touching jugak lah. Maklum lah aku kan ratu air mata maka memang akan menangis lah jugak walau macam mana jua. Ngahahaha. Terutama bila Arman cakap pada mak dia : Mak jangan mati ye mak? Uishh , masa tu aku dah meleleh sikit. Lepas tu bila dapat tahu siapa Arman , meleleh lagi. Dan bila mak Arman bagitahu kisah sebenar masa tu lagi lah bertambah-tambah meleleh okeh! Wahahahaha , ratu meleleh air mata kah? Oh tidak!
Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang gitu. Kenapa kah kan? Sebab aku tak suka ending dia ... boleh? Hakhakhak. Kau memang macam tu kan Jah , tak suka je mula kurang kan satu bintang hakhakhak! Kowser sangat! Cuma itu lah comel lah Sam dengan Lisa waktu dia flashback zaman sekolah diaorang. Macam pasangan bercinta betul-betul comel dia. Ekekeke. Lepas tu Sam masa sebelum sakit nampak kachakkk @_@ Hakhakhak , tehtap itu jugak yang aku pandang khen? *pang*
eheh , aku jumpa dekat google.
Wooohoo , nampak dah macam panjang betul entry aku kali ini. Maaf lah , aku terlebih rajin nak tulis secara begitu , tak macam selalu by point je kan? Ehiks. Bagi aku filem ini okay lah. Tak ada lah tahap gempak meletup ke apa scene-scene dia tapi boleh jugak buat aku menangis. Ngeh ngeh ngeh. Menarik jugak lah filem ini dan okay aje bagi aku. Ngahahaha.
Uhhu , korang dah tengok filem ini? Best ke tidak bagi korang ? Err menangis tak kalau yang tengok? Atau aku aje yang feeling terlebih seorang diri? Erkk :o
Terima kasih sudi baca entry ini :)
6 comments:
best kan wyg nii! etong pun sukaaa sgt!
ai pow kena download tgk gak la...tq mek kasi review ini pilem :))
Tak tengok lagi citer ni, tapi sure nnt tgk sbb ada saheizy sam!!!
etong >> a'ah best ;) touching filem ni :'(
kaka ayu >> hiks , sila2 download. mmg akan menitis jgk la air mata nnt ehiks.
sama2 ;)
SS >> nnt tgk la k? :) teheheh
Post a Comment