Home

Wednesday, February 2, 2011

Mula-Mula Saya Tak Suka Awak tapi lepas tu *gigit jari*

Eheh. Terasa macam nak sipu-sipu malu kejap sambil gigit-gigit jari. Tehehehe. Memang betul apa yang tajuk aku tulis tu. Dulu aku tak suka dia. Dulu aku benci dia. Tapi sekarang , ehem ehem *blushing* macam dah start suka kan dia , dah macam mula tercari-cari dimana-mana mesti ada dia ... *gigit jari* 

PAEJAHHHHHHHHHHHHHHH!! *simbah air*

opocot tercabut gigi pelesu. *lempang*

Heh , berangan je lah nak tulis pasal chenta hati kesayangan dekat sini kan? Muehehehe. Biasalah kan aku ayat senantiasa menggedik gelenya tak kira masa kan? Ekekekeke. Gituew lah kan , tak tahu lah terlebih makan vitamin ke? Terlebih minum air manis ke? Atau terlebih minum Ribena? Oh na na , tidak tidak. Sebenar nya aku nak bercherita pasal Lagenda Budak Setan The Series. Well , aku sebenar nya agak terlambat nak mengikuti drama series ini yang baru sahaja melabuhkan tirai episod akhir semalam. SHOMEL , sangat shomel kan? Yelah bila dah episod bertukar rupa pelakon , baru nak menggodek YouTube kan? Ish Ish Ish. Nak buat macam mana sibuk belajar kan? Itu yang baru reti tengok tv. *betulkan spek*

Eheh. Sebenar nya aku sebelum ni Lagenda Budak Setan the movie pun tak pernah ambil tahu. Sebab ramai yang cakap tak best. Tapi lepas jumpa Farid Kamil *gigit jari* dekat preview Hantu Kak Limah Balik Rumah terus teringin membuak-buak nak tengok Lagenda Budak Setan the movie. Melampau kan perangai? Eheh. Alah , tengok dia datang dengan jeans dengan t-shirt dengan topi lepas tu sengih-sengih sambil makan sambil terasa nak menjerit tapi selamat kawan ai a.k.a kakak hangkut ai , Cik Kekure ada disebelah , kalau tak sure-sure air sirap masuk dalam mulut kalau menjerit masa tu jugak. Muahahaha. Naya lah mengutuk beliau ketika beliau melancong ke Fuji. Gituew? Hahaha.

Jadi nya , lepas terjumpa bertentang mata ke mata , eceh aku je yang over as usual. Heh , aku pun terus bukak youtube tengok Lagenda Budak Setan dekat youtube. Nak beli DVD tak mampu. Heh , nak beli handbag mampu pulak khen? *dush* Lepas terus jatuh chenta dengan Parid Kamil katanya. Gituew lah kan? Gediks sungguh. Heh Heh. Padahal sebelum ni macam hape je tak suka kan? Muehehe. Tapi ini biasa lah kan , budak remajew yoo... tak remaja lah kalau tak minat pelakon / penyanyi semua ni kan? Lagi tak remajew kalau tak minat Justin Bieber tu okeh? Gituew. *nyorok larikk*

Adush , ingat nak buat entry pendek-pendek. Tapi jadi panjang jugak akhirnya. Heh. Kekdahnya sekarang ni pulak aku menonton Lagenda Budak Setan the series shebab my kenit boy a.k.a Awisy selalu memintak dekat aku selain daripada cherita kartun *geleng kepala* iaitu Awisy nak tengok budak setan! Tak kisah lah Parid Kamil tengah berlakon dalam I'm Not Single ke? Drama RTM ke? Drama Swasta ke , as long as ada Budak Setan = Parid Kamil , dia layan. Pelik sungguh budak kecik ni? Mana dia tahu ai minat Parid Kamil? Heran Heran. Muahahaa. Padahal kalau dah tengok tv asyik tengok muka Parid Kamil jewr , mana budak tu tak kenal kan? *sheesh*

Tadi gigih print screen some of scene at Lagenda Budak Setan the series. Jap lagi nak komen kejap pasal drama ni eventhough tak tengok betul-betul lagi + last episode pun terlepas. Heh. COMEL. 



ini akashah a.k.a shah ketika di oberthesea yu.


mak ayu yang terlalu percayakan azmi. ish ish ...


kesian ayu. ish ish ish.


parid kamil .. i loike -.-


jue = ayu? oh tidak! -.-


heh , parid kamil lagi. uish.

Terdapat banyak perbezaan yang ketara di antara movie dan the series. Sudah semesti nya ketara. Aku ada pinjam novel Lagenda Budak Setan daripada my bff , Dee M. Aku ada banyak part awal , tengah dan last. Tak baca habis sebab agak kurang minat dgn penulisan Ahadiat Akashah. I'm sorry. Tapi sebab nak tahu keseluruhan cherita dia even skip sana skip sini , jadi aku tahu lah watak-watak penting , aku tahulah kisah kejadian yang di pertontonkan di dalam movie mahupun drama. Heh , rajin. Cuba buat novel Sastera Interlok , buat perbandingan watak semua , kau serajin itu kah IjahEmoTemo? *nangis*


Jadi nya perbezaan drama dan movie sudah tentu banyak dan ketara. Tak dinafikan aku lagi suka yang veris movie meskipun banyak part penting yang dia skip meskipun part Ayu bertukar wajah dan bertukar nama iaitu Amelia dan juga meninggal dunia ketika melahirkan anak ada tetapi banyak part penting di dalam movie tak ada. Tapi aku lagi suka movie punya version sebab ada Lisa Surihani. Tehehehe. Farid Kamil dua-dua versi ada.


Iyelah , movie nak kena cantas part ituew , part ini sebab masa agak terbatas. Drama lain lah pulak , tetiap minggu boleh tayang , sejam pulak tu kan? Eheh! Sebenar nya untuk drama dia punya best sebab dia memang ikut jalan cherita novel iaitu bermula di sekolah menengah, kemudian sambung belajar di luar negara. Berlainan dengan movie yang terus bermula di kolej dan tak ada pun part di oversea khen? Harus sadis gituew peminat novel Lagenda Budak Setan. Eheh. Lepas tu yang drama ni nak feel lebih pun boleh kot. Yang movie tak sempat nak feel tengok-tengok dah masuk scene lain. Cehh. Gituew ~!


Tapi memang banyak beza nya. Tapi yang drama lebih terasa nak menangis meskipun tak kenal pun heroin LBS the series yang before transform jadi Jue Aziz tu. Adess. Tapi lakonan dia okay lah. Hehehe. Cuma yang jadi Jue Aziz tu je lah yang kurang berkenan sikit. Voleyh? Muahahaha. Tapi parid kamil tehtap ai loike gitu.HAHA. Gedik sungguh. Ekekeke. Sebenar nya bila tengok versi drama memang lebih terasa nak menitis air mata apabila ibu Ayu ni percaya bulat-bulat dengan Azmi.Padahal Ayu dah menderita cuma tak terluah dengan kata-kata gitue. Oh sadisnya! 


Tapi sayang seribu kali sayang , aku tak tengok episode by episode lagi ni. Heh. Tapi tengah sadis sebab tak dapat tengok episode akhir :( Korang tengok semalam? Heh , ada ke yang minat tengok LBS the series? Hehe.

2 comments:

Hanisah Safian said...

ni memang betol-betol fan-hard-die nih! hahahahaha :p

Ijah EmoTemo said...

hanisah: keh keh keh. kantoi sgt kan minat dia lps jmp dia depan mata. muehehehe.

tp kdg2 parid kamil kaku jgk berlakon *meraung* hahah