Home

Thursday, July 28, 2011

Rezeki Hendak Ramadhan ! Alhamdulillah :D

Hamboii , banyak betul aku update hari ini kan? Termasuk lah update tentang Review Filem yang sepatut nya nak auto publish hari ini tapi sebab ada kesilapan teknikal maka tertulis update hari Selasa kata nya , lepas tu pasal update Red Velvet dan Macaroon dan sekarang tentang rezeki hendak memasuki bulan Ramadhan. Alhamdulillah.

Secara jujur nya aku tak jangka kan akan mendapat Buffered Earning yang baru setelah hampir sebulan lebih tak dapat apa-apa BE. Aku memang tak mengharapkan apa-apa dan agak jeres gitu lihat ramai rakan-rakan bloggers yang sudah mendapat BE. Tapi aku fikir tak apa lah mungkin sebab aku tak bergerak aktif sangat sejak dua menjak ini kot itu yang susah nak dapat BE. Ngehehe boleh pulak fikir macam itu kan? Yeah , betul lah. Memang sejak dua menjak ini aku malas betul nak blogwalking , malas betul nak update apa-apa. Tapi kalau dah update mahu berduyun-duyun post macam hari ini kan?


terima kasih Celcom Xplay DJ!

terima kasih Nuffnang.

nanti kasi lah BE banyak lagi. tehehehehe :D

Alhamdulillah , rezeki hendak masuk bulan Ramadhan. Bila ada BE memang akan aktif sikit lah nak blogwalking , ehem ehem itu tanda nya suruh korang buat apa yang patut lah , ngahaha. Niat tak baik sungguh. Ahaks. Tapi sejujur nya bukan lah aku tak blogwalking atau tak update sebab merajuk tak dapat BE. Bukan lah. Cuma macam entry-entry sebelum ini , aku kan tak sihat sangat dengan demam panas nya. Lepas tu pulak sekarang batuk tak henti-henti sampai suara pun dah serak. Kadang-kadang terasa annoying gila dengar suara sendiri. Hahaha. Itu pasal aku tak update dan blogwalking langsung. Cuma yang mana sempat je aku pergi. 

Minta maaf sangat-sangat pada yang sudi jugak singgah dalam belog aku dan tinggalkan jejak di tempat borak itu tapi aku langsung tak singgah jejak balik. Nanti bila aku dah sihat sepenuh nya aku akan pergi terjah balik k? Oh ya macam biasa terima kasih sangat-sangat buat yang sudi follow belog aku yang biasa inieww. Terharu meh bila masih ada lagi yang sudi follow belog picisan ini. Aku sayang korang ketat-ketat , ahahahah!


terima kasih 787 followers Cherita Emo-Temo ! :')

Baik lah , rasa nya sudah tiada apa-apa lagi mahu di tulis lagi. Terima kasih Nuffnang kerana memberi BE , Terima Kasih Celcom Xplay DJ kerana sudi menjadi BE di dalam belog saya dan Terima kasih buat semua yang sudi menyinggah meskipun sebentar di dalam belog saya ini :') Saya betul-betul menghargai kamu semua ! :)

Ehem , syukur dengan rezeki ini meskipun nilai nya masih belum membesar tehehehe. Korang ada dapat BE jugak tak? :)

p/s: sedih dengan kekalahan Malaysia tadi :( it's alright #harimaumalaya , kami semua bangga dengan anda kerana anda bermain dengan bersungguh-sungguh dan tiada drama! go #harimaumalaya!! :D

Terima kasih sudi baca entry ini :)

8 comments:

laskar pelangi said...

wah! tahniah :))

MamaYatie said...

alhamdulillah..rezeki ramadhan la tur..

yer la kuat berlakon betul..nak amek ko keeper pun dpt kad kuning!

Ijah EmoTemo said...

laskar >> terima kasih :)

Ijah EmoTemo said...

kak yatie >> itulah , bersyukur sgt ni. alhamdulillah :)

kan? kuat betul berlakon! geram tau!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

congrats ada BE...alhamdulliah ai ada juga BE....mek menang kalah adat permainan jgn give up support team #harimaumalaya ek....

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> alhamdulillah. thx ye :) wah tahniah jgk! :D

yup betul tu, yg penting kena sentiasa sokong #harimaumalaya! :)

seliparpink said...

wah bestnyee...saya tak pernah dapat BE, encik nuffnang kedekut dengan sy..hehe

Ijah EmoTemo said...

Syira >> heheheh , BE itu sudah tiada. heheeh. takpe , insyaAllah nnt ada rezeki utk awak ;)