Sebenar nya malas nak tulis panjang-panjang. Aku dah malas untuk update apa-apa lagi lepas ini. Entah lah bila mood hancur atau mood mati dalam diri aku ni terasa fed up untuk update apa-apa lagi lepas ini. Bila tulis pasal artis di kata nya lagha. Bila tulis pasal handbag baru di kata nya show off. Bila tulis pasal emosi di kata nya jiwa lemah. So , nak tulis macam mana lagi?
Lebih baik aku berhenti menulis daripada aku terus amukan setan ye bukan #sethtan err tak tentu hala yang bakal membuat semua entry aku bercelaru tulisan nya. Lagipun buat apa buat benda yang buat kita bakal tertekan dan tak happy? Blog-ing sangat menyeronok kan tetapi bila ada yang sibuk mempertikai kan apa yang aku tulis dan gambar yang aku siar kan even itu gambar milik aku , aku rasa tak seronok. Aku benci perasaan itu. Aku tak suka buat-buat gembira sebenar nya aku sentapz dengan ayat menghiris kalbu itu. Uhhh.
So now , aku tekad kan hati untuk undurkan diri kejap dari dunia blog-ing dan mungkin akan kembali bila aku rasa perasaan dan hati aku stabil. Bukan setakat blog-ing nak undurkan diri tapi facebook pun sama. Ada benda lain yang lebih penting untuk aku fokuskan sekarang. Ada banyak lagi masalah yang datang tak di jemput untuk di selesai kan. Ada banyak dan banyak lagi benda yang aku rasa lebih penting aku kena buat. Blog-ing is fun , tapi yeah malas nak tulis banyak tapi aku rasa macam dah tulis banyak. Tsssk.
no more facebook. no more blog. err but maybe i'm still update my twitter. err *pang
yes , come here buku come here buku to mommy. *pang*
pencetus semangat. boleh?
STUDY HARD katanya. :)
Aku malas nak tulis panjang. Tiba-tiba datang mood nak tepek gambar banyak-banyak. Voleyh gitu? Boleh kan aje la -.-' Haih , idea tiba-tiba lari lagi dan terus berlari. Ptuihh.
Alyah - Kisah Hati Guitar Instrumental menjadi pilihan halwa telinga aku sekarang.
pergi lah cari dekat youtube. memang best. untuk aku la.
air tebu. nak air tebu. eh eh #tetibe.
Macam-macam benda nak di luah kan dalam entry kali ini tapi nampak nya aku masih tak mampu nak meluah kan. Cuma apa yang aku boleh kata kan , sekarang ini aku rasa yang terbaik ialah untuk tidak aktif di mana-mana. Lagipun ada yang tak suka kan? Ada yang menyampah kan? Ok cukup pasal tu.
Alang-alang update yang terakhir kata nya , baru teringat tentang FM aku dah bertambah. Yippie. Hari tu Kaka Ekah , Kaka Atie dengan Kak Fieza pergi ke Jakarta dan Bandung , maka aku pun mula lah memintak nak FM , hiks. Gigih tau memintak dengan orang , sungguh tak tahu malu. Tehehehehe.
koleksi FM terkini.
sikit je baru tehehehe.
so far yang ada ; London , Dublin ada 2 , Korea , Germany , Vietnam and latest Bandung , Indonesia :)
thank you Kaka Ekah , Kaka Fieza dan Kaka Atie. hiks.
Uhhu. So for now , aku dah bertekad untuk malas nak update apa-apa. Entah lah bila mood nak menulis dah mati , semua nya aku rasa tak seronok. Lagipun ada banyak lagi benda penting yang aku kena selesaikan dalam masa terdekat ni. Aku tak nak makin tertekan dengan benda-benda simple macam ni. Tak bawak ke mana pun. Malas nak cherita panjang-panjang. Malas nak huru hara kan lagi perasaan yang entah apa-apa ni. Haih.
Hmmm , doa kan aku untuk SPM aku ye kawan-kawan. Tak lama aje lagi ni. Doa kan jugak semua nya benda yang penting aku nak kena selesaikan ini pun berjalan dengan lancar. Amin. Terima kasih buat semua yang drop by dalam belog aku , yang beri komen , yang tengok gambar-gambar , aku tahu ada yang masuk sini sebab nak tengok gambar artis itu kan , tak apa tengok aje lah , tak kisah pun dan terima kasih buat semua ye? Maaf kalau aku pernah terguris hati korang tatkala aku buat ayat yang kadang-kadang mencengkam jiwa , kadang-kadang mengguris hati , terlebih emosi atau apa-apa sahaja yang buat korang sentapz.
Aku tak suka sebab benda kecik macam ni jadi masalah besar pulak. Malas tahu tak nak layan? Phewww. Dah dah membebel. Banyak lagi benda lain nak kena buat lepas ni. Aku pun dah malas nak layan semua ni walaupun entah boleh entah tidak -.-' Tak suka nak emo-temo sangat. Nanti orang kata aku ni tahu membebel meroyan aje kerja nya kan? Gegirl tak suka tau. Okeh enough merepek. Macam aku cakap tadi , maaf kan aku kalau aku ada buat korang terasa hati ke apa , semua nya tak di sengajakan.
InsyaAllah , ada umur yang panjang , aku update lagi bila perlu. Mungkin tak selama nya aku undurkan diri ini tapi buat sementara ini memang aku tak nak update apa-apa. Baiklah , selamat blog-ing kawan-kawan semua :)
Antara sebab musabab yang membuat kan aku undur diri juga sebab di bawah ini. Kthxbye!
spmfacts 127 DAYS TILL SPM.
selamat tinggal *lambaian ratu*
Terima kasih sudi baca entry ini :)
11 comments:
jgn la mek...jgn merajukkkkk
nanty ai rindul bebel uols itew uwaaaaaa
kdg2 menghilangkan diri seketika (bukan lari darp masalah) adalah terapi untuk kita bangkit dari dari kekecewaan atau kesedihan. Pengunduran diri untuk tumpu pada SPM adalah jln yg terbaik buat masa ini
semoga berjaya dlm SPM 2011
- KAKA UNGU_MERAH-
LA...hilang plak komen aku
mekk..tp dah komen tp hilang...sedeyyy
serious???
ok lah... iols wish you all the best ye nokk...
apa2 pun... uols tau camne nak contact iols kan???
do continue blogging bila uols dah ok ye!
kaka ayu >> hehehe bkn la merajuk tapi lebih kepada nk tenang kan diri kejap :(
sedih bila every single thing yg ijah tulis dkt sini org ckp salah. bkn semua cuma segelintir la. tak suka tau rasa stress mcm ni. insyaAllah lagi beberapa hari kot ijah tulis balik if perasaan ijah dh ok hehe.
:)
klu rindu ijah sila baca entry2 lama ekekeke.
kaka ungu >> tq so much utk nasihat itu :) insyaAllah undur diri ini utk kebaikan diri sendiri :) lagipun tak mahu la stress sbb benda yg duniawi mcm ni. haha. u know what kan? :)
eh ada je komen tu. hehehe
tq so much ye kaka ungu :) *peluk*
kaka milo >> so far mmg serius. ai dah tak tahan la dgn mulut2 manusia yg sesetengah tu nk kondem every single thing yg ai tulis dkt sini.
i know sometimes i always tulis about artis but doent mean i ni teruk kritikal sgt kan utk ttg itu sajork. dah itu yg boleh naik kan uv trafik ai hahah itu yg ai tulis je. but ada plk yg misunderstanding. haih. mls nk pikir hal remeh temeh ni. so better i undur diri kejap n tenang kan perasaan n prepare for my spm ni. fuhh.
oh ok. don't worry , i still ada dkt twitter , insyaAllah :)
thanks kaka milo :) *peluk*
Spm spm !
hehe samolaa kite ;)
all the best yaw ~ hihi
aloo mek.. boleh agak rasa hati bila ada komen2 negatif, but u put ur heart out there kan. tak tau nak bg semangat mcmana. heeehe.. but writing/blogging improves your idea for writing, which would be essential when answering your exams. tak kira la apa subjectnya kan; artis ke ahli politik ke.. all the best!!
kak Y
afiqa >> yeah spm spm! -.-' haha.
gd luck utk kamu juga :)
kak y >> actually sgt membantu utk skill writing but yeah skrg mood dah hancur utk semua benda even hati meronta-ronta nak menulis :/
hee , takpe2 drop by and comment on this entry pun dh ala-ala kasi smgt ni :) tq btw wlupun masih samar-samar siapa kak y ni. heheh.
Post a Comment