Home

Friday, July 8, 2011

Cherita Basi : BSN Karnival di eCurve ; oh yeah Aaron Aziz lagi.


Amaran : ENTRY INI PENUH DENGAN GAMBAR. Tak suka , tak payah baca ye , sila pergi ke belog yang lain yang lebih mengikut citarasa anda. Tenkius.

Hmmm , aku tahu akan ada orang akan cakap , budak ni tak habis lagi ke cherita pasal Aaron Aziz ? Haih , aku ni pun kalau boleh tak mahu dah letak apa-apa lagi benda yang berkaitan Aaron sebab tak mahu di gelar kipas susah mati Aaron tahap kritikal. Aku tak ada lah sampai makan ingat Aaron , tidur ingat Aaron , baca buku ingat Aaron , hoitt itu memang teringin nak kena pang pang bertalu angau kan bapak orang nih. Heh. 

Cuma entry ini akan menjadi entry terakhir buat masa ini untuk bercherita tentang Aaron Aziz. Phew macam dah terkena badi ke hape , mula-mula sekali aku tulis pasal Nora Elena then KL Gangster then Stanza Cinta then jumpa di tempat shooting then Oreo Daddy Dunk then itu then ini sampai aku sendiri pun takut muak duk sibuk tulis hal Aaron Aziz. Hehehe. Iye lah , aku tulis benda tu setiap masa tak bermakna aku ni die hard fan , minat tu minat tapi berpada-pada lah kan. Over sangat pun tak best yuolss. Gituh.


masa Aaron nampak aku.
terus tersenyum girang katanya. *matilaa ayat!
err perlu ke aku buat ayat tahap loya macam ituew? erkk.

Okeh , actually entry ini nak cherita pasal cherita yang mungkin akan basi kalau aku tak tulis by today sebab ini kejadian 2 minggu lepas di eCurve di mana berlangsung nya event BSN Karnival yang turut di sertai oleh Aaron Aziz , Imran Ajmain , Adibah Noor , kumpulan nasyid Al Mawlid. Sebenar nya tak rancang langsung untuk pergi berjumpa Aaron Aziz atau menyertai event ini tetapi sebenar nya aku dan kakak aku telah menuju ke Ikea bersama dengan Kak Fieza dan Kaka Ekah untuk pergi makan meatball di Ikea. Lepas itu dapat tahu Aaron Aziz turut ada di eCurve maka , kami semua cuba-cuba lah untuk meninjau keadaan di sana. Apa yang kitaorang cuak memikirkan fenomena Seth Tan a.k.a Aaron Aziz pasti orang akan ramai dan sesak. Tapi bila dah sampai di eCurve , keadaan sangat lengang terutama di backstage. Ehiks.




Aaron Aziz.
nampak betul aku duduk depan dia. heh.


Aaron yang sangat sporting melayan peminat. 
oh yeah masa ni aku duduk depan pintu itu ye.
pakcik guard BSN tu pun dah jadi kawan baik aku masa ni.
keh keh keh.


ehem.
Well , sebenar nya aku punya lah gigih menerjah backstage di kala orang tak berapa nak berani menerjah di backstage tu. Aku macam biasa buat baik dengan orang sekeliling di situ. Pakcik Guard BSN pun jadi kawan baik aku. Sempat berborak dan pakcik tu sempat jugak cakap nak suruh aku masuk sorang-sorang dalam bilik berehat Aaron untuk jumpa semua. Tapi for sure akan melambat kan proses dengan kejadian berebut dan merebut , macam tak biasa dengan semua itu kan. Lepas itu Aaron buat keputusan , ceh , untuk dia yang keluar berjumpa dengan peminat-peminat dia. So Sweet :D Eceh.

Heh , tak menahan aku duduk depan pintu tu hah. Mahu nya gambar aku semua nya dekat ya hamat. Habis pakat menjeling lah khen? Maaf kan adik ye , adik sangat heksaited masa itu meskipun masa itu tetaip minggu asyik jumpa. Ceh. Tapi kan masa aku terjah backstage tu ramai yang tak tahu Aaron ada di situ. Aku pun kalau tak kerana Kak Fieza memang aku pun tak tahu. Sebab masa tu aku merayau-rayau pergi lain sekali Kak Fieza cakap Aaron dah sampai. Okeh punah harapan jantung hati ku. Ceh ayat dramatik tak hengat! Lepas tu hamik kau , aku je lah yang sibuk bergambar sampai Aaron mampu tersengih aje lah ye. Ekekeke. Perlu ke aku cakap Aaron masih ingat aku ini? Perlu ke? Perlu ke? *pang*


masa ni aku sibuk lah pulak cakap ,

bang aaron posing lain puhlease.
bang aaron cakap ; posing macam mana pulak.
cehh.



sesi beramah mesra kata nya.


peneman setia saya : kakak saya.

suka lettuew aku heret dia jumpa Aaron.

Kali ini tak banyak kisah dramatik antara aku dan Aaron Aziz. Kau gila kalau nak main aci dramatik kau je Jah? Ekekeke. Kali ini macam best dari event yang sebelum ni sebab tak ramai orang dan sempat lah kau nak senyum ke , gelak ke even terkentut sekalipun dekat situ. Erk , apa nih. Hahahah. Okeh Aaron Aziz datang BSN Karnival untuk melelong barang-barang peribadi nya. Phew menangis mek tengok barang-barang yang dia jual tu yuolss. Bukan apasal , yang orang membida pun tahap gugur bulu ketiyak aku mendengar tahu? Tapi okay lah kot sebab setiap bidaan tertinggi sekalipun akan menjadi duit Sijil Simpanan Premium so tak rugi :P 


sebelum kejadian menandatangani buku Sejarah :P


kaka Ekah :D


baik tak baik aku dengan pak cik guard bila aku siap mintak nak ambik gambar intai-intai dengan pakcik tu. 

kau mampo? matilaa.


oh masa ni sheweet ye.
Aaron Aziz tengah berehat setelah berjumpa dengan kitaorang peminat-peminat ni ha.
lepas tu , dia dapat tahu ada seorang nenek nak jumpa dengan dia.
terus dia keluar cium tangan nenek ni.

so sheweet. habis semua kamera duduk tayang dekat makcik ni nak ambik gambar ekekeke.





Hohh , banyak sungguh gambar nya. Ini pun pilih yang paling meletopz yang mampu korang guling-guling tapi haih tehtap lah banyak. Memang banyak sungguh gambar yang aku ambik aritu. Ada lah kot dalam 200++. Heheheh , itu pun termasuk dengan gambar syok sendiri iye. Cehh. Oh ya yang pasal membida tu , Aaron Aziz menjual Baju Kameja Putih yang di pakai di dalam Nora Elena dan orang membida dengan harga : RM 500 mcm itu lah. Frame dengan gambar sekali siap tandatangan orang membida dengan harga : RM 300 mcm itu lah dan yang paling buat semua orang ternganga ialah Topi yang di bida dengan harga RM 2K! Huyyohh!! 

Meleleh peluh aku mendengar sampai sempat lah tenganga tiga minit. Ekekekeke. Mengada-ngada nak ternganga lama-lama kan? Tapi betul lah terkujat gegirl dengar tau. Hahahah. Tapi memang ramai yang sanggup membida tinggi-tinggi. Untung jadi Aaron Aziz dan memang tersangat lah fenomena ye. *peluh*

Err jangan tanya aku tentang gambar-gambar di bawah ni Aaron buat apa ke apa.
Aku ala-ala blur gituew.





oh ya ada Imran Ajmain juga :)






Ini memang aku kasi korang cuci mata nih. Ekekekek. Iye lah esok dengan lusa kan banyak jalan kena roadblock , kot kot korang tengah stress tak boleh nak keluar rumah ke apa boleh lah tengok gambar-gambar ni kan. Hamboii pandai aje kaverina ye ayat? Hehehe , lagipun belog salah satu medium untuk aku menyimpan gambar-gambar aku. Walaupun nanti kalau dah hilang ke apa aku akan hangin sebab aku letak watermark sehingga aku rasa gambar ituew tidak cantik lagi. Ish apa kau merepek ni Jah. Haa , kan dah cakap entry ni penuh gambar , kejap kejap ada lagi. Woah. *peluhlagi*




Abang Malek KL Gangster sangat kan bila buat muka macam ni :P


Oh ya aku tak sempat ambik gambar yang tengah membida semua tu sebab aku sibuk duduk backstage berborak dengan geng AL's yang kebetulan terserempak tapi cherita mereka itu next entry okeh? Jadi lepas acara yang gambar di atas , Aaron berehat mcm gambar di bawah. Ingat kan kembali ke backstage. Adess. Tak apa lah , janji aku tehtap ambik gambar kata nya. Dah alang-alang berjumpa ambik gambar sampai lebamz. Gituh kata nya! Maaf kalau korang rasa macam nak termuntah tengok gambar Aaron banyak ya hamat , but please aku upload ini sebab ada permintaan kata nya. If not , aku pun tak kuasa nak upload sekali harung. Kang aku buat PART 1 , 2 , 3 ada pulak yang menyampah , so better aku buat sekali harung. Okeh? #tetibe.


begitu lah , i phone , handphone dan sama waktu dengan nya penuh depan aku kata nya.



Aaron tehtap setia melayan peminat walau macam mana sekalipun ye.
I loike ur style la bro! :)







masa ni , Aaron Aziz sign buku utk ada seorang kanak-kanak perempuan yang amat minat dengan Aaron Aziz.
birthday kanak-kanak tu tak salah aku.
the best birthday ever , mak dia cakap.
ekekek mohtif aku pergi hafal dialog mak dia? ekekeke.


Setelah hampir beberapa jam di eCurve , Aaron Aziz pun sudah mahu pulang tetapi agak mendukacitakan bagi mereka-mereka yang tidak sempat untuk bergambar dengan Aaron apabila Aaron terus menaiki eskalator di tempat dia berehat itu. Aiyark. Ketika ini lah ada drama yang berlaku ye. Drama aku , Kak Fieza , Kak Ekah dan kakak aku bersama Aaron. Ekekeke. Kitaorang gigih naik escalator untuk pergi ke tingkat atas. Bila dah naik phew nampak Aaron berkejaran lari daripada peminat-peminat. Ahah , masa ini kitaorang pun berlari berkejaran katanya!

Sampai semput aku dan aku pun nampak Aaron semput. Rupa-rupa nya lepas itu Aaron yang dengan bodyguard semua tu turun balik :/ Huwargh , stress naik turun eskalator. Masa tu dah tak ada siapa pun berani nak kejar Aaron tapi err err aku n the geng masih lagi mengejar sehingga kami satu eskalator. Ekekekeke. Masa ini semangat aku n the geng menjerit ; Bang Aaron Pandang Belakang , Senyum! Ya Hampun , gigih betul wehh. Nangis sangat ingat balik. Selamat tak ada kejadian tragis ke hape ke kan? Erkk.


okeh gambar bang Aaron pandang belakang via kamera Kak Fieza.
kamera aku kelembapan pulak time nak snap. sheesh.

Oh yeah , selesai sudah bercherita dan menepek gambar-gambar Aaron Aziz ini. Memang banyak sangat. Ini pun sudah cut cut cut tapi banyak jugak. So how kan? Lepas ni dah tak ada dah tentang Aaron Aziz ke apa. Banyak entry-entry basi lain yang akan menyusul. Aku memang sengaja dahulu kan entry tentang Aaron Aziz. Dah macam belog pencinta Aaron Aziz pulak. Berduyun-duyun tentang Aaron khen? Nak buat macam mana kebetulan asyik terjumpa terserempak lah kan?

Hiks. Anyway , aku rasa event ini lagi best and mungkin lagi senang untuk berjumpa Aaron berbanding dengan event sebelum ini. Oh ya sebelum ini pun aku dah ada tulis sikit-sikit tentang event ni. Bagi yang belum baca sila tekan SINI dan SINI. Hehehe. Bila berada di event itu , aku sangat suka melihat Aaron menghargai semua peminat-peminat dia. Aku mula lah nak touching sana touching sini kan? But if kau orang berada dengan aku hari tu , you'll said that too lah. Cehh. Memang sekarang fenemona Aaron Aziz. Oh ya Aaron sempat cakap ye ; Jangan Lupa Tonton Filem Ombak Rindu bulan 12 nanti. Kata nya filem itu akan buat korang menangis. So , peminat Aaron Aziz dan peminat novel Ombak Rindu , jangan lupa menonton nanti ! :)

Gapo lagi nok tulih ni? Ada ke yang muak dengan entry-entry dalam belog aku ni? Ke ramai yang sama geletis suka dengan entry Aaron Aziz ni? So peminat Aaron Aziz puas hati tak adik Ijah menepek gambar Aaron banyak sampai pitamz ini? Errr. Sehingga berjumpa lagi di entry lain kali. Oh ya sebelum itu , kalau tak keberatan , sila lah LIKE fanpage Cherita Emo-Temo. Hehehehe. Oh , insyaAllah kalau ada kelapangan aku akan terjah balik semua-semua yang telah sudi komen di entry ini atau sebelum ini. Maaf andai terlambat ye. -.-' Oh ya , nanti kalau aku rajin aku akan update lagi dan lagi. Itu kalau rajin lah. Ekekeke. Erk! Alamak dah panjang berjela ya amat entry ini maka .. err aku berenti menulis dulu. Okthxbai.


sebelum berpisah , wajib ada gambar saya dan Aaron Aziz ye.

cehh.

:)

Terima kasih sudi baca entry ini :)


18 comments:

miloaiskurangmanis said...

salam mek jingg... tapi yang pasti.. uols memang kipassusahmatiaarontahapkritikal kan??? kan??? kan???
wakakakaka

tak pe lah nok... blog what you want to blog...
orang suka ke.. tak ke... menyampah ke... nak buat camne kan? payah plak kalo nak ikut telunjuk orang sajorkkk!

you yourself yg decide what you want to write!

[hari ni ayat semacam jer lahhh... may be sbb tak betul2 sihat lagi ni!]

muahhhhhhh n muahhhhhhhhhhhhh!~

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> terharu sgt aiols yuols sudi masuk jgk dlm belog ai even yu tgh tak sihat ni *pewlukk*

hahahahah , itu biarla rahasia kita berdua tahap kritikal aiols ituew erhikss.

itula noks , ai tulis ttg apa yg ai suka dan apa yg penting ai menulis dgn tatatertib gituw wlupun hahaha..

get well soon and hv a good rest too k? muahhh muahh!!

tiefazatie said...

ok pengsan!!

Ijah EmoTemo said...

ifa >> hikhik , bwk bertenang. ekekek

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

mahal ooo pic ngan abe Aaron tue...berbuih jelez noks...ahaks...curlasttt uolss..pewitttt

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> hehehe sgt mahal nilai pic2 dgn aaron ni. lepas ni entah bila pulak dpt jmp kan heheheh.

hiks , jgn la jeles kaka ayu ;) hahah.

tiefazatie said...

tidak blh..suka sgt!haha..untung ko dik..adui la..dh jd abg angkat x?hihi

Ijah EmoTemo said...

ifa >> ekekekek. klu jmp dpn2 lagi la ifa tak mampu nk bernapas wah wah over sgt ijah ni ekeke. itu yg aritu pestaim jmp smpi gigil hahaha.

hikss , abg angkat? coming soon! wakakka

dill said...

ensem2

dill.

M[i]$Z[a]C[k] said...

sethhhhhhhhhh

Ijah EmoTemo said...

dill >> heheh mmg hensem ya hamat :P

Ijah EmoTemo said...

M[i]$Z[a]C[k] >> Heheheh

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

award and tag untuk uols d sini...tq
http://ladychenta.blogspot.com/2011/07/award-7-things-about-me.html

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> oh okeh , thanks :)

Ijah EmoTemo said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

oke JELES~ cukop 1 perkataan jep
sekian :)

Ijah EmoTemo said...

terra >> hehehehe jgn la jeles awak. heheh.

Ijah EmoTemo said...

terra >> hehehehe jgn la jeles awak. heheh.