Selepas ini peminat-peminat Aaron Aziz yang popular dengan watak Seth Tan di dalam drama Nora Elena pasti akan terus terpacak di hadapan tv menyaksikan drama terbaru lakonan Aaron Aziz yang bakal di siarkan di TV3. Drama yang bertajuk Stanza Cinta yang bakal di siarkan pada 19 Jun ini pada setiap Ahad pada pukul 9 malam ini akan di siarkan di TV3. Selain daripada Aaron Aziz , turut sama menjadi peneraju utama drama ini ialah Fizz Fairuz dan juga Nur Fathia.
Drama yang berunsur keagamaan ini adalah yang telah di adaptasi dari sebuah novel yang bertajuk Stanza Cinta hasil nukilan Nurull Halawati. Aku dapat tahu yang novel Stanza Cinta memang sangat best dan bait-bait bahasa nya sangat menarik. Huhhh , rugi tak pergi cari sekali harung hari tu dekat SACC mall. Tak apa lah , nanti-nanti aje lah aku pergi cari novel Stanza Cinta. Ramai yang aku baca mengatakan novel Stanza Cinta memang sebuah novel yang menarik dan penuh keinsafan selain banyak juga ayat-ayat yang menarik untuk di baca. Ehhe.
jangan lupa saksikan Stanza Cinta bermula 19 Jun ini setiap Ahad pada jam 9 malam.
Stanza Cinta di khabar kan mempunyai 13 episod dan di arahkan oleh Along Kamaluddin dan di terbitkan oleh Grand Brilliances. Ehiks , kalau siapa nak ambil feel tu , apa kata beli dulu novel Stanza Cinta dan nanti sure jadi tak sabar nak tengok drama Stanza Cinta ini. Ehiks. Uhhu aku di khabar kan juga drama Stanza Cinta ini bakal membuatkan penonton-penonton menitik-nitik air mata menangis sendu syahdan. Benar kah? Kita tunggu dan lihat nanti ye? :P
Aku percaya drama Stanza Cinta sebuah drama yang manarik dan mantap dengan kehadiran Fizz Fairuz yang memang mantap lakonan nya itu. Tambahan pula dengan kehadiran Aaron Aziz pun memang kita tahu lakonan nya pun sentiasa mantap dan di serikan lagi dengan kehadiran Nur Fathia sebagai peneraju utama wanita gitu harus berganda-ganda mantap hendak nya. Mohtif mantap sajork ayat nya? Eh harus lah kan? Kata peminat setia Fizz Fairuz kan?Ekekekeke. Harus lah sentiasa menyokong Fizz. Hiks.
nak ambil feel , apa kata beli novel Stanza Cinta ini.
Oh ya Nurull Halawati ni pun ada belog nya. Nanti korang pergi lah jugak singgah ke belog Nurul Halawati yang juga penulis Stanza Cinta ini. Nanti rajin-rajin singgah belog dia sebab dia ada jugak tulis tentang Stanza Cinta ini.Suka baca ayat-ayat dia dalam belog dia. Menusuk kalbu okeh. Hiks. Aku yakin drama ini sebuah drama yang menarik dan tak sabar sebenar nya nak menonton Stanza Cinta ni. Heheheh. Sampai kan aku ingat 19 Jun , ahad ni boleh? Adoiyak , terover excited lah pulak kan? Hiks.
Okay meh nak tepek sinopsis novel Stanza Cinta memandangkan aku tak lagi sinopsis untuk drama ini kan.
Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.
Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.
Sehingga pernah dia merintih hiba, “Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”
Irfan Ikmal - “Amni itu seorang bidadari yang sangat lemah lembut dan penyayang...namun dia seorang yang tegas. Amni seorang wanita yang suka menangis dan mudah tersentuh hatinya...namun dia seorang yang sangat tabah!! Amni seorang Hawa yang mempunyai cinta yang begitu besar buat Sang Adamnya….namun dilindungi ia disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Amni menunjukkan cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dialah yang membuatkan aku mampu tersenyum dengan cintanya…juga dengan cinta Tuhan yang diajarkannya padaku”
Taufiq Imran, Bandung Indonesia – “Subhanallah…Amni adalah sosok wanita solehah yang ingin aku jadikan zaujah disisiku. Aku membutuhkan dukungannya sebagai peneguhku, aku membutuhkan doanya untuk kehidupanku, aku membutuhkan senyumnya untuk mengatasi kesedihanku...dan aku juga membutuhkan dirinya untuk membuatkan hidupku menjadi sempurna. Aku ingin selamanya melalui lorong-lorong dakwah ini ditemani zaujah yang seindah dirinya…Aku sungguh mencintainya kerana Allah…..”
Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.
Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?
Aku harap tak ada orang yang akan membandingkan Stanza Cinta ini dengan Nur Kasih kerana masing-masing mempunyai jalan cerita yang tersendiri. Tak perlu nak membandingkan kerana setiap drama mahupun filem sekalipun ada kekuatan yang tersendiri. Tambahan pula macam yang kita tahu Fizz dalam Nur Kasih menjadi watak Ustaz Aidil dan kali ini pula menjadi watak yang baik juga iaitu Taufik. WOW! Pasti menarik yu sebab kalau dalam novel Taufik seorang yang berasal dari Indonesia. Bagaimana pula dalam drama nanti? Hee , itu yang aku tak sabar nak tengok tu. Hiks.
Aku pun tak sabar nak tengok lakonan Aaron Aziz sebagai Irfan. Ehiks. Senang cherita memang aku tak sabar okeh nak tengok drama ni semenjak di beritahu oleh kawan aku tentang drama ini. Memang tengah musim TV3 mengeluarkan drama-drama menarik kan? Haruslah bergigihan depan tv. Aiyark.
kredit to : Stanza Cinta TV3 @ fanpage di FB
haa Fizz pun dah siap pegang novel Stanza Cinta lagi tu :P
Ehiks. Sekarang dah bermula pun penggambaran Stanza Cinta tu. Cuma yang kesian nya Fizz tengah sakit mata tu. Alamak sangat kesian okeh? Semoga cepat sembuh Fizz. Heheheh. Harap semua pelakon-pelakon dalam drama Stanza Cinta mampu buat yang terbaik gituh. Hiks , harus terharu Fizz tengok ai peromot sampai pitamz nih. Ekekekeke. Oh ya korang jangan lupa untuk LIKE di STANZA CINTA TV3 di facebook untuk mendapatkan maklumat terkini serta info dan gambar-gambar menarik bagi drama STANZA CINTA :P
Rasa nya dah terlebih-lebih panjang bercherita tentang Stanza Cinta ni. Belum mula lagi aku dah tulis panjang lebar kan? Dah start nanti macam mana lah kan? Hiks. Korang jangan lupa menonton ye. Lagipun ini sebuah drama yang berunsur keagamaan gitu. Terutama peminat-peminat Aaron Aziz dan Fizz Fairuz serta Nur Fathia jangan lupa saksikan Stanza Cinta bermula 19 Jun ini setiap Ahad pada pukul 9 malam :)
Terima kasih baca entry ini :)
18 comments:
ganti nora elena ek??? yg penting seth tan ade lg... hehe
lynda >> hee drama ni setiap ahad. tp kira ala2 ganti la. lgpun next week nora elena dah habis kan :) tu la yg penting seth tan hade lagi. sukaa hiks.
yehaaa tak sabar nak tgk.suka fizz,suka aaron dan fathia pergh mata cantik betul!mesti rating tinggi drama ni nanti.
alea >> itulah , ijah pun tak sabar jgk. tambahan bila dpt tahu jalan cerita dia kan. makin tak sabar :)
hiks , insyaAllah. harap2 rating tinggi :)
x tau pulak ada cerita baru ..
nice entry ....
najihah >> hee sbb org tak tahu nk kasi tahu ni ;P
thanks :)
nak tengok sebab ade aaron aziz jewwwwww <3 HAHAHAH xD
JOM SINGGAH ;
EPOLA ; matangkah anda?
curlasttt uols...dah mcm PA si Aaron la...now byk muka heroin baru ek...hope belakon jgn mcm kayu dah la...uols nk tnya 10 terhebat tue menatang apa? ai 2nd lepas uols la...baru rini terjah dan belek2 hikhikhik
epola >> heee. jgn lupa tgk k? :)
kaka ayu >> hikhik. actually ni ai peromot for Fizz Fairuz bcz ai kan Fizzi'c :) Jd alang2 tu peromot Aaron sekalik. Hiks :)
Tula ramai muka baru. Harap sgt tak berlakon kayu. Sbb fizz dgn aaron mmg selalu ok je berlakon heeheh.
Ohh 10 terhebat tu actually top 10 comentator hikhik. Tp ai pulak yg no 1 huwaa ekekeke ;P
owh gitew ekk...
top commentator nyapa uols terselet sekali ngeh ngeh ngeh...ai terharu rupanya byk ai comment kat cini ek
me belum sempat layan drama sejak balik nsia ni :p
kaka ayu >> hahaha iyep. ai saja tuko nama jd kan 10 terhebat. ekekeke ;P
hiks kannn. tahniah noks. haha. tulah kan? ai pulak yg paling byk. meraungg.
mz >> hee ijah ni pun jarang jgk tgk tv. klu ada masa je baru tgk. skrg byk tgk via internet je. heee.
Uii, drama baru..
nampak macam best jer..
sha >> yups! drama baru ni :) start next week :)
ganti slot mentor ni. adaptasi dari novel juga ye. kena cari juga novel ni.
noridah >> yups! ganti slot mentor :) a'ah adaptasi dari novel. hee boleh la cari skrg before rmi yg cari secara berjemaah nnt. ekekek ;)
jgn lupa tgk k :)
Post a Comment