Setiap kali muncul Ramadhan , TV3 sentiasa menyajikan drama-drama menarik berunsur keinsafan mahupun ketuhan begitulah kan kan? Kali ini ada satu drama menarik yang boleh di tonton selepas korang balik dari Terawih iaitu drama Ramadan Terakhir. Drama ni start dari minggu lepas lagi. Setiap Selasa sehingga Khamis menggantikan drama Anissa yang pukul 10.30 malam itu.
Bagi aku so far drama ini best dan tak boring. Episode pertama pun dah rasa semakin mencanak perasaan nak tengok episode seterus nya tau! Wah begitu lah kau kan Jah? Ekekeke. Antara pelakon-pelakon nya ialah Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Eyka Farhana dan Nur Anzalna. Drama ini mengikut kefahaman aku mengisahkan tentang keluarga yang telah lupa pada Tuhan dan memang cara hidup mereka memang terus ke arah kebaratan. Nak cerita lebih-lebih pun sekarang baru episode 4 , jadi aku pun faham macam begitu aje lah kan? Ehehehe.
Tadi mencari di google terjumpa pulak belog kasi sinopsis tentang Ramadan Terakhir. Jadi meh aku copy dekat sini ye untuk korang yang nak tahu kan? Credit sinopsis di SINI.
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Drama Ramadhan terakhir
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?
Ehem , begitulah kalau ikut sinopsis nya. Sakinah sangat cantik bertudung yuolss! Akak terpesona melihat nya. Tetibe ber-akak ni apasal pulak? Muahahahah. Tapi memang drama ini bagi aku best dan menarik. Ayat tak pernah berubah bila IjahEmoTemo memberi ulasan tentang movie mahupun drama kan? Hakhakhak , tapi betul lah yuols. Tiba-tiba teringat satu ketika dahulu drama Seputih Kasih Ramadhan. Yuols masih ingat tak drama yang Fahrin Ahmad dengan Eja berlakon tu? Haaa , kata nya ini pun dari penerbit , pengarah ke mana entah yang sama , aku pun tak tahu mana satu. Ekekekek , nak sangat cherita sekalik tak tahu kan? Hampagas betul Jah nii oiii. Hiks.
Aku pun sebenar nya tengok dekat Tonton aje. Sebab drama ini menarik , internet lembapz pun aku rela tengok jugak. Nak download , alahai nak oii memang internet menguji kesabaran aku sangat-sangat tau! Jadi aku tengok aje dekat Tonton. Oh ya , selain dari aku suka jalan cherita drama ini dan pelakon-pelakon nya itu. Aku suka dengan OST drama ini tau. Tak tahu kenapa tapi best aje bila dengar nya itu. Eheheheh.
Bagi aku OST dengan drama ini sama best! Tajuk dia Jangan Lupa Namaku by Pompa Bensin. Jangan tanya aku diorang tu siapa , cuma aku tahu ada Aqasha dalam tu. Hehehe. Aku memang nan hado sikit tahu bab-bab itu. Eheh. Untuk aku drama ini menarik. Tak bosan dan boleh lah untuk hilang kan rasa bosan bila tengah malam ke apa kan? Lagu dia pun best. Tapi lain orang lain taste kan? Mungkin aku kata best , korang kata tak best. Heh.
Begitulah kan. Gigih betul aku buat entry kan? Harus bergigihan sekali sekala. Nak buat entry pasal makanan berbuka rasa macam malas aje. Kowser sangat tau nak ambik gambar segala jadah makanan tu , walhal korang punya makanan lagi vogeh kan? Hakhakhak , jadi aku rasa aku update pasal ini lagi bagus. Cuma itu lah nak tahu tentang siapa Sakinah itu dan mungkin kah Sakinah itu anak kepada tuan rumah nya? Begitu lah kan drama Ramadan Terakhir. Nak cherita lebih-lebih macam aku cakap tadi , baru berapa episode aje pun. Heh , kalau aku tukang tulis skrip nya boleh lah aku cherita lebih-lebih kan? Muahahaha. Choy sungguh!
So far memang menarik dan okay lah. Jadi , ada tak korang yang menonton drama Ramadan Terakhir ni? Teringat pulak drama waktu ramadhan dulu-dulu macam Seputih Kasih Ramadhan dengan Diari Ramadhan Rafiq , korang tengok tak? Hiks , mengimbau kenangan berpuasa sangat bila tengok drama-drama bagai ni kan? Heheheh , bukan nak tambah ibadat , tambah tengok drama pulak -.-' Aiyoh! Errr errr dengar kata nya Nora Elena pun ada ulangan pukul 2 pagi sebab permintaan orang yang nak tengok lagi. Muehehehe , aku tak tengok pun , dengar cerita orang sajork! Kthxbai.
Terima kasih sudi baca entry ini :)
12 comments:
iols suker gak kalo drama2 camni
tapi penyakit tu tak bleh blah
dari dulu bila ada sakit kronik
tetap lah barah...
adehhhhh!~
cuba lah taruk penyakit lain...
demam kepialu ke... demam denggi berdarah ke...
ke letak le sakit teruk sebab jantung senget ke hapa...
iol suker gak tengk diari ramadhan rafiq tu... comel budak kecik yg berlakon tu.. :D
nak tengok la nnt..sebab ada aeril zafril ngeeehhhh ;p
kaka milo >> ahahahaha aiols kan gelak guling2 baca jenis2 penyakit lain yg kak milo nk tu. hahahaha.
tp biasa la kan? kalau tak kanser , mesti jgk kanser. nangis!!
khen? comel je rafiq tu!
akak pinky >> hiks tgk la nnt! mmg best drama ni. hahaha , minat aeril tu ek? ekekekek
salam ziarah
akak pun layan citer ni gak.. syiok
chekgu Azrine >> terima kasih sbb ziarah sini :)
heee itu la syiok kan! lakonan diorg semua mantapz! :)
best citer nie..likeeeeeeeee
aa >> kan?!! best cite ni ;P
ai baru nak langgan Raacuun sebab nanty raya citer best2 kan...dok cari mana ai punya award x gantung lagi pow...sedey dah ni...uwaaaa lap ayaq mata ngeeee
kaka ayu>> raacun tu apa uols? err.
ekekekek.. ai gantung ptg nnt ye uols. jgn nangis2 nnt tak cun okeh! ekekeke
kaka ayu>> raacun tu apa uols? err.
ekekekek.. ai gantung ptg nnt ye uols. jgn nangis2 nnt tak cun okeh! ekekeke
kaka ayu>> raacun tu apa uols? err.
ekekekek.. ai gantung ptg nnt ye uols. jgn nangis2 nnt tak cun okeh! ekekeke
Post a Comment