Home

Monday, January 31, 2011

Tak Susah Cuma Kena Selalu Praktik kan. Eheh.

Notes : oh em gey panjang nya entry ni , ada ke orang nak baca? aiyoyo. sila tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan dan kesalahan. eheh. Selamat Membaca! And one more thing , i'm sorry if kebanyakkan picture is quite blur / kabur. Aiseh. And And , sila endah kan muka aku yang macam nak kena pang pang lempang ituew ye *nangis*

Sebelum ini timbul beberapa isu seperti pemakaian selendang atau nama lain yang tengah panas membakar nya ialah SHAWL. Alah itu sebenar nya nama dalam bahasa omputih ye kengkawan , cer check kamus cer check. HAHA. Ehem, berbalik kepada isu asal yang aku nak tulis di sini ialah apabila ramai yang menyatakan bahawa kebanyakkan yang memakai shawl tidak menutup dada and ada juga yang menyatakan apabila memakai shawl , shawl nya hanya cukup-cukup untuk menutup kepala dan seterus nya tidak dapat menutup dada.
Memang aku tak nafikan , ramai di antara yang aku lihat kini tidak menutup dada apabila mereka memakai shawl. Eheh , itu isu sensitif dan aku juga tak nafikan ada sesetengah shawl terlalu kecik dan pendek maka untuk orang yang berbadan comel seperti aku ni memang susah betul nak adjust sana sini kasi tutup dada. Aku pun kadang-kadang apabila dah berjalan ke hulu ke hilir , the end memang tak dinafikan akan ternampak jugak dada. Eh maksud aku macam shawl tu dah tertarik naik eh eh kauorang faham-faham sendiri lah eh. -.- Kalau kita pakai tudung bawal memang dia akan stay dari mula sampai akhir kan? Paling-paling pun bahagian muka je yang senget benget. Hehehe.

Jadi , aku tak nak komen pasal mereka mereka yang menampak kan dada sebab aku pun kadang-kadang terbuat perkara sama , jadi tak perlu judge orang lain kan? Huhuhuh. Sebenar nya apabila kita memakai shawl dan hendak menutup dada perlu di praktikkan berkali-kali. Sama juga kalau nak buat maths , kena buat berkali-kali baru boleh kan? Sama lah jugak dengan pemakaian shawl ni.

Ok before this aku memang pernah tulis pasal Shawl , eheh , memang tak dinafikan shawl ni selesa sebab tak senang untuk di pakai cuma kalau nak kasi tutup dada ni memang take time tau. Aku pun kadang-kadang nak adjust sana sini pun amik masa dekat dengan 15 minit. Fuhh. Itu kalau nak betul-betul shantek la. Kalau setakat nak nampak biasa , tak sampai 5 minit pun boleh. Muehehe. Tak dinafikan ada sesetengah shawl jenis yang nipis dan faham-faham lah kalau jenis nipis ni. Aku ada terbeli 2 helai jenis yang macam ni. Kalau pakai baju yang nampak dada , memang naya je. Ada jugak jenis kain yang jenis kalau berpeluh akan buat shawl tu senget benget , eh maksud aku kain licin dan lembut sangat. Shawl sekarang dekat mana-mana ada jual. Cuma perlu keluarkan duit je , nak murah atau mahal je. Tapi biasa nya average harga shawl ni kalau dekat Jalan Masjid India , 1 helai 9 ringgit ,2 helai 16 ringgit. Kalau dekat para bloggers yang jual , aku tengah ada yang semurah 10 ringgit , yang mahal lupa pulak berapa ringgit. Hari tu aku beli dekat Jusco yang jenis kedut-kedut seribu lipat tu eheh , cuma 10 ringgit je. Kain dia pun selesa. Ok , sudah bercherita pasal semua itu. Terpanjang pulak mukadimah.

Sebenar nya aku nak ajar korang , bukan ajar tapi lebih kepada cara-cara nak kasi shawl korang tu boleh tutup dada. Itu pun kalau korang nak tutup dada , tapi memang di haruskan apabila seorang wanita menutup aurat termasuk dada kan? Tehehehe. Ok kang jadi isu sensitif pulak dekat sini. NO NO isu sensitif ye.
Aku akan tunjuk kan beberapa keping gambar dengan menggunakan banyak shawl yang macam-macam colour. Kisah nya , mula-mula guna shawl warna hitam-putih , lepas dah siap semua baru sedar macam tak jelas sangat. Lepas tu guna tudung biru muda-biru pekat , lepas tu pun macam tak jelas jugak. Ades. Bila dah guna tudung warna kuning-hijau yang jelas terang tiba-tiba mak aku panggil suruh makan. So how? Tengok je lah ye. Eheh.




Mula-mula mesti ada shawl ye. Eheh.


ini koleksi shawl saya. eheh.

Kemudian untuk tidak membuatkan rambut korang tidak terkeluar dari shawl dan membuatkan korang tidak selesa , aku cadangkan korang pakai anak tudung. Aku pakai anak tudung pergi sekolah tu. Heh , selesa. Tapi nak pakai yang half pun ok jugak. As long selesa.
ok , gambar tengah pakai anak tudung tak ada. hep!

Selepas itu ambil shawl korang. Pastikan korang panjang kan shawl di sebelah kiri korang dan pendek kan di sebelah kanan. Tak faham? Rujuk gambar di bawah. Ada 2 versi lagi yu! Hehe.
p/s: Oh ya lagi satu , jikalau korang tak selesa untuk bahagian kiri di panjang kan , korang boleh je tukar ke kanan. Tak kisah kanan ke kiri di panjang kan , asalkan akan ada satu panjang satu pendek. Eheh.




based on this picture : panjang kan sebelah shawl korang. jangan terlalu panjang. jangan terlalu pendek.


Based on picture : Pendek kan sebelah shawl korang. Jangan pendek kan sangat. Takut tak dapat nak tutup penuh dada korang nanti.

Gambar di bawah itu pun sama yang beza colour shawl yang lebih terang. Tehehe.




Selepas korang dah panjang dan pendek kan shawl korang , sebenar nya part nak panjang dan pendek kan ini lah yang penting sebab ia akan menentukan korang  boleh tutup bahagian dada korang ke tak. So korang memang kena buat try and error untuk part ni. Selepas itu ambil shawl di bahagian kiri yang panjang itu , dan tarik ke atas sebelah kanan. Jangan tarik sampai tercekik ye kengkawan. Naya je nanti. Eheh.



based on picture : tarik shawl belah kiri korang naik ke atas bahagian kanan.

Setelah selesai tarik ke bahagian atas kepala , ambil pin tudung / jarum peniti / jarum colour-colour yang boleh beli dekat kedai jahitan tuh eheh dan letak kan di atas shawl , letak di bahagian atas kepala korang. Oh sebelum itu , sebelum korang nak main tarik-tarik dengan shawl korang , jangan lupa jugak untuk letak jarum peniti / jarum colour-colour dekat tepi shawl belah kiri. Bila korang letak sebelum korang main tarik-tarik tu akan buatkan shawl korang tak bergerak ke mana –mana. Hehe.



based on picture : aku letak pin di bahagian tepi kanan dan juga kiri sebenar nya. tapi belah kiri tak nampak.


based on picture : tarik shawl dari kiri itu naik ke atas kepala.


based on picture : kemudian letak kan pin di mana-mana area yang korang selesa. macam aku letak di tempat yang aku empatsegikan tu. tehehe.

 Ok kemudian nya , sudah pasti akan ada lebihan shawl itu sebab di bahagian belah kiri itu kita sudah buat panjang lebih daripada yang di sebelah kanan punya shawl kan? Ambil pin tudung sebab kita hendak pin kan di bawah dagu kita macam kita pakai tudung bawal tu. Maybe ada sesetengah orang dia just masuk kan lebihan shawl itu tak ber pin segala , tapi untuk keselesaan masa panjang , lebih baik pin kan. It’s up to you okeh J Ada jugak yang aku tengok sesetengah orang gunakan pin rambut untuk di letak di tepi shawl. So again , it’s up to you k?!


based on picture : ok selepas pin kan dengan jarum peniti atau apa-apa saja yang korang selesa , tarik lebihan shawl.


based on picture : 1) kemudian tarik dan letak kan shawl di bawah dagu. 
2) kemudian ambil pin tudung dan pin kan.


based on picture : so then , it should be like this. it's up to you k?

Selesai sudah untuk shawl di bahagian kiri atau lebih senang di bahagian atas kepala. Sekarang korang cuma perlu ambil shawl di bahagian sebelah kanan tadi yang kita pendek kan itu dan pin kan ke tepi kiri. Oh perlu di ingatkan ketika korang panjang pendekkan shawl itu , jangan pendek kan sangat ye? Nanti jika korang nak tutup dada , tak boleh pulak! Jadi kena try and error sangat-sangat.



based on picture : ambil pin tudung tak kira kecik or besar. eheheeh.


based on picture : kemudian pin kan di tepi.


based on picture : so , done!


based on picture : 1) pin kan di bahagian tepi
2) bahagian atas shawl yang menutupi separa dada
3) bahagian bawah shawl yang memang menutupi dada.

Eheh , so selesai sudah! Jadi sebenar nya apa yang penting apabila korang pakai shawl tu , korang perlu alert apabila nak panjang pendek kan punya part saja. Memang selama ni aku pakai shawl memang aku boleh je tutup bahagian dada. Aku waktu mula-mula pakai dulu memang sangat lah terasa susah nya. Tapi apabila sudah biasa , memang senang je. Di bawah ni antara gambar-gambar aku pakai shawl yang menampak kan keseluruhan badan. Eheh. Aku jarang amik gambar nampak seluruh badan memandangkan selalu ambil gambar SS khen? Muehehehe. So apa yang aku selalu lihat dan rasa (gambar-gambar di bawah) , memang dah menutupi dada , cuma kadang-kadang apabila tengah makan , tengah berpeluh memang tak dinafikan shawl akan tertarik ke atas lalu membuat keseluruhan shawl nampak pelik. Ades.




shawl ni jenis kain tak jarang, tak nipis. sangat selesa. eheh , siap nampak peluh lagi tu tepi tu.


ok shawl ni jenis kain nipis tak nipis licin la. jadi kalau berpeluh memang naya. 


shawl ni jenis kain yang sangat nipis. sangat-sangat bahaya kalau pakai baju nampak dada sebab memang boleh nampak dari luar. ades.

Harap-harap nya tutorial ringkas aku ni korang boleh faham ek? Boleh je tanya apa-apa soalan , aku tak kisah pun. Yang mana aku boleh jawab , aku jawab lah ek. Yang tak boleh tu , ehehehe , aku sengih je lah kot. Tehehe. So uols sekalian , tak kira lah pakai shawl , tudung bawal atau purdah sekalipun , sebagai wanita kita tetap wajib menutup aurat. Benda yang wajib tetap wajib kan? And one more thing , pakai lah ikut keselesaan korang , tak kira lah korang kata nampak macam pelik , tak menarik atau apa sahaja asalkan yang wajib kita tetap ikut kan? Ehehe , okay tak nak komen lanjut isu-isu sensitif ni. Tepuk dada tanya selera tapi jawab ikut mulut ye? Ehiks. 

nota kaki : sila like kalau anda rasa menarik. sila juga bagi komen jika anda rasa tutorial saya seperti tidak menarik dan kalau ada pendapat , kasi lah jugak. aku suka je buat tutorial untuk korang. eheh. nanti ada lagi kot tutorial aku nak buat , tak pun kalau korang nak tanya apa-apa , yang mana aku tahu aku cuba buat tutorial nya nanti. eheh , gaya hebat sangat la ni? *lempang* apahal skematik pulak aku ni? eheheh. 

nota kaki lagi : kenapa cepat betul saya update? actually ini entry berdraft , cuma ikut turn je nak publish. tehehe. sebab bila pagi , tengahari , petang belum tentu saya online. nak belajar wehh.. nanti ada exam. -.-

4 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

model itew sangat howt n chomell laaa @__-

andeliana said...

sy pon suka pakai shawl sbb x payah iron haha..shawl plg best skrg shawl eqypt tp kene cr yg batu berat tuh

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu : ehiks. ai tahu ai howt dan shomel. ekekek. susah2 je puji. klu yu ada dkt malaysia ai dh belanja yu makan. haha. tetibe je khen? ekekek

Ijah EmoTemo said...

hye andeliana :D

ehehehe , itu lah kan? tu yg best pki shawl sbb xyah nk susah2 gosok segala. terus pakai je la. haha. oo,xpernah try lagi yg shawl egypt tu.hehe