Home

Tuesday, May 17, 2011

Dia Tak Pernah Mengeluh Tatkala Kita Mengeluh Berpeluh-Peluh.

Pernah tak kita terfikir tentang sesuatu ini. Tentang kita masa kecil dahulu-dahulu dan masa ibubapa kita sudah tua nanti. Pernah atau tidak? Jauh sungguh pemikiran bukan? Tapi tak salah rasa nya. Mari kita renung-renung kan situasi ini.

Masa Kita Kecil.

Kita selalu terjaga pukul 2 atau 3 pagi kerana kita lapar hendak minum susu atau minta di tukar kan lampin / pampers kerana sudah isi yang penuh di dalam ituew. Atau mungkin juga kita tidak sihat. Ibu atau Ayah kita tak pernah mengeluh sebalik nya masih tersenyum dan siap melayan kita. Siap cakap lagi :

Kenapa sayang ibu ni? Tak sihat ye?
Kenapa sayang ayah ni? Nak tukar pampers ye? Ke nak tukar selimut? Err.

Bila Ibu Bapa Kita Tua Nanti

Ibu atau Ayah kita mungkin mengetuk pintu bilik kita puku tiga empat pagi kerana terasa tidak sihat. Teringin nak minta secebis kasihan dari anak-anak. Tapi sebalik nya kita boleh pulak buat ayat :
Mak , Ayah , orang baru je sepoloh minit tidur.
Orang penat tahu?!!
Esok lah , nanti orang bawak pergi klinik terus! *gedebommm tutup pintu*

Masa Kita Kecil

Sebelum kita boleh berlari berkejar , kita dolu-dolu kalau masih ingat lah kan mak ayah kita pimpin kan tangan kita elok-elok takut kita jatuh. Iye lah kalau dah jatuh melalak boleh dengar sampai dekat Kuala Pilah. Muehehehe. Siap cakap lagi :

Anak Mama lagi sikit aje lagi nak pandai jalan dah ni.
Jangan jalan laju-laju nanti jatuh sayang.

Bila Ibu Bapa Kita Tua Nanti

Biasa lah kalau IbuBapa kita tua nanti , sudah semesti nya kudrat dah tak ada. Tambahan kalau yang ada penyakit banyak , mesti lah badan menjadi semakin lemah. Jalan pun lambat-lambat. Ada yang kena pakai tongkat. Ada pulak yang kena pakai wheelchair bukan macam Usop Wheelcha tu ye. Ekekek. Tapi alangkah sedih nya ibu bapa kita bila anak-anak dah besar , dah pandai jalan , dah pandai semua boleh pulak dia kata macam ini :

Mak ni , jalan lambat lah! Orang ni balik nak kena memasak , mengemas lagi.
Cepat lah sikit mak!
Eii Ayah ni jalan lambat sangat ni apa pasal? Orang ada janji dengan kawan orang pukul empat petang ni!

Masa Kita Kecil

Dah nama budak-budak , mesti lah makan bersepah. Bukan kata makanan , kadang-kadang mainan tu setiap penjuru sampai ke pasu bunga Orkid emak pun ada jugak mainan nya. Lego lah , kereta mainan lah , barbie doll lah. Semua ada. Tapi emak atau ayah sabar aje lah dengan anak-anak sebab dah itu anak diorang tak kan nak dera sampai pingsan kot? Punya lah bersabar siap tersenyum meskipun dalam hati geram tahap petala ke tujuh. Alah budak-budak , biasa lah tu kan. Malah diorang boleh pulak bagitahu kita macam ini meskipun waktu kecik macam lah kita paham kan :

Adik bila besar jangan buat macam ni ye.
Achik jangan makan berterabur , nanti kesian dekat emak nak kena kemas.

Bila Ibu Bapa Kita Tua Nanti

Kadang-kadang bila usia sudah meningkat atau lebih mudah sudah tua , tangan pun terketar-ketar untuk memegang sudu. Lantas bila hendak makan bersama anak menantu dan cucu pun makan berterabur. Bila pegang gelas , habis pecah. Bila makan itu ini habis tumpah. Anak-anak kadang-kadang lupa yang "mereka" pun pernah lalui zaman begitu masa kecil-kecil dan ibu bapa tetap sabar melayan karenah meskipun mulut bising kan. Tapi anak-anak boleh pulak cakap macam ini :

Mak , kalau tangan terketar-ketar , makan guna tangan lah!
Ayah , dah tahu tak larat nak pegang gelas , jangan lah pegang , suruh lah Along pegang kan takpun nanti kitaorang cari gelas plastik!
Mak ni , tadi baru Achik sapu tau , ini bersepah balik!

Masa Kita Kecil

Ingat tak masa kita kecil-kecil dulu kita selalu meminta perhatian yang luar biasa mengalah kan raksasa luar biasa nya pada ibu bapa kita. Kadang-kadang bukan lah hebat sangat pun yang kita mintak untuk di perhati kan. Hanya lah semata-mata nak beritahu ibu bapa kita yang kita dah pandai melukis gambar bakul buah-buahan. Tapi tehtap lah jugak nak mengada-ngada siap merengek suruh mak ayah kita pandang lukisan bakul buah-buahan yang sekali pandang dah macam tin milo tu aje. Tak pun balik-balik kerja pukul sebelas duabelas malam dengan penat nya tiba-tiba anak terjaga dari tidur ajak main Lego sama-sama. Tetap layan saksama walau mata dah berpinar nih tetap juga kasi ayat macam ini ala-ala :

Pandai nya anak Abah ni!
Eh , adik dah pandai melukis ye? Cantik nya anak mama lukis!

Bila Ibu Bapa Kita Tua Nanti

Bila mereka sudah tua , kadangkala perangai mereka akan juga jadi macam kita bila masa kecil dulu. Mereka pun ingin bermanja dengan anak-anak. Lebih tepat lagi hendak di beri perhatian lah jugak. Iye lah , masa kita kecil-kecil dulu penat balik dari office melayan kita sampai dua tiga pagi. Padahal esok ada meeting pukul sepoloh tapi kena berkejar awal sebab jalan selalu jammed. Tapi tetap jugak melayan karenah anak. Sebab orang cakap bila penat tengok muka anak terus hilang rasa penat semua tu. Dan bila itu , bila mak ayah kita dah tua , mereka pun nak jugak borak-borak , manja-manja mintak perhatian dengan anak-anak bila balik kerja tapi sebalik nya anak-anak balas :

Ibu , Kakak ni banyak kerja nak kena buat. Bukan nak dengar keluhan Ibu aje!
Ibu , abang ni kejap lagi kena keluar jumpa client dekat Hilton kejap lagi!
Ishhhh!!

Sebenar nya banyak lagi situasi-situasi yang aku rasa banyak orang terlepas pandang. Terlalu ramai dan aku pun gusar andai satu hari nanti aku pun akan terlepas pandang dalam hal-hal seperti ini. Ini peringatan untuk diri aku sendiri. Walaupun nampak remeh dan nampak kecik tapi sebenar nya impak nya sangat besar. Orang kata hati orang yang sudah berusia sangat lembut dan bila kita menuturkan kena berhati-hati. Maklumlah kalau orang muda berdarah panas senang mengamuk , orang yang sudah berusia hati nya lembut senang menangis. Tak begitu ?

Betul. Mereka pun hendak kan perhatian daripada anak-anak apabila mereka sudah tua. Macam kita dolu-dolu , nak jugak perhatian sokmo daripada ibubapa kita. Bila ibubapa kita buat tak tahu habis tupperware , pasu bunga di baling nya. Tanda protes. Eh itu bukan aku tau. Korang ni mandai-mandai je menuduh. Grghh , lol. Tapi ibu bapa kita tak ada lah sampai hati nak buat macam tu. Itu pun kalau dah tahap kronik nak protes anak err boleh lah kot. CHOY. Okay apa mohtif sebenar entry ini? Sila nyatakan segera! Sila kan! Sila kan!

Heh. Sebenar nya aku tiba-tiba menulis perihal begini kerana tiba-tiba teringat aku pernah melihat satu youtube ; A letter from Mom and Dad berlatarkan lagu Yiruma - Kiss The Rain yang membuatkan aku menangis selepas itu. Ayat dia lebih kurang macam ayat aku di atas cuma ada tokok tambah lah. Itu penting. LOL. Aku menangis lepas menonton youtube itu. Sebab aku takut aku terbuat perkara seperti di atas dan juga bila teringat balik banyak benda betul dalam youtube itu. Ibubapa tak pernah merungut walau macam mana payah mereka menjaga kita malah mereka seronok di setiap detik dan ketika menjaga , membelai , memberi kasih sayang dan memberi segala nya walaupun sebenar nya mereka bukan lah kaya raya tapi kerana anak harta yang terbesar segala nya sanggup di berikan. Okay , aku rasa ayat aku panjang dan pusing-pusing sangat. Nevermind -.-'

Sungguh , lepas aku menonton youtube itu , aku menangis. Aku rasa memang betul ayat dia. Mak ayah tak pernah membebel anak dia lambat berjalan. Ataupun berjalan jatuh berjalan jatuh. Malah seronok pegang tangan anak. Mak ayah tak pernah mengamuk bila makanan terjatuh , air tertumpah yang di buat oleh anak nya. Sebalik nya mak ayah sabar melayan kita. Tapi rasa nya kita mampu lakukan macam mak dan ayah kita laku kan? Mungkin tidak. Okay sebab aku rasa entry ni dah macam terlebih-lebih panjang , baik aku lakukan kata-kata akhir bukan pengantar ye. Gituh kau!

Selagi mereka masih hidup , hargai mereka dan sayangi mereka. Kita tak mungkin mampu membalas jasa mereka dan mereka tidak mengharapkan untuk kita membalas jasa mereka dengan memberi sebuah rumah banglo , sebuah kereta mewah , segunung dan selautan duit tetapi mereka cuma ingin kan perhatian anak-anak mereka seperti mana mereka pernah laku kan dulu. Mungkin mereka tidak pernah beritahu kita tentang itu but believes me , mana-mana ibubapa semua nya punya hati yang sama , nak anak berjaya dan nak anak hargai mereka. Ishh , aku rasa kalau aku terus kan membebel mahu orang ingat aku ni dah beranak lapan aje gaya menulis nya -.- Maaf , bak kata Dr Fadzilah Kamsah orang lahir bulan Januari ni sikap parenting dia banyak dan terlebih-lebih sikit , mungkin aku dah dapat sikap tu di usia remaja gitu. Matilaaa buat statement macam ni. Ekekekek.

Sebagai kata penutup , tak jugak di tutup-tutup nya , sayangi mereka , hargai mereka kerana pengorbanan ibubapa yang mereka lakukan ketika membesarkan kita semua sangat lah tak mampu di balas dengan wang ringgit , harta benda mahupun berpuluh-puluh jenis makanan yang lazat. Ini peringatan untuk diri aku jugak. Aku tak kata aku bagus dan aku tahu aku pun banyak jugak buat salah dan silap dekat parent aku tapi aku pun tengah free-free ni nak jugak feeling menulis benda berfaedah untuk di manfaatkan bersama. Jadi maaf lah kalau ada setengah ayat aku kasar , I didn't mean it. Cuma nak kasi korang feel kijam sikit tapi tak payah nak ikut yang tak baik itu. Oh yeah lagi satu even kau tak pandai tak kaya cukup lah jadi anak yang hargai ibubapa kau dan taat ibubapa. Itu lagi besar "kejayaan" nya tau! Tak gitu?

Okay , moh tengok youtube yang meruntun jiwa , hati dan perasaan :'( Atau aku je yang rasa macam ni ? :/



aiseh , emo-temo mencengkam diri gituh.


4 comments:

Ardini Humaira said...

cayam umi abah :')

Ijah EmoTemo said...

Dni >> Hee , sama la cayang umi dan ayah ;)

tiefazatie said...

ijah...huhu..serius tkt jg terlps jd cmnie..sob2..mintak2 dijauhkan la..syg mak n ayah..xmo buat cmnie..hhuhuhu

Ijah EmoTemo said...

ifa >> itulah pasal. after ijah tgk vid yg kat bawah tu , terus terfikir yg ada tak kita buat benda mcm ni. T_T

lagipun ini ijah tulis utk peringatan ijah jgk :) itulah ijah doa sgt2 mintak jauhkan la jadi mcm ni. amin.