Home

Tuesday, October 26, 2010

Alahan?Hantu? Erk!


~ Hantu? Erk!~ sila jangan takut dan jangan mengigau ye



Salam and Hello. Ngehehehe. Okay , entry ni bukan entry misteri nusantara tau.Entry ni boleh dikategori kan entry nak bagi info sikit. Hehehe. Aku ni jenis selalu senang terkena alahan kulit. Aku memang langsung tak boleh nak kemas bilik if ada DEBU. Memang susah jugak bila terkena debu sikit pun dah boleh mata merah , hidung meleleh , kulit dah jadi merah bintik-bintik , tekak memang officially akan gatal over sangat gaya penceritaan aku , heh. Sebab tu aku kadang-kadang malas nak kemas bilik , tapi at the end kena jugak sebab mata dah sakit tengok bilik bersepah.Tapi memandangkan aku langsung tak boleh terkena debu , memang limit jugak lah nak mengemas semua.Kena pastikan tempat mana tak ada debu , tempat mana yang kurang debu , ish , motif aku cakap macam bilik aku banyak debu -__-' Well , memang banyak pun. bilik pun macam reban ayam , heh Gila banggga debu banyak dalam bilik. Heh.

Ok , back to the topic. At the end , aku suruh Umi je yang kemaskan bilik aku.Sebab memang aku langsung tak boleh terkena debu.Kalau gatal kulit jadi bintik-bintik merah dekat muka tu ok lagi , tapi kalau dah start gatal mata dengan tekak gatal.Huish , memang terseksa jiwa dan raga ni. -__-' Setengah orang kata simptom yang aku alami tu macam resdung.Tapi aku rasa macam bukan.Dulu pernah terbaca dalam EH! pasal penyakit aku ni.Tapi lupa nama apa sebab macam pelik je bunyi dia+panjang sangat.Heheh.Jadi aku pun dengan gigih nya GOOGLE lah kejap tadi. Dengan gigih menulis segala simptom-simptom yang aku alami tu kan. Lepas tu terjumpa lah info-info yang aku nak tepek dekat bawah ni ... CREDIT INFO to : SINI

'Alahan' bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku.Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan bolehberlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan. <--- This one aku cuak pulak baca. Aiyark!

Ok untuk info yang seterus nya aku tulis yang berkaitan dengan aku je eh. Makin cuak pulak aku baca.Bahaya jugak rupa nya.Selama ni aku memang buat tak endah je.Tak ada lah sampai buat derk tak tahu , yang naya pun tubuh badan aku jugak -__-'

Gejala

• Mata merah.

• Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.

• Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.

• Keluar air mata.

• Kelopak mata bengkak/sembab.

Rawatan

Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam
dengan penuam sejuk di mata atau mengambil antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai.

Pengurusan sendiri

• Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih
tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.

• Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.

• Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.

• Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.

• Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda.

• Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya.

So rupa-rupa nya aku ni alahan kulit rupanya.Motif tak tahu kan?Heheh.Bukan tak tahu , cuma bila dah selalu terkena memang kurang / malas nak amik tahu.Aiyark! Bila tengok simptom-simptom dia memang aku terus cakap , ohh sama. Yepp , memang sama. Aku pun tak boleh pakai sebarangan pencuci muka/mekap kalau tak muka aku gatal sampai jadi merah-merah.Yang cantik terus jadi tak cantik , menangis je nanti T_T Heh. Saja-saja je share dengan kauorang semua , mana tahu ada diantara bloggers yang macam aku ke?Yang tak boleh kena debu biarpun sikit. Kan? So, aku saja-saja lah share info ni kan?Berguna jugak kalau untuk sesiapa yang tak tahu tu.Huhuh , tapi bila aku baca sampai boleh bawak mati.Susah jugak nak telan air liur.Hehehe. So till then , nanti aku update blog lagi bila ada masa :)



6 comments:

Mizz_Ila said...

mek.. sama la dgn kak ila.
kak ila dulu lg teruk..tiap bulan demam lama sbb alahan. setahun gak ulang alik refer kat pakar ENT. makan ubat sampai tahap makan Steroid. g mana2 bawak surat. kang kena tahan cek ayor kencing +ve lak kang..naya je.

bila peknen izz, kak ila stop cuma pakai nasal spray klau kena alahan, elak flu melampau & hidung lapang. skrang ni kurang skit la. bersih2 umah ni kalau abg apis xde. kak ila pakai mask. umah ari2 kena bersih,.kapet bagai mmg non hado dlm umah. hehe perabot harus dikurangkan utk elak habuk menumpang tido.
cam kak ila ada kaitan dgn asma. tu pasal ada alahan. selalu kak ila jd ponti cam mek tu bila g umah orang ada penuh kapet,.x pun ada kucing x mandi. huh seksaaaaa..baru kena masa raya aritu. terus moody :(

izz pun effect tau pasal alahan kak ila ni. dia pun alahan gak sampai kena eczema.

Ijah EmoTemo said...

ohh kak ila pun sama mcm mek ye? ada jgk geng hantu. erk! heheh.

ohh , bahaya jgk ye yg kak ila tu? mek skang ni bertahan mcm tu je. kebetulan mek ni pun selalu pergi jmp doc mata, jd kalau mata merah , mmg terus pki ubat doc tu la,baru ok sikit.

heheh,yg part bersih tu mmg betul .tp malangnya bilik mek mcm reban ayam -__-' heh , nak bersih mcm mana , tu yg sng mata jd hantu gitu. erk! menakutkan sgt2 kalau tgk kt cermin. hehehe.

haa,yg pasal kucing tu yep. mmg la akan effect jgk. adeh.mek pun ada asma jgk. tu yg lg sng kena.oh ye ke? mek pun kdg2 hari2 terkena benda ni, tp bukan yg serius sgt la.

oh izz pun effect jgk? kesian jgk ye. ni pun tgh pening pale bila nk kemas bilik yg dh mcm reban ayam tu -__-' nk kemas , tp mesti terkena segala alahan ni .. :'(

Wawa~* said...

allergies kita sama kut sis.. me pn xleh kna habuk.. sbb me nnt bersin x benti mcm nk tcabut idung, huhuhuhu.. mata pun start la merah n mcm bengkak.. now ada one part kulit me tgh gatal n dh bengkak jg.. hasil mngemas ari tuh n kna abuk2 ni sume.. huhuhuhu...

get well soon sis.. :)

Mizz_Ila said...

haha..so after this kalau mengemas ni kena pakai mask ye adik-adik. kalau g umah orang yg ada kucing x mandi atau kapet terbentang luas. jgn dok lama2. harus duduk hujung2 sajo. hahaha x pun dok dapo lg aman. kahh..

selalu kalau kena..kak ila makan ubat selsema & tido. InsyaALLAH lega skit. kekadang ubat allergik dah habis. alternatifnya itu je

Ijah EmoTemo said...

wawa - yups,yg bersin smpi tercabut hidung tu pun betul.mmg seksa gila time tu. tp mek selalu minum air panas (tp selalu buat milo panas , haha) nk lega kan tekak and hilang kan sakit tu.
mek skang dh ok , tp kalau pergi kemas bilik jap lg sure alahan tu dtg balik. stress sgt.

tq ye sis :)

Ijah EmoTemo said...

kak ila ..hhehehe..haruslah pakai mask lepas ni .. kalau tak harusla jd hantu lepas ni. ekekek. hahahaha ,cdgn utk duduk dkt dapur tu sgt la bernas ye? muahaahah. nnt harus ai praktikkan..ekekeke..

ohh , mek setakat ni mmg xmkn ubat apa2 lg. just bertahan with tuam air sejuk dkt muka or minum air panas. tq ye kak ila :)