Home

Wednesday, November 10, 2010

Saya SUKA .. SUKA sangat.

Salam and Hello. Hiks , terasa macam nak update lagi sebelum pergi tidur berdengkur kejap lagi. Tadi singgah belog Mama Zharfan , and baca pasal entry her first nuffnang cashout. Best betul tengok any bloggers yang dah berjaya keluarkan cashout diorang.Hiks.Aku tunggu je lah setahun lagi itu pun kalau duit bergerak dari bulan ke bulan.Ekekeke. Lepas tu dia sempat kasi link for those yang nak tahu how untuk dapatkan buffered earning which is aku tak pernah dapat lagi.Heh , heh. Bertabah lah hati. So , aku terus pergi ke link-link tersebut yang Mama Zharfan pun turut ikut petua-petua from blogger-blogger otai.

So then , aku pun tekan lah salah satu link yang bagi tips-tips nak dapatkan buffered earning semua ni kan. TieFazatie punya tips memang paling mudah nak faham.Hiks , yang lain pun sama tapi mungkin sebab aku tengah kepala kusut ni , tu yang mudah faham yang TieFazatie punya tips. Macam-macam tips dia kasi.Hiks haruslah lepas ni ikut mengikuti gitu demi buffered earning.Ihiks. *lempang* HAHA.

Oh , nampak nya seperti biasa aku terlari topik dari benda asal yang aku nak cerita.Tapi tak adalah jauh benar aku merapu melalut kali ni.Hiks.Benda ni nak tulis dah lama dah.Aku nak tulis tentang antara belog-belog kegemaran aku.Dah banyak kali nak tulis , tapi lepas tu tengah geram lah , tengah ada gambar yang best lah , tengah nak letak artikel lah , terus lah akak lupa dik noon oii! HAHA. Sebenarnya kalau nak cakap belog kegemaran , aku bukan lah terlalu cerewet sangat dalam hal-hal macam tu. CUMA ... ada lah certain thing yang menjadi criteria aku punya blog pilihan ni. *dush : lempang*

First : Aku suka belog yang memaparkan kisah kehidupan diorang.Maybe aku panggil as personal life punya belog kot. Terutama mereka yang duduk di oversea. Ok , ini bukan kes nak feeling ke hape.Tapi tak dapat dinafikan terasa seronok melihat some kind picture untuk musim sejuk , winter , autum or spring.Lepas tu cerita pulak kemudahan , kelebihan and always keseronokan di sana.Biasanya pemilik belog yang berada di luar negara ni kalau bukan kerana sedang study , atau pun bekerja di sana atau pun mengikut suami kerana study.Eh sama lah jugak tu.And belog yang macam personal life ni memang best.Terutama yang bercherita kisah dia as pelajar , kisah dia as perantau , kisah dia as apa-apa sahaja.Memang menarik untuk dibaca apabila bosan dan boring tahap menguap je kerja ;P

Kedua : Aku suka belog yang bercherita tentang anak-anak diorang.HAHA. Ini bukan kes nak tengok anak dia handsome ke tidak T_T OH NO! HAHA , Tapi biasanya yang baby - baby lah. Memang tak nafikan belog tentang anak-anak or para ibu-ibu ni seronok tau.Macam-macam kisah diorang cherita kan.Kisah anak degil tak suka makan pagi.Kisah anak cerewet tak suka pakai baju tidur. Oh ini semua rekaan semata-mata. Hehehe. Tapi memang seronok even I know memang penat gila jaga budak kecik ni T_T Nak , nak yang tengah nak membesar , haruslah penat nak ikut gaya mainan dia kan? HIYYYYakkkkk , bak kata my lil handsome boy. HAHA.

Ketiga : Aku suka belog yang sedang membuat persiapan perkahwinan. Oh yes , aku suka , aku suka! HAHA *kena cubit , sebab gatal. hiks* Ini bukan sebab aku terlalu gatal nak kahwin ke apa.Tapi ini semua sebab aku seronok tengok some of them yang berjaya hasilkan deco perkahwinan sama macam dream diorang.What a sweet belog kan?HAHA. Lepas tu seronok baca diorang dapat jumpa barang-barang for perkahwinan diorang.Tapi sometimes kesian bila diorang macam a bit stress semua nak kena handle dengan keadaan rush.Aku tetap suka baca belog orang yang menuju ke alam perkahwinan ni.Memang best! sambil-sambil tu boleh aku berangan jugak nanti nak kahwin nak buat tema ,pakai baju macam mana semua. oh no *petir*

Keempat : Aku suka baca belog orang famous. HAHA. Macam mana tu uolss? I mean , yelah kang tak baca , nanti orang cakap , eh kau tak baca belog Hanis Zalikha yang dapat nuffnang 6k tetiap bulan tu?OH YES , harus lah ai baca yuols.Nanti ketinggalan kereta api , maka haruslah kena gelak ketawa kompang oleh kawan-kawan sekeliling.Eceh , mengada-ngada lah kau nak gelakkan aku pulak T_T Eh , tiba-tiba nak marah orang.Hehee.

Kelima : Aku suka baca belog orang yang boleh kasi aku hilang stress. Eh macam mana pulak tu?Haa , aku ada jumpa bermacam jenis bloggers.Ada yang jenis suka kasi pendapat bila dia menulis.While some other's blogger jenis bersantai dia menulis tapi tetap ada info yang baik/bagus dia kasi.Ada pulak yang jenis kasi aku gelak sampai aku tepuk meja laptop ni.Memang itu pilihan aku.Aku suka belog yang suka buat lawak lah.Bukan kata nak kena buat lawak bodoh ke apa.But sometimes bila kita buat ayat yang sedikit kelucuan pun , boleh tersenyum sorang-sorang kan?Memang best baca blog yang kelakar.Tapi sometimes baca blog yang jenis bagi nasihat semua pun best.Boleh insaf kejap -__-'

Keenam : WAHH , banyak jenis nya belog kau suka kan JAH? Hehehehe. Ok ini last. Aku suka belog makanan. HEH , HEH. Itu memang paling best lah. Sebab bila dia kongsi gambar makanan and kongsi resipi. Tak ke kau teruja nak pergi Giant esok nya lepas tu buat sebijik rupa makanan tu even tak sebijik rasa? HAHA. *menangis sadis*


tengok lah berapa banyak huruf B tu pun dah menunjukkan aku memang banyak save page untuk blog list. senang cerita. nak tengok , jenguk dan singgah.

Secara jujur nya , aku suka je semua jenis belog.Tapi aku tak suka belog yang penuh dengan hiasan sampai aku pun pening kepala.Itu pandangan aku je lah.Sebab bila kita membaca kita nak kan sesuatu yang bukan entry dia menarik tertarik kau memang da boomm , tapi nak lah jugak belog tu ringkas tapi cantik or in other words tak menyerabutkan mata. Hehehehe. Ini pandangan aku yang seringkali tak puas hati dengan layout belog sendiri T_T

Heh , heh. Aku memang suka je semua jenis belog.Tak kisah lah dia tulis apa pun.Tapi list-list di atas tu hanya bila aku boring , belog-belog yang ada ciri-ciri itu lah yang aku cari dulu.Aku singgah je mana-mana belog yang bercerita hal apa-apa sekali pun. Hiks.

So , korang pulak macam mana? Jenis belog macam mana korang suka ? :D Harap-harap korang okay je lah dengan belog aku.Tegurlah kalau rasa belog aku ada yang kurang :D Setiap teguran kan bagus untuk kebaikkan belog itu sendiri khennn ;)



nota kaki : kalau belog cantik isi tak menarik pun , tak guna jgk kan? errr..

14 comments:

miloaiskurangmanis said...

mencik le... blog iols tak masuk senarai :nangis:
nak bakor le blog nehhh! :mad:

Mizz_Ila said...

sure blog kak ila x masuk list

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

yeah feling belog ai masuk dalam list u yuk hahahaha...owg dok obesea nih indah khabar dari ropa taw...propa jer pic tuh hahahaha (moga sejuk haty sket) actually si Hanis Zalikha sgt fofuler ek...hukhuk

Ijah EmoTemo said...

kaka milo - motippp? uols kan belog kategori personal gituh?harus ai loike! hahahah.. saja lah tu nk gaduh2 manja ngan ai khenn? *lempang* ekekeke

Ijah EmoTemo said...

kaka ila - hiks...kaka ila kan belog suka memasak gituh..kan ada dlm list..ekekekek..

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu...err..tapi ai tetap suka baca kisah org duk obersea...hiks..belog uols lah kan..ai loikeee...keekke...hanis zalikha tu popular kekdahnya...6k sebulan nuffnang..tak mampooo...nangis! ekekeke

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hanis zalikha yg lawa tuh ka? ai confuse nih...rasa ader ai letak link dia kt belog ai kot...bukan sebab 6k tuh tapy sebab lawa hahaha bley gitew?

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu..ahhahaha..a'ah yg lawa tu lah..ekekeke.. curlast sgt pollow sbb lawa..ekeek..ai loikee..haha

miloaiskurangmanis said...

mek jingg : iols kan gengster kampung dusun
harus lah iols mood kejammmm!
wakakakakak

Ijah EmoTemo said...

kaka milo : saja lah tu khenn... nk kasik ai cuak gituh...nangis! hahahah

ramlah melaram said...

eh sama la kitew..... kak melah pon suke baca blog org dok obersi. feeling feeling gitteww. hikhik

Ijah EmoTemo said...

kak melah..hiks! khenn...feeling sgt kalau baca belog yg org duk obersea ni..ekekeke..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

alo yunk semua owg suker benda cantek dan lawa khenn...ai nih x lawa tgk owg lawa feeling cantek jugak la bley gitew....muntah perasan hahahaha

Ijah EmoTemo said...

ngahahah..ai paham tu noks...ekekeke...kan boleh feeling jgk noks..mueheheheeh