Aku senang pakai shawl sebab tak payah nak gosok shawl tu dulu.Tapi kalau pakai tudung bawal kena gosok semua dulu , baru cun.Heh.Aku senang pakai shawl sebab just lilit tak perlu pin kan pun tak apa.
Tak nafikan first time mula memakai shawl di atas kepala dan berhadapan dengan manusia-manusia di luar ,mereka memandang pelik dekat aku.Seumpama aku tak memakai selendang tetapi aku ni macam tengah memakai tudung periuk belanga yang mak aku punya dekat dapur tu ha?Masa tu memang lah hati ni macam pelik juga.Mula lah buat style-style macam malu-malu kucing konon ramai terpegun tengok aku memakai shawl*muntah*.Tapi sebenarnya rasa macam nak hangin pun ada jugak , sebab gaya nya macam aku seorang je pakai shawl. Aku tahu lah pipi aku boolat , tapi tak kan tak boleh kot nak feeling Yuna kejap? -__-‘ Erk Motif? Haha.
~ aneka warna shawl aku yang senang digayakan gituh. ada lah kot dalam 12-13 helai shawl aku sekarang?hehe. macam muka suci je aku dalam gmbr yang pakai shawl pink dan hijau tu.erk?
Selalu nya aku beli shawl ni bukan lah dekat butik mewah mahal sampai tertonjol biji mata ni okeh?Kuasa taw akak nak kena beli barang mahal-mahal ni.Kalau tudung bawal okay lah jugak kalau nak beli 50 hinggit sehelai.Wah , kata nak tapi mengada-ngada nak yang murah pulak kan?Erk! Aku selalu beli dekat Jalan TAR atau Jalan Masjid India je uolss. Dekat situ variasi pilihan dari segi jenis kain/harga memang banyak. Rambang mata kalau sekali pergi. Haa, kalau sekali borong , mahu sampai 5..6 helai shawl pun boleh gitu. Yelah , setakat 8 hinggit sehelai.Lepas tu beli 3 dapat murah lagi. Wow. Akak suka yu!Asalkan dapat tutup kepala pun dah cukup baik yuolss…EH gitu pulak? =.=
Memang dekat situ kira nya tempat favourite aku nak beli shawl.Sanggup redah lautan manusia yang bermacam perangai demi nak beli shawl sahaja okies?Gigih tau! Bak kata ayah kesayangan ai , Nak Seribu Daya , Tak Nak Seribu Dalih *garu-garu kepala sambil menelan air liur pahit dan kelat* Dekat situ tudung bawal pun banyak pilihan.Murah-murah yu.Tapi kena pandai pilih kain dengan kena pandai tawar menawar muka manis sampai gigi kau yang hilang sebatang pun boleh nampak okeh?Huwaaa.
Setakat ni , keinginan aku just nak collect banyak-banyak shawl tu boleh?Hehe.Lagi satu pakai shawl ni , colour dia colouful ya hamat. Aku jarang beli shawl yang just ada satu colour.Paling-paling ada 2 tone colour.Nak padankan dengan baju pun boleh tahan senang lah :D Aku tak pulak teringin nak tudung ala-ala Ariani tu. Sebab nanti muka bertambah BOOOLAT. So , daripada kena pandang pelik dengan orang ramai , better tak payah pakai.Heh,heh. Tapi kadang-kadang tu teringin jugak bila tengok Umi aku pakai macam cantik je.Eceh. Mengada-ngada je kau kan Jah! So , korang pulak…lebih selesa tudung macam mana pulak bagi yang bertudung? ;) Hiks! oh ya selendang rindu tu ialah sebuah lagu lama ye.tak ada kena mengena dengan hidup aku ye.ekekek
nota kaki : tak mampu beli tudung Ariani.
Mahal sampai boleh gugur bulu ketiyak rambut.
Baik lah beli shawl yang memang murah dan selesa.Ecece.
4 comments:
testing sblm sekali lg....sblm kena bakar dgn kaka milo.nangiss
hahahaha
beb
sudah okehhhhhhhh!
hahahahahahah..berpeluh ketiak ai nk betulkan setting ni..ekekekeke...smpi 2 komen yu..wakaka
Post a Comment