Home

Saturday, November 13, 2010

Ayam Goreng Chenta Emo-Temo

Salam and Hello. Muahahaha , hari ni nak qada’ tentang nak kasi resipi mudah , sedap dan memang senang sangat nak buat. So far aku tak pernah try lagi buat sendiri , but cuma tengok Umi aku buat je lah.Memang mudah sangat bahan-bahan dia.Cara nak buat tak payah cakap lah , lagi lah senang. Rasa dia pun sedap lah kan :D Bagi aku , memang sedap. Hehehe , semua yang Umi masak , mana pernah aku kata tak sedap khen.Even telur goreng yang Umi goreng pun tetap aku rasa ada lain dia berbanding yang aku goreng *puji memuji* Eceh. Sudeh.

Resipi kali ni boleh di buat mengikut apa yang korang suka actually.Biasanya Umi aku selalu goreng ayam ni.Tapi if korang nak cuba kelainan sikit , korang boleh guna bahan yang sama dan kukuskan.Cuma kalau nak kukuskan , ayam tu ambil bahagian isi dia je lah.Buat kecil-kecil comel-comel.Kalau nak goreng , buat macam biasa je lah.Potong macam biasa.Dua-dua jenis masakan ni memang sedap. :D So , ini dia resipi dan bahan-bahan nya.

BAHAN-BAHAN

GARAM*

GULA*

REMPAH KARI AYAM*

SOS TIRAM MASAM MANIS*

AYAM (ikut korang berapa ketul/banyak)


CARA-CARA NYA

1. Potong ayam kecil-kecil mengikut kehendak korang.

2. Kemudian masuk kan garam , gula , rempah kari ayam serta sos tiram masam manis ke dalam bekas yang hendak di gaulkan bersama ayam. *sukatan tu ikut masing-masing.ikut selera masing-masing.asal cukup masin manis , dah okay lah , heheh , mak aku yang cakap. ekekeke*

3. Selepas itu perapkan selama beberapa jam atau paling sekejap pun sejam or setengah jam pun dah ok.Kemudian boleh goreng atau kukuskan.

4. Setelah selesai di goreng atau di kukus , sedia untuk di hidang bersama nasi panas. Selamat Mencuba!

~ Ni lah dia Ayam Goreng Chenta Emo-Temo. Heheh , tak hias cantik-cantik sebab snap cepat-cepat takut orang lain perasan.Muahahaha. Oh , dia jadi hitam tu bukan sebab goreng lama tau , tapi sebab masuk kan gula jugak kan , tu yang jadi sedikit hitam tu. Heheh.Rasa dia still umphhh okeh.Hiks!~

Ngeee , senangkan cara-cara nak buat Ayam Goreng Chenta Emo-Temo ni kan?Muahahah , menangis mak aku dengar nama yang aku bagi ni kan.Ekekeke. Tengah tak ada idea nak letak nama apa kan.Pakai taram suka hati aku je lah kan.Hiks.

Sebenarnya Umi aku selalu buat versi kukus , bahan untuk Ayam Goreng Chenta Emo-Temo ni.Kebetulan aku macam teringin nak rasa versi yang goreng , jadi Umi aku guna bahan yang sama , dan just goreng je lah.Rasa dia memang best. Ada rasa rempah sikit , rasa manis sikit. Jadi sedap lah. Kalau makan dengan kuah kari , pergghh , lagi lah sedap meh. Ekeekekek. Motif macam hala-hala teruja kan tulis entry ni siap perghh bagai? Ekekeke.
Saja je nak tulis resipi mudah ni.Mana tahu ada yang nak cuba khenn. Selamat Mencuba kepada yang nak try resipi ni :D

nota kaki : semakin hari semakin suka memasak.

dapat tengok orang memasak pun suka. ekekeke.


4 comments:

Cik Cici Eryna said...

ayammmmmmmmmmm !!! sedappp !! hehe

Ijah EmoTemo said...

hyee eryyn! :D
hiks , mmg sedap :D
ala-ala ayam berempah lah , kalau lg lama perap , lagi sedap :D

doyah said...

ah laparnya

Ijah EmoTemo said...

doyah : hikss sila2 jamu mata. heheheh