Home

Thursday, November 25, 2010

Mesti Tonton : Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Preview : Hantu Kak Limah Balik Kampung

Date : 23 November 2010

Place : TGV WangsaWalk

Salam and Hello. Pheww , setelah beberapa hari after preview baru aku dapat kesempatan nak tulis pasal preview movie ni.Kalau baca entry before this ,aku ada cakapkan aku ada pergi preview filem yang aku mula-mula sendiri pun tak tahu.Aku pergi pun sebab kawan aku ajak join dia yang kebetulan nya dekat dengan rumah aku.Even tu lepas Maghrib , so sempat lah aku pergi sembahyang semua before pergi tu semua kan.Hehe. Ok , Preview Movie yang aku tengok , Hantu Kak Limah Balik Rumah by Mamat Khalid. Movie ni akan di tayangkan di seluruh pawagam pada 9 December ini.

This is my first time attending majlis macam ni khen?Haruslah aku tak tipu aku cakap aku jakun tengok semua wartawan hiburan , tengok pelakon sana sini , tengok pengarah filem sana sini and tengok pemain badminton pun ada jugak.Eh? Haha. Itu last sekali aku cherita k? Now aku nak cherita pasal movie ni. So , kekdahnya , aku pergi after Maghrib then jumpa kawan aku dekat WangsaWalk Mall , then terus naik pergi dekat tingkat atas bhgn TGV.Nak pergi daftar dan dinner free katanya.Muahaha , ai kan suka free-free ni? *lempang*

before masuk dinner , aku harus berposing. credit to my friend : cik kekure.


keadaan sebelum masuk ke panggung /dinner gituh.

Sempat jumpa seorang lagi kawan aku , yang baru first time berjumpa gitu.Tapi tak sempat borak lama. Heheh , tak apa lah Ieja , next time kita jumpa dkt mana-mana k? Hehe. Then lepas dah makan semua , baru masuk panggung , dalam pukul 8.15 aku rasa.Ok dapat Hall 1 , yang depan aku semua wartawan hiburan dengan retis-retis gitu.Maaf jika tulisan aku jakun. Baru first time pergi benda-benda macam ni.Next year dah tak boleh nak feeling jumpa retis segala kan?Sila jadi budak skema balik okeh?Miahahaha. Then biasa lah , aku kan suka amik gambar. Tapi kamera henpon buat hal. Seriyes bengang.Ai baru feeling nak amik gambar Farid Kamil dari jauh kan?What?? Sejak bila aku minat Farid Kamil? Muahahaha. Sudehh.


sesi pendaftaran. aku daftar aku as blogger :) karpet merah yu..tapi lantai dia nangis ai tgk okeh? *petir*

depan aku semua media hiburan gituh.selalu baca soseh soseh dorang kan? now jumpa depan mata gituh.hehehe. kalau nampak , sorry tergelap pulak gmbr ni , depan tu ada Afdlin Shauki , depan tu lagi pakai topi putih , Farid Kamil.

Jadi dah masuk ke dalam hall dalam pukul 8.15 , pukul 9 something baru start tengok movie tu.Mula-mula nak tunggu retis-retis masuk , orang lain masuk.Lepas tu Dollah Chantekkk jadi pengacara gituh , then Mamat Khalid bagi ucapan semua.Memang dalam pukul 9 something baru movie start. Ok , seriyesli , aku tak pernah tahu pun ada movie tajuk ni.Aku ingat cherita hantu seram jembalang ke hape.Memang sah-sah aku tak akan pergi biarlah Brad Pitt yang ada dalam panggung tu okeh?Heh heh. Tapi sebab kawan aku cakap , cerita lucu.Sambungan Zombie Kampung Pisang.Again : Sambungan Zombie Kampung Pisang , so tak kan lah cherita seram ala-ala ada jembalang belakang pondok ke kan? *motif aku duk sebut jembalang je kan?Erk!*

Joe Lee pun hade , wartawan hiburan lain pun hade. Huhuh.


snap snap before tengok wayang.

Anyway , overall aku boleh kata movie ni WAJIB di tonton bagi mereka yang nak hilangkan stress dan tekanan macam aku ni ha.Memang kelakar dan memang lucu.Gelak sepanjang masa dan setiap waktu.Sampai berair air mata aku.Seriyes wehh , aku tak berhenti gelak.Dah lah time tu tengah batuk , mujur dah bawak air suam panas siap-siap.Memang aku gelak je kerja. Tapi dalam kelucuan , ada jugak part sedih sikit lah.Sikit je.Tapi memang seronok cherita ni.Memang satu panggung gelak je yang aku dengar.Aku tak payah cakap lah memang gelak habis habisan punya lah! Matilah kalau orang sebelah kanan aku bengang.Hahah. Ampun ye kak! Ekekeke.



sebelum movie start.

InsyaAllah 9 Dec ni aku nak pergi tengok lagi.Aku tak rasa rugi langsung if tengok lagi even dah dapat tengok free kan?Hehehe. Memang berbaloi. Aku memang gelak je kerja.Banyak part lawak dia , ada jugak pesanan terakhir dia yang aku rasa , erm betul jugak.Hehehehe. Seriyes aku seronok tengok movie ni.Sangat kelakar dan lucu sangat-sangat.Memang tak ada langsung part yang aku patut kata takut ke .. berhantu ke.. tapi ada lah jugak kot? Hahaha. Apa-apa pun korang jangan lupa pergi ke panggung yang berhampiran dengan korang untuk gelak sampai pitam macam aku.Ekekeke.Ok ini pandangan aku lah ye. Tak tahu korang macam mana pulak.Huhuh.




Btw , lepas habis je menonton movie tu , apa lagi terus keluar panggung lah.Tak nak ah tengok press conference , lama pulak meh.Dah pukul 11.15 dah time tu.Mahu pukul 12 tgh malam balik , menangis mak ai. Jadi sempat lah tengok retis sana sini kan.Tapi ai cuma amik gambar dengan Roslin Hashim sajork.Eh eh dia pun ada? Hehehe, entah ai tengok dia ada je.Ai pun mintak nak bergambar kan?Haruslah , siap suruh kirim salam dekat pemain badminton Malaysia yang lain voleyh? Miahahaha , voleyh aje ok? Hahah. Then dalam pukul 11.30 terus balik.Sebab parent ai dah tunggu dekat luar Wangsa Walk. Huhuh.

tq Cik Kekure yang sudi ajak ai ke sini. Nanti ajak lagi ye.Opss.

Oh ya , lupa nak cakap , biasalah kan kalau pergi Preview macam ni , siap dapat goodie bag lah kan?Hehehe. Best jugak isi-isi dalam tu.Ada T-Shirt lagi uols.Harus terus ai pakai kan?Hahah. Selamat bukan corak hantu ke hape. Kalau tak , cuak nak pakai.Muahaha.Apa yang boleh ai cakap , movie ni memang best , kelakar , fun dan sangat lawak.Air mata ai pada malam itu bukan sebab cherita itu sedih tapi sebab cherita itu sangat kelakar okeh.So , jangan lupa serbu pawagam 9 December nanti ye?

googdie beg , dapat poster , t-shirt.



ini lah rupa t-shirt nya. tepi tu poster yang ala-ala aku dapat.



eh eh , gambar dekat atas ni apa pulak? hehehe , ok tq so much to my dearie Cik Kekure yang beberapa minggu lepas baru balik from Vietnam.Jadi gambar di atas itu ialah , fridge magnet from Vietnam gitu.TQ so much ye.Happy Belated Birthday jugak untuk beliau.May Allah bless you always and may all your wish and dream come true ye? Hugs!



nota kaki : moral of the movie yg sikit-sikit ai dapat : if kita selalu igt dia , maka dia akan selalu dtg pada kita. :)


6 comments:

MR. SYAH said...

wah best r dpt tgk awal free lg tu.. heheh..

Ijah EmoTemo said...

mr.syah : hehehe. tu lah. kebetulan kawan ajak. tu yg pegy :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

roslin hashim kah itew?

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu : muahahaha..a'ah.. dia cuak igt ai nk ty dia gosip..sbb ai tetibe tepuk dia..ekeke..terus cuak okeh?

buyat(bebola tomato) said...

da agak da roslin hashim..heee die memang supporter industri perfileman malaysia..die kn bek ngan raja azmi

Ijah EmoTemo said...

buyat- ekekekeke..tu lah .. raja azmi pun ada dtg jgk..tp duduk jauh2 dlm panggung tu..ekekeek