Home

Monday, December 6, 2010

25 Randoms about IjahEmoTemo. Oh la la la

Ok , sebenar nya dah hampir seminggu Chepah telah tag aku untuk benda yang akan aku tulis dekat bawah ni. Sorry ye Kak Arifah sebab lepas seminggu baru dapat update pasal benda ni. Hehe. Maklumlah , last week aku dekat Terengganu kan? Haruslah tak sempat nak hapdet sebab jalan sana sini and wireless pun tak ada kan. Sadis sangat. Heh.

1) Aku anak ke 3 daripada 3 beradik. So anak bongsu lah kan? Heh Heh

2) Aku memang suka pakai shawl. Sebab warna-warna shawl sangat menarik okeh? Colourful sangat-sangat tau! Ai loike. Hiks padahal ramai dah nak lempang aku sebab setiap kali aku pakai shawl mesti aku sibuk betulkan shawl sebab selalu pakai tak kemas kan? ngahahaha



selalu senget benget kalau pakai shawl. uhuks.

3) Aku memang cerewet. Tak kira lah makanan ke , pakaian ke , tempat tinggal ke semua cerewet. Heh Heh

4) Aku selalu clumsy. Cepat betul kelam kabut kalau terlambat dari waktu sebenar. Padahal tak ada apa-apa pun. Tskk.

5) Aku careless. Barang selalu hilang. Selalu redha sebab barang hilang. Lepas 6 bulan jumpa balik?Voleyh? Miahahah

6) Aku memang suka baca novel. Novel Melayu aku dah kumpul dekat 50++ buah. Kalau novel Inggeris aku lagi suka baca genre Self Help/Motivation.

7) Aku suka dengar lagu. Bukti nya? Heh , dekat ribu riban lagu-lagu dalam folder music aku dekat laptop ni. Semua aku download sendiri ok? Tak ada masa nya nak curi / amik dari orang lain kecuali kalau orang dah kasi gituh. Usaha Tangga Kejayaan!! Wahh tetibe kan? HAHA.

8) Aku sangat-sangat suka amik gambar pemandangan. Memang kegemaran aku bila pergi mana-mana amik gambar pemandangan , tak kisah lah uols guna phone sekalipun. Heh Heh.


@ Dungun , Terengganu.

9) Aku punya hari jadi , 11 Januari bermakna sama dengan hari jadi Siti Nurhaliza. Ngeh3x. Pernah sekali tu aku call Era FM dan dapat bercakap dengan dia , time 2007 dan dia wish aku , aku pulak wish dia. How sweet khen? Miahahah , perlu ke nak bagitahu orang semua benda tu? Ekeekek . So guys! Please save the date now , 110111 for next year ok? IT'S MY BIRTHDAY and jangan lupa kasi hadiah dekat aku ye... uhuk uhuks ... wooohooo lagi sebulan je lagi ngeee

10) Aku senang nervous. I don't know since when jadi macam tu. DUSHH!!

11) Aku suka warna PURPLE. Siap dah berangan feeling nak tema warna Purple bila kahwin nanti? PH EM GEY , lempang mukaaaa aku!!

12) TULIP. Tak perlu cherita banyak-banyak sebab aku pernah buat satu entry khas pasal tulip. Aku memang kalau nampak TULIP memang dah macam obses. Heh. Bila kahwin nanti nak bunga Tulip jadi bunga tangan voleyh? LEMPANG LAJU-LAJU lagi? -__-'

ngeh ngeh. aku rasa gambar ni dah banyak kali aku letak dekat dalam belog. TULIP. ;)

13) Aku suka snap picture even just guna phone je. Kisah apa aku. Haha. Lepas tu aku suka edit gambar tu. Tak kisah lah cun tak cun , janji aku suka. :P

14) Aku seorang yang KIDAL. Yups , lepas ni kalau orang asyik cakap Man Kidal sebab main gitar , lepas ni boleh jugak panggil aku Ijah Kidal tapi aku bukan main gitar. Tapi main Kompang. Boleh? :nangis: Ekekekeke

15) Aku tak suka tengok movie SERAM/THRILLER. Kau jangan mengada-ngada nak ajak aku suruh teman kau tengok movie jenis macam tu. Kau belanja sekalipun aku tak kan cakap YES. Tapi kalau ada pakej dengan makanan , mungkin akan dipertimbangkan tapi jumpa aku dekat luar panggung lah ye , heh heh heh.

16) Benda ni benda betul. Aku memang peramah. Cakap non stop macam bertih jagung. But sometimes I choose to be silent bukan sebab aku ni sakit mulut. Tapi entah lah , kadang-kadang ada jenis orang yang aku tak selesa bila nak bercakap dengan dia. Hheehe.

17) Aku suka kucing tapi aku tak pernah terfikir nak jadikan kucing as haiwan peliharaan dekat rumah aku. Nanti siapa nak basuh tayik dia merata-rata sekeliling rumah? Mahu kena baling senduk dengan mak aku sebab nak sangat bela , tapi reti jaga. Faham? Tapi kan kadang-kadang aku takut dengan kucing T_T

18) Aku suka tengok pantai. Tapi aku takut nak mandi dekat pantai atau dalam sungai. Aiyohh!!

19) Aku paling menyampah dengan manusia yang suka menyindir tak tentu hala. Kalau tak suka , better cakap depan-depan. Munkin akan sentap , tapi atleast we know rather than don't know.

20) Aku emo-temo. Tapi tak bermakna setiap masa nak sensitif tak tentu hala. Kalau teringin nak kena lempang , silakan buat benda tu non stop. *petir*

21) This is the fact and why I became fatty and fatty. Ok FATTY disini bukan nama panggilan manja kau FATIMAH ke hape. Tapi gemuk Faham? Haha. Ok bila aku stress aku suka makan. Kadang-kadang aku suka tidur. Haish. Tapi Kan Tapi Kan , aku sebenar nya kalau stress aku suka tengok pantai. Macam damai je kejap. Heheheh. Tapi dekat KL ni Pantai mana je hade? Pantai Dalam? Hazabbb...

22) Aku teringin nak try masak western/jappanesse/chinesse/spanish ? food atau cuppiest or cakes tau. Tapi kan , kalau aku buat dengan bagus serta sedap sekalipun siapa yang nak makan? -__-'

23) Aku selalu gaduh-gaduh manja dengan my kenit boy. Haa , mana tak nya , time aku sibuk nak update belog , time tu jugak dia merengek manja nak main game kan? Heh Heh , ala-ala mengada pulak kan? Lepas tu siap ajar aku suruh tutup internet lagi tu , hebat uols Awisy! Haha. Lepas tu bila dah kasi main , dia boleh pulak cakap dekat aku .. Eh Ijah , Awisy tak pandai lah main game ni , Ijah aje yang pandai. -__-' Tak ke comel perangai dia? Haha , alala rindu pulak dengan kenit ni ;) *eh eh tak habis-habis panggil dia kenit kan? padahal dah tinggi dah pun Awisy ni :P*

24) Aku tak suka warna PINK. But the fact is , aku banyak gila benda/barang warna PINK. Uhuks, IjahEmoTemo , perempuan tetap perempuan ye? ;P

25) This is the last one should be describes whole thing about my self aite? Aku seorang yang chubby gemuk dan pendek tapi tetaaaap feeling diva! Voleyh gituuu?? *lari-lari anak sambil pakai spek mata hitam takut kena kejar dengan wartawan sebab buat statement macam tu.* Miahahah ;P

Akhir nya selesai juga 25 randoms about me. Payah jugak rupa nya nak selesaikan sampai 25 ni. Ngeee. Banyak perangai buruk agak nya aku ni? Hahah , well manusia tetap manusia.Eceh tehtap jugak kan nak menang? Haha. Huish , harap semua tak muntah dan juling mata ye baca pasal aku. Muahahah :P Oh ya , lupa pulak ... aku perlu tag somebody. But yes , aku tengah malas jugak ni.

So tak kisah siapa sekalipun. Buat je ye? Best jugak ni tulis menulis sampai 25 benda ni :D Di persilakan ok ?Ngeee :D

No comments: