Home

Tuesday, December 28, 2010

Jejak Kasih & Sleepover with BFF , Dee M.

Weeehaa! Kali ni aku nak update pasal entry tertunggak yang aku duduk berjanji tu kan? Tehehe. Entry pasal aku keluar dengan kawan-kawan aku. Kawan-kawan sejak sekolah rendah tu babe. Kitaorang kawan sejak dari darjah 4 and now dah 16 tahun , so makna nya dah hampir 6 tahun kitaorang berkawan kan :) Hope akan berterusan berkawan sampai bila-bila lah kan *hugs*

Well , yang aku still boleh berhubung cuma Dee M sebab dia satu sekolah dengan aku. Dua orang lagi kawan aku , Farah dengan Wani sekolah dekat lain. Masa form 1 dulu sama sekolah. Lepas tu Wani masuk MRSM. Then tak pernah jumpa tau. Adeh , sedih okies? Lepas tu Farah tu pulak masa form 2 dia pindah dekat PJ sebab rumah dia yang baru dekat sana. Haruslah menangis melalak aku sebab Farah dengan aku memang balik sekolah sama-sama , aku selalu tumpang kereta dia , bila sedih happy memang semua aku cerita dengan dia. Auwhh, bila ingat balik macam mana kitaorang zaman form 1 terus terasa nak menangis. Sheesh!

Farah last sekali jumpa Farah bila eh? Last two years kot? Lama jugak tak jumpa dia.Padahal aku selalu je pergi PJ. Tehehehe. Tapi tak apa lah kan , atleast jumpa jugak kita last week. Hiks ;) So sepatutnya kitaorang nak buat sleepover , tapi Farah pulak tak boleh nak join.So it's ok la dapat lepak chill sama-sama. Teehee. Apa kitaorang buat hari tu? HAHA. Well kitaorang pergi WangsaWall Mall and pergi tengok wayang. Ok aku lupa tajuk movie tu. Just nice movie tu eventhough aku rasa mengantuk tahap gaban tengok.Kikikik. Lepas tu dalam panggung tu langsung tak ada orang. -___-' First time wehh dalam hidup aku. Macam tak boleh terima kenyataan je gaya nya kan? Muahahaha.

Then tiba-tiba terjumpa pulak kawan sekolah yang lain Syaza , Shaza , Ama , Arief and Kamal yang secara kebetulan berada di situ. So terus peluk siyum kan?Gaya macam dah lama tka jumpa.Padahal hari tu dah pergi KLCC sama-sama.Kikikikik. Then amik gambar depan POPEYES. Selamat tak kena laharian dekat situ kan? Muahahaha. Then lepas 10 minutes I guess, kitaorang pun pergi ke lain. Teeehee.


Jejak Kasih.


tak ada kerja. posing dekat mana-mana.


syaza , dee m , shaza and aku. 


ama , farah dan wani.

Lepas tu , aku teringin nak makan RotiBoy , so pergi situ kejap.Aku pergi pilih roti. Laparr woo.Muahahaha.Oh ya siap beli novel Siti Rosmizah yang dah lama jual tapi aku baru jumpa.Cehh.Patut nya dapat diskaun kalau guna Popular Kad tapi kan tapi kan. Hampeh lah wehh... kad dah tamat bulan 8 lagi. Huwaaaaa. Nangis wehhh. Tak apa lah aku relakan 30 hinggit aku melayang. Huh Heh. Then , kitaorang pergi borak dekat RotiBoy punya tempat tu.Lama jugak pergi situ , dalam sejam kot? Tak sure. Lama la jugak. Lepas tu , Wani nak pergi beli Subway , so kitaorang pun start la jadi camwhore kejap.Muahahaha. 

Lepas tu? Kitaorang balik rumah Dee M. Lagipun aku kan nak sleepover dekat situ.Teheheh. Semangat bawak baju tuala bagai kan?Kikikikik. Lepas tu lepak borak semua lagi dan lagi dengan Farah & Wani. Farah balik awal sikit dalam dekat pukul 5 sebab nak kena pergi dentist. Teehee. Farah makin cantik sekarang ni ;) Dia dah boleh kalau orang nak amik gambar dia. Auww Auwww suka weh. Dulu hazab tau , mesti tak suka orang amik pic dia.Kikikik. Ahh , love this moment so much. Lepak chill borak and yeah I really love this moment :)

Then??


Ngeh Ngeh. Kami berdua tak ada kerja.

Oh yeah , lepas tu dalam pukul 6 petang Wani balik. So tinggallah kami berdua , dee dengan aku.Teheeeh. Hmm kitaorang buat apa? Petang tu keluar pergi cari makanan. Tehee. Then malam tu ikut Mummy Dee pergi hantar barang dekat area Tesco. Tehehehe. Then? Balik dari semua tu kitaorang tengok movie.Ok Ok aku je yang tengok sebab Dee dah tertidur.Kikikikik. Tengok The Proposal. Oh Oh best movie ni.Hiks. Okey la aku baru dapat tengok.Cehh. Then dalam pukul 11 malam macam tu dah tidur. Tapi kan pukul 3 aku dah terjaga T_T Sebab nya aku sejuk gila nak terkucil lepas tu pulak aku feeling takut. Entah apakejadah nak takut pergi tandas yang dekat sebelah katil je kan?Ekekkeke

Tapi aku tahan je weh. Dah lah aircond makin sejuk bila pukul 4 pagi. Rasa nya dalam 4 pagi macam tu aku terjaga terus pergi tandas. Hahah. Choyy sangat perangai. Lepas tu? Aku buat apa? Aku sambung tidur. Bertuah punya anak dara khen.Kikikik. Hey sekali sekala okeh macam ni. Nangis!!

Lepas tu comel sangat pukul 10 pagi terjaga tu pun sebab Ayah aku call.Cehh.Sebelah taman je pun rumah Dee ni tapi gaya menelepon macam aku duduk Sabak Bernam jauh dia. Hahah. Then aku pun baru bangun.KIkiki.Lepas tu boleh relax relax lagi kan.Pukul 12 tengah hari macam tu baru reti nak mandi. Tu pun lepas bukak facebook segala.Ngahaha.Then baru lah makan semua kan?Hiks.

Lepas tu? Aiseh banyak betul lepas tu kan.Hahah. Then kitaorang naik balik.Main mekap-mekap boleh?Kikikik.Curlast yu! Tapi aku je la yang mekap Dee. HAHA. Then pukul 3 petang macam tu aku pun balik :) 



lepas mandi buat aktiviti ini. mengambil gambar kenangan. haha.


kami feeling ayat-ayat cinta. yeah yeah. who care's!

Well , cuti sekolah kali ini memang aku rajin betul keluar dengan rakan-rakan sekolah baru atau lama. Keluar jenjalan dengan kakak aku.Oh ya itu esok lah aku update pasal perjalanan dua beradik di kota raya.Tehehehe. Itu lagi lah banyak gila gambar dan cherita. Well I'm feel good for this time. Alhamdulillah. Seronok dan indah bila dapat berjumpa dan keluar dengan orang tersayang and I always put this word in my heart; Appreciated Every Moment With Those Who You Love While Theyre Still Alive. I AM RIGHT ? Definetely YES :) 


terima kasih kerana membuat saya gembira :)

2 comments:

Diana Munirah said...

ai nak gambar yang you edit tu boleh ?

FaiHash said...

dee : sure boleh je :) amik la xD