Home

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010 Selamat Datang 2011

Sekejap betul masa berlalu. Terasa bagai baru semalam menyambut kedatangan 2010. Tapi kini sudah menjejak tarikh 31 Disember 2010. Cepat betul masa berlalu kan? Memang cepat dan pantas sampai aku sendiri tidak sedar banyak masa yang terluang aku buang begitu sahaja kan?!! Aiyoh. Tapi tak apa lah , yang penting 2011 harus aku sematkan untuk tidak membuang masa , untuk melakukan segala kerja dengan pantas dan sentiasa sedar 2011 penentuan masa depan aku. 

Kalau diikutkan , 2010 paling banyak perkara yang aku hadapi. Baik dan buruk silih berganti tidak kira masa sampai aku sendiri fed up dengan diri aku sendiri. Kadang-kadang dah penat menangis nasib diri yang selalu tidak baik berbanding orang lain yang sering mendapat kebahagiaan and luck masing-masing kan? Iye saya tahu tak baik untuk tidak mensyukuri dengan apa yang kita ada dan menangisi dengan apa yang kita tidak ada. Tapi manusia bukan memang selalu begitu? Hmmm , let forget it.

2010 mengajar aku erti kesabaran dan kematangan yang teramat tinggi.Aku belajar dari dugaan dan cabaran yang datang tidak berhenti pada tahun ini.Pelbagai perkara aku tempuhi dan pelajari tahun ini.Tapi aku tahu selepas ini pasti lagi banyak perkara dan benda yang perlu aku tempuhi kan? Yelah , ini kan kehidupan. Sometimes tak semua benda yang kita nak akan kita dapat and sama juga bila kita tak nak , tiba-tiba itu yang kita dapat kan? Teehee.

Well, 2010 bakal berakhir ... 2011 akan muncul tepat jam 12 tengah malam ini. Bermakna umur akan bertambah lagi 1 tahun -__-' 11 hari je lagi kalau tepat 12 tengah malam ini -__-' Mohtip sedih khen? Patut nya bersyukur kerana masih bernafas di muka bumi ini kan :) Ok Ok tak mahu jadikan entry ini menjadi semakin bosan dan berjela dengan bebelan , maka apa yang aku boleh cakap ... Selamat Tinggal 2010 dan Selamat Datang 2011.

Azam? Ohh itu entry baru ye. Tak larat nak tulis sebab bersin tak henti-henti dari tadi. Saja betul kacau mood aku. Ishh. 



saya tahu , tahun depan lebih mencabar .. tapi hidup kan memang macam gitu kan?

Happy New Year guys!
Hope next year will be better better and superb :)
InsyaAllah :)

No comments: