Halo Halo! Akhir nya PART 6 which mean , this is the last entry mengenai Terengganu. Ngahaha. Aku sebenar nya dah nak juling + pening nak ingat balik benda-benda yang jadi last week. Sepatut nya aku tulis dan publish time dekat sana lagi sebab banyak gila waktu yang terluang.Tapi menggedik nak tulis bila dah balik KL -__-' So terima lah padah nya bila dekat KL ni memang jarang ada masa terluang sebab ingat nak study semua kan? :( Haish , membazir dah masa :( Aisehhhh...
Ok Ok now nak cherita.Ok untuk hari Jumaat , means hari ke 4 tu tak pergi mana-mana.Sebalik nya just duduk hotel dan tengok TV. Ekekeke , sebenar nya lepas gian ni ha.Sebab dekat homestay tu tak ada ASTRO. Ishh , gedik kan nak ASTRO semua kan? Ekekeke. Yelah , nak lah jugak tengok ASTRO khen? Jadi memang tak keluar bilik pun.Lagipun check in hotel pun lepas Ayah pergi sembahyang Jumaat. Jadi kira nya dah petang lah check in Hotel UiTM. Dah berubah sikit keadaan dalam bilik.Now dah tak guna kunci segala katanya ... guna kad sajork! Wah Wah ... dah 3 tahun berlalu banyak perkembangan ni Hotel UiTM. Ekekeke. Ai Loikeee :D
Ok hari Jumaat memang banyak rehat-rehat and lepak-lepak chill.Lepas tu baru teringat nak cuba baju kurung aku tu ha.Memang lah baju tu baru lagi.Baju raya tahun ni punya.Tapi mana lah tahu badan ni yang makin comel mengembang hep hep ni bakal membuatkan aku tak muat dengan baju itu T_T Haishh , tulah makan tak ingat hari esok ... bila lagi sehari nak convo kakak aku tu baru tergedik-gedik nak try kan? Haish!
Ngeheeheh , tapi selamat muat dan tak ketat langsung. Ekekeke.Ni yang aku makin sayang dengan tukang jahit aku ni kan?Ekekekek.Tetibe jah! Haha. Ok now aku nak cherita terus pasal Konvokesyen Day kakak aku tu ye! Ok , pagi Sabtu tu , aduhaii... hujan lebat sangat! Memang terus aku macam aisehh .. macam mana nak amik gambar nanti?Macam mana nak posing cun vogehh opss semua nanti kalau lencun semua?Aiseh Aiseh. Pukul 6 pagi .. hujan lagi. Pukul 6.30 hujan makin lebat. Pukul 7 pagi ... tak payah cakap pun dah tahu.Ekekekek. Lepas tu dah terus macam ala-ala tak ada mood gituh nak fikir pasal posing segala. Cehh. As long dapat tengok kakak aku convo pun dah cukup baik :D
me and beloved sister. time ni tengah hujan renyai-renyai. Baju Kurung aku yang cun ni memang dah basah macam mandi pantai dah okeh?Selamat tak nampak. Ekekekek.
So , dalam 7.15 pagi kitaorang dah pergi UiTM , elleh sebelah tu je meh.Wakakak. Hotel dengan UiTM memang sebelah menyebelah je meh.Tak sampai 5 minit dah sampai.Hujan memang lebat gila.Patut nya kena parking dekat luar.Tapi kitaorang pakai redah masuk dalam.Nanti habislah cair mekap aku kan?Elleh , setakat pakai foundation tu , tak payah kecoh ye Ijah EmoTemo T_T Ekekeke. Lepas tu , masuk je dalam ... kakak aku pergi dekat tempat dia kena pakai jubah segala , aku dengan mak aku pergi dekat area Dewan Aspirasi dan ayah aku pergi parking kereta. Aiseh yang kesian nya aku , kesian ke nyah? Ekekeke .. Aku kena duduk luar sorang-sorang.Tak ke sadis hidup?HELLO IjahEmoTemo , memang lah kalau orang pergi konvo jemputan untuk 2 orang ye. Sila jangan jakun macam tak tahu pulak T_T Ok Ok.
Ekekekek , jadi disebabkan memang kitaorang berempat je yang pergi Dungun , maka memang aku sensorang lah dekat luar dewan tu.Alah , bukan jauh mana pun meh. Ada lah kot macam entahlah.Nanti lah aku tunjuk gambar.Malas pulak nak tepek untuk entry kali ni.Hahaha. Nanti akan ada entry berikut dan berikut pasal gambar-gambar sepanjang di Terengganu.Ekekeke. Tapi bukan lepas ni lah.Boring dah aku nak ingat balik kisah minggu lepas.Hahaha. Majlis tu start dalam pukul 9.30 pagi.Haishh , feeling lah sendiri macam mana aku punya bosan memula ? Ekekeke. Tapi sempat jugak lah aku pergi snap gambar kakak aku time dia nak masuk dewan.Heheheh. Padahal time tu hujan tengah lebat.Tak kisah uols! Tapi gila berani jugak.. tinggalkan payung ... tinggalkan bunga yang aku beli untuk kakak aku.Bukan murah uols!
Tapi sempat jugak tawar menawar dengan abang yang jual bunga tu.Muahahaha.Selamat dapat murah okeh?Tapi tetaaap lah mahal voleyh?Ish , tak reti bersyukur.Ekekeke. Ok jom jom layan gambar :D
Majlis start pukul 9.30 pagi dan habis lebih kurang pukul 11 pagi. Fuhh , sekejap je rupanya. Yelah aku ingat lama khen?Heheeh. Ok sepatutnya kitaorang boleh terus jumpa peluk siyum opss kakak aku tu kan?Tapi dia telah dibawa lari gituh.Opss. Eh tak lah.Haha , dia kan ANC katanya , haruslah di bawa lari untuk bergambar dengan Pro Canselor semua.Hehehe. Best kan?Curlast kau Maria.. eh eh? Haha. Sambil nak tunggu kakak aku tu , kitaorang pergi jamuan yang tersedia tu.Hehehe ... makaaaaan lagi xD Hamboii suka je kan aku?Hahah , sedap weh! Sebab pagi tu tak makan langsung! Harus aku makan macam tak pernah jumpa kuih lapor .. cream puff , karipap T_T Malu pulak bila pikir balik.Keh3x.
Lepas setengah jam macam tu , baru jumpa kakak aku balik.Heh , lepas tu aku memang dah basa jeruk. Atau dalam bahasa lain nya , habis basah satu badan aku kena hujan.Time tu hujan renyai-renyai. Hehehe. Tapi masa sidang konvokesyen berlangsung , perghh hujan lebat gila. Sampai aku nak gigil kesejukkan okeh?WAH WAH , over gila ayat! Hhaha , tapi syok jugak lah dapat merasa sejuk gituh.Ceh. Haha. Lepas tu aku meman ikut keliling kakak aku pergi mana dia nak posing segala kan? Yelah kenangan sekali seumur hidup gituh. Selamat mood aku hari tu ok je :) Kalau tak naya lah kau kan?Ish Ish , mujur jugak :D
So , aku memang have fun sangat last Saturday! xD Lepas tu , balik je hotel terus tidur tak sedarkan diri.Keh3x. Ok malam nya pulak... kitaorang makan besar lah kan? Makan dekat area situ. Aiseh , yang tak best nya hujan tak berhenti tau.Malam tu makin lebat hujan nya.Memang makin sejuk gituh.Aiseh! Tapi kitaorang terus je pergi makan dekat area situ.Dekat Laila Tomyam and Seafood.Ok lah , the food was not bad and sedap jugak. Heheeheh. Jom layan gambar lagi.
Ayah + Umi = LOVE :)
Lauk yang di pesan : Tomyam Campur , Kangkung Masak Belacan , Udang Tempura. Semua sekali ? Hmmm ... entah! Ekekeke.
So , kisah tentang MyWaytoTerengganu telah berakhir.Esok nya , pukul 10 pagi kami pun bertolak ke KL. Terasa macam sayu pulak nak tulis ayat penutup ni.Hehehe. 6 hari di sana sangat menyeronokkan.Banyak benda yang di lakukan , memang letih , memang penat. Kenangan dan memori yang sangat indah untuk aku :) Apa yang aku boleh kata kan , tak rugi untuk memilih FAMILY COME'S FIRST , sebab sepatutnya aku ikut kawan aku ke Medan kan?It's ok to choose ur family first because , even kau benci menyampah dengan keluarga kau sendiri eh ini bukan aku okeh!!hep hep!! , tapi bila kau bersama dengan keluarga kau sendiri , kegembiraan dan kebahagiaan dari hari ke hari tetap akan muncul dan bersinar.Percaya lah cakap aku :) Sorry if MY WAY TO TERENGGANU tidak lah menyeronokkan gaya penceritaan nya , aku hanya tulis mengikut pengalaman dan stail merapu merepek aku saja.
woo hooo ... KL here I come.. eh eh bukan aku dekat KL dah ke? *lempang*
Bye semua and tq reading to everyone :) Lepas ni dah tak kan ada lagi dah cherita pasal Terengganu.Ekekeeke , cherita pasal kehidupan di KL pula ye. Haish , terasa macam nak pergi lagi sana ... makan , tidur , tengok tv , jalan-jalan .. tidur dalam keadaan hujan yang sejuk.Best dan sangat seronok :)
No comments:
Post a Comment