Home

Thursday, December 30, 2010

Perjalanan Dua Beradik Di Tengah Kota Raya

Sebenar nya keadaan aku sekarang ni tak ada la larat sangat. Tapi disebabkan esok dah 31 Disember , jadi lebih baik aku tulis entry ni cepat-cepat. Esok ada 2 entry yang aku nak tulis.Hik Hik. Tengok tu , sakit demam pun sibuk nak update belog kan? Teeehee. Seperti yang pernah aku bagitahu sebelum ni , aku nak update pasal perjalanan aku dan kakak aku pergi merayau dekat tengah-tengah bandar KL katanya. Kitaoran jarang buat benda alah ni sebab maklumlah , sekarang ni bahaya nak keluar sukahati dekat tengah bandar tu ye. Lagipun selalu tak ada masa yang sesuai nak keluar merayau macam tu.

Jadi , Ahad lepas , kitaorang pergi macam-macam tempat. Mula-mula pergi Times Square. Itupun parent kitaorang hantar sebab kebetulan diorang pun nak pergi area tu jugak. So better diorang hantar daripada membazir duit nak bayar LRT semua kan? Kikikikik. Fikir nak jimat je kan? Selamat tak jammed teruk sangat time tu. Teheehhe. Ok pergi situ tanpa arah dan tujuan. Serius tak ada tujuan langsung pergi situ. Tinjau-tinjau kedai. Tak ada satu benda pun berkenan di hati ini. Cehh , memilih betul. Lepas tu? Posing sana-sini. Yelah time pergi tu , pokok krismas still terpacak lagi kan? Harusla aku pergi amik je gambar tu.Teheheh.


dekat Elianto. Amik gambar sambil tunggu my sis pilih make up.


pokok krismas di Times Square.

Lepas tu? Hmmm , kitaorang sebenar nya memang tak ada arah tujuan langsung. Memang tak plan apa-apa nak pergi mana-mana. Lepas duduk dekat Times Square ada lah kot dalam 15 minit? Eh tak setengah jam aku rasa. Tiba-tiba kakak aku ajak pergi Bukit Bintang. Naik monorel lah yuols! Tak kan jalan kaki kot? Even aku pakai sneakers sekalipun , kekowseran okeh nak jalan kaki?!! patutlah badan tak kurus-kuruskan? *lempang* Ok , naik monorel pergi Bukit Bintang. Perghh , ramai gila orang -___-' Bertabah lah ye. 


aku dah tak kisah kalau orang nak muntah tengok aksi dua beradik yang sibuk amik gambar. kikikik. ada aku kacau kamera kau ke? erkk.

Ok seterus nya. Cehhh. Gambar yang seterus seterus dan seterus nya , akan kelam kabut sikit ye. Entah apa kejadah jadi kelam kabut susunan dia. Ish. Tak kisah lah. Ok dah turun dekat stesen monorel Bukit Bintang , kitaorang still blur je tak tahu nak pergi mana. Mueheheh. Betul tu. Sumpah tak tahu nak pergi mana -___-' Actually dalam kepala otak aku, Pavilion je. Sebab dekat situ deco krismas dia cantik khen? Bila lagi nak posing tak tahu malu opss dengan segala alah deco yang cantik-cantik kan? Tapi tersasar pulak. Gituh!

Kitaorang tetibe perut lapar. Time tengah berjalan dengan kereta punya banyak dekat atas jalan raya tu. Ternampak McDonald. Hmmm , bajet kitaorang memang sikit je uols. Kuasa sangat kan nak makan mahal-mahal segala. Nanti next year nak pergi konsert Maher Zain tak ada duit pulak nak beli tiket. Ek? Choyy! Jadi kitaorang pun gigih melintas jalan segala gituh. Ok lepas tu pergi makan dekat McDonald. Siap berborak dan tengah gigih merancang nak pergi mana pulak lepas tu.Muahahaha. Over sangat kan? Lepas tu pulak tiba-tiba datang pakcik Cina ala-ala buat muka kesian ala-ala suruh kitaorang blah dari meja makan tu sebab memang penuh whole McDonald tu.Tehehehe. Sebab weols kan ala-ala dah kekenyangan dan baik hati uhuk uhuk , jadi kitaorang pun cepat-cepat amik makanan-makanan yang tak habis sebab memang dah kenyang. Tapi saja-saja menggedik nak buat lapar? Boleh gitu... choyyy...  

Tapi kan rasa nya aku ada tertinggal satu benda. Muahahahah. Kitaorang pergi Lot 10 dulu sebelum pergi McDonald ni.Kikikikik. Mohtip aku lupa? Sebab aku tengok situ macam tak best je.Erk. Tu yang aku terlupa sat. Mieheeheheh. Then baru pergi McDonald.Tehehehe. Then? Kitaorang dah memang rancang nak pergi Pavilion sebab nak amik gambar je. Tak ada benda lain dalam fikiran.Kikikikik.


dekat McDonald. 

Lepas tu , kalau ikutkan memang kitaorang nak pergi Pavilion. Tapi tiba-tiba ternampak shopping mall baru bukak. Nampak macam cantik je dari luar.Kitaorang pun terjah la kan?Tak kan nak lalu lalang je khen?Lagipun memang kitaorang tak ada niat langsung nak beli apa-apa. Just nak masuk keluar shopping mall je ... voleyh gitu? Kikikik. Best jugak bila sekali sekala buat benda alah ni. Released tension sat bila jalan-jalan macam tu , tengok orang dengan pelbagai ragam. Actually shopping mall tu kitaorang tak pernah tahu pun sebelum ni. Tehehehe. Maklumlah , jarang keluar rumah kan? Haruslah tak tahu -___-' 






Fahrenhelt .. first time pergi katanya ... baru sebulan lebih diorang lancar gituh...

Iye... kitaorang berdua pergi ke Fahrenhelt. Kenapa aku amik gambar pelancaran segala tu? Kekdahnya aku nak kasi senang aku rujuk nama tempat tu.Kikikikik.Tu yang snap je.Senang sikit kerja aku nak tulis dalam belog ni terutama nya.Kikikikik.Then kitaorang pergi situ dalam setengah jam je kot. Sebab tak ada apa sangat dalam tu. Tapi macam best jugak la. Just tengok tapi tak beli apa-apa pun. Eh ada , tea oil apa entah dekat body shop. Ubat jerawat tu. Kikikik.Tapi tu kakak aku punya. Hahahah , aku yang semangat nak beli kan? Tapi sebab nan hado duit sangat + tengah berjimat , jadi malas nak beli. Kikikikik.

Lepas tu baru la kitaorang pergi ke Pavilion. Yeahh .. masa disini kitaorang jadi tak tahu malu kejap.Hiks. Yelah , amik gambar sana sini.Sebelum nak menyeberangi jalan pun amik gambar. Selamat abe abe polis trafik tak jerit dekat arah kitaorang suruh jalan cepat-cepat kan?Kalau tak naya ai okeh? Hahah. Ok jom layan gambar...



















Perghhh ... banyak gila amik gambar. -__-' Sebenar nya banyak lagi. Tapi gila hape nak letak semua dalam belog? CHOYY okeh? Tak kuasa mak nak tunggu satu-satu gambar upload even dah kecik kan gambar okeh? Aiyoh! Dekat Pavilion , weols just amik gambar , naik turun escalator yang ternyata tak ada kerja langsung.Then aku pandang muka kakak aku , kakak aku pandang muka aku.Lepas tu kitaorang pun balik. Heh? Best kan?!! Oh ya ada satu gambar menarik ketika aku mengambil gambar candid katanya. Bukan nak ejek pakcik tu ye.Amaran awal-awal tapi macam comel je. Haha. Sebenarnya gambar ni buat aku aware untuk tidak buat aksi tidak senonoh iaitu seperti garu ketiak , korek tayik hidung dan sama waktu dengan nya erkk bila berada di khalayak ramai gituh.

Hehehehe. Peace pakcik xD


anda telah di candid pakcik xD err peace no war :)

Ok Ok , sudah sudah. Tak padan dengan demam sakit segala. Still nak tulis panjang-panjang kan?Kikikik.Anyway terasa sungguh seronok perjalanan di kota raya bersama kakak tersayang tempoh hari. Terasa macam tak tahu nak tulis macam mana tapi memang seronok kerana kami tak plan apa-apa pun tapi semua nya menjadi dan sangat best :) Memang seronok dan yeah seronok nya wehh -__-' Tapi lepas tu aku demam + batuk + selsema sampai sekarang tak hilang-hilang lagi. Aiyark!

5 comments:

miszlullaby said...

waaaaahhh ijahhhh...anda berjaye mmbuatkn ML rindu nk blik msia!hahahahha...eh,ganas2 jugk pokok krismes kt msie ek?=D

FaiHash said...

ML : hiks hiks. ye ke? tak lama je lagi ML nk balik Malaysia kan :) Balik for good pulak tu kan :) Teehee xD

Tu lah pasal. Klu pergi Pavilion , pergh pokok krismas dia... dh terasa mcm apa je. Siap dgn lampu kristal bagai.Hiks.

Miss Yaty said...

wah! bestnya jalan2...

pandailah awak edit gmbar :)

selamat tahun baru ye ;)

FaiHash said...

hye miss yaty :)

tu lah , mmg best sgt sbb tak rancang langsung nk pergi jalan2 keluar masuk shopping mall semua kan :) tehehe.

yeah , same goes to you , selamat tahun baru 2011 :)

FaiHash said...

and yeah , tq ye .. ijah edit biasa2 je :) tq ye ... tq jgk singgah belog ni :)