Home

Friday, December 10, 2010

My Way to Terengganu [Part 5]

Oh yeah! Ngeh3x. Kali ni aku nak sambung Part 5 My Way to Terengganu ;) Part 5 ni paling banyak aktiviti jenjalan ke merata tempat.Keluar pagi dan balik malam. Fuhh. Memang letih longlai lah satu badan. Aktiviti jenjalan ni kitaorang buat pada hari 3 berada di Terengganu. Hari pertama hingga hari ketiga ni memang duduk di homestay sahaja. Tak larat nak pergi mana-mana + hujan tak berhenti kan? Malas pulak nak keluar. Setakat memerap dalam bilik , lepas tu sibuk amik gambar , tak pun sibuk makan. Muahahahah. Gilaa , berat badan aku terus melonjak naik tanpa segan silu -__-'

Ok , ini kekdahnya cherita seminggu yang lepas lah kan? Hehehe. Yelah , hari ni dah hari Jumaat kan? Cepat betul masa berlalu kan? Oh ya , harap maaf kalau gambar berterabur sikit. Haish , malas pulak nak menyusun nya. Hehehehe. Lagi satu hal , patut nya banyak lagi gambar , tapi apakan daya kudrat ku hanya kecil sahaja dan tak larat nak edit gambar banyak-banyak.Aiseh tak sangka pulak banyak gila gambar aku amik ari tu T_T Citt , konon inesen lah tu tak tahu? Lempang sikit!! Ekeekekek.

Aktiviti kitaorang hanya pergi berjalan-jalan suka ria.Jangan lah korang harapkan kami pergi mandi pantai ke , pergi tengok penyu bertelur ke atau apa sahaja aktiviti macam tu ye -__-' Haish, tak akan pernah ada kot aktiviti macam tu? T_T Kenapa macam sadis kejap? Ekekek. Maklumlah , ayah ai dah berusia , aktiviti tengok-tengok pantai tu boleh lah ... tak kan nak ajak pergi menyelam kot... Mahu dia bebel 100x okeh? Ekekekek. Motip sangat aku merepek tak tentu hala ni T_T Btw , kitaorang cuma pergi ke Kuala Terengganu. Mula-mula kami pergi ke Pasar Payang. Umi nak beli Nisse. Tahu dok Nisse tu gapo? Aku pun tak tahu orang panggil apa , tapi disebabkan aku dibesarkan dengan bahasa-bahasa Kelantan , jadi aku tahu as Nisse je lah.Alah yang sama macam Gula Melaka tu ha. Hehehe.


First time jmp makanan ni. Potato with apa entah. Ok lah nice jugak rasa dia. Beli time kitaorang pergi jenjalan sesaje dekat Airport Terengganu. -__-'

Ok , ini ikan-ikan yang aku snap time pergi dekat Airport Terengganu -.-'

Orait , jadi pergi lah kami ke Pasar Payang.Haa , time kitaoran pergi situ , nampak lah kapal-kapal yang nak bertanding untuk Monsoon Cup.Teeheheh , aku nak pergi snap gambar , tapi malang nya tak ada sape nak teman. Sebab tengah hujan renyai-renyai. Haihh , tak apa lah , bukan aku berminat pun dengan kapal-kapal tu. Ekekeke. Kekdahnya time kitaorang datang ke Terengganu kali ni , macam-macam pulak aktiviti di Terengganu khen?Jadi dapat lah jugak menengok Monsoon Cup ituew! Gituh katanya. Haa , lepas tu time tunggu Umi pergi beli Nisse , aku dengan kakak aku duduk dendiam dalam kereta.Ekekeeke.

Malas pulak nak follow Umi dengan Ayah sebab aiseh , tengah hujan renyai-renyai + bukan nak beli apa-apa pun dekat situ selain daripada Nisse. Hehehe. Tapi tiba-tiba kami terpandang something tau. Hmmm , yang pasti itu adalah makanan.Ekeekeke. Apa lagi yang mampu aku terliur selain daripada makanan T_T Heh Heh Heh. No WONDER , berat aku makin menaik kan? Hish Hish Hish. Next week dah kena diet T_T Okeh Okeh , nak tahu apa benda??

*

*

*


aku pun tak tahu ni apa benda. ekekeke. ni macam APAM + KAYA = SEDAP GILAA !!

Haaa , dekat sebelah kereta kitaorang tu , ada lah pakcik dengan motosikal jual benda tu.Aku tahu benda tu mesti sedap.Hehehe.Sebab dulu pernah pergi PD makan benda tu.Umi aku cakap , benda tu macam apam kecil lah tu. Lepas tu dia letak kaya.Memang sedap meh.Pak Cik tu masak time panas-panas kan? Harus lah sedap. Dah lah time tu tengah hujan. Harus lah sejuk jah khen?Dapat makan benda panas-panas ni , haruslah syok je meh! Sampai beli 2x sebab sedap sangat.Ekekekeek :D

Ngeehehehe. Lepas tu pulak , kitaorang pergi ke Taman Tamadun Islam. Dah pernah pergi dulu time kakak aku dekat Dungun.Tapi for this time kitaorang pergi sebab nak buat Pre-Convo untuk kakak aku.Ekekeke. Gewdiks kan weols siap nak buat pre konvo semua? Ngahahah. Bukan pasal apa... alang-alang ada tempat yang cantik untuk amik gambar semua , baik buat je kan?Lagi pun bukan ada hal penting pun time tu.Jadi pergi je lah situ :D Tapi kan Tapi kan ... aiseh hujan lebat lah pulak time kitaorang pergi tu T_T Aiseh , hampir patah semangat kitaorang ni nak amik gambar semua T_T Lepas dah sampai betul-betul dekat situ , haaa baru lah nampak dah renyai-renyai sikit.Ok lah tu.

Banyak jugak aku snap gambar kakak aku , just for fun je pun. Hehehehe. Bukan guna DSLR macam orang lain. Guna kamera biasa je pun.But dapat gambar yang cantik pun dah memadai.Hehehe.To me cantik...tak tahu lah korang rasa macam mana. Heheheh. Lepas tu aku ada edit sikit-sikit kasi cun sikit eventhough I know maybe not great beautiful as your picture T_T Eh Eh emo ke ni? Ekekekek. Jom Jom tengok gambar jap :D


suka gambar ni :D

love this pic too :D

and yes , this too. ni buat dekat homestay yang kitaorang tinggal. teheeheh , tengah tak ada kerja kan? buat je la apa yang patut. more pics in next next entry! hehehe.

Kekdahnya pergi di Taman Tamadun Islam tu mula-mula ingat nak jugak masuk dalam Taman Tamadun , nak amik gambar masjid-masjid tu.Tapi malang nya tengah hujan kan?Jadi batalkan hasrat tu.Just amik gambar my sis picture for Pre Convo.Even tengah hujan renyai sekalipun , kitaorang bantai je amik gambar pose sana sini suka hati riang ria kan?Hiks! Almost sejam jugak lah dekat situ.Yelah lepas tu amik gambar dekat Masjid Kristal segala kan?ITU HARUS!! Wah harus ke? Ekekekek. Entahlah , sekadar nak have fun je sebenar nya. After then , kitaorang pergi ke Losong. Sebenarnya bukan nak beli keropok lekor because kitaorang lagi suka beli dekat tempat lain.Tihihih.Kekadang je menggedik beli situ. Hiks. Kitaorang pergi situ sebab mula-mula ingat nak beli Karipap Ikan.

Haa .. ini perkara yang uols perlu tahu okeh? Bila pergi ke Terengganu ni , mostly aku akan cari Nasi Lemak Ikan Tongkol , pergh!! Memang sedap uols!! Lepas tu Karipap inti Ikan. Itu lagi lah heaveeeeen!! Ekekeke. Entah apa kena dengan aku , suka betul cari benda alah ni.Aiyark! Dah meleleh air liur aku -__-' Ekekeke. Tapi malang nya , dekat Losong tu , xada yang jual yang dah siap goreng semua.Yang frozen punya sajork! Aiseh. Tak ada rezeki.IshIsh. Lepas tu kami ke mana pulak? Phewwww...

Kami ke Lapangan Terbang Terengganu.Motif pergi situ? Ekekekek. Kekdahnya , nak habiskan masa gituh.Ermm , situ agak sunyi lah. Seram ai. Eh motif? Ekekeke. Yelah , sunyi gila.Kedai pun tak banyak sangat. Yelah , memang tak ada orang sangat.Cuma yang nak tunggu para jemaah Haji je yang ada dekat situ.Jadi ada lah jugak orang.Eh ayat aku ni belit-beli pulak kan?Hehehehe. Tapi cantik lah ukiran-ukiran dalam tu.Tapi time tu , aku macam a bit moody pulak.Banyak pulak benda jadi time tu.Hish! Benci. Then , amik gambar pun muka macam masam je.Nak senyum tak larat.Fikir nak tidur je time tu.Tapi Tapi Tapi ... lepas pada tu kitaorang tak balik lagi tau .... kitaorang pergi mana pulak???

*

*

*

*

*



eh eh ini gambar time dekat Masjid Kristal ni. Bukan sini... tapi dekat ... scroll lagi ye..

*

*

*

*

*


Hape kebenda ni? *ish ish mamat dalam gambar di van ni hensem lah uols! wakakaka*

Woohoooo , Pulau Duyong! Kitaorang ingat nak tengok Monsoon Cup. Kekdahnya time kitaorang pergi segala benda dah habis! Wakakakaka :P Jadi jalan-jalan , amik gambar gitu je lah :D Time tu hujan dah berhenti. Aiseh. Tapi masalah lain lah pulak T_T Habis seluar jean aku meh.Selamat bawak banyak seluar lain tau.Kalau tak naya aku tau? Aisehhh.. Yelah baru lepas hujan lebat , harus lah habis seluar aku. Tapi memang best jugak lah pergi situ.Anginnnnn sejuk! Tapi kapal-kapal nya entah ke mana tak ada. Ekekeke. Aku pun tak amik tahu sangat kekdahnya! Ekekekek.

Yang tak menahan nya , tempat letak kereta dengan tempat nak tuju punya lah jauh.Lagi lah aku tensyen okeh?Aiyooo... tapi best jugak la sebab sejuk kan?Cuma habis bahagian kaki seluar aku kotor.Ish Ish. Kaki tak yah cakap lah memang habis terkena macam-macam.Sebab aku pakai selipar tapi pakai stokin. Kebetulan aku baru lepas dari semayang dekat masjid berdekatan tu , tu yang macam malas pakai kasut.Pakai selipar tapi pakai stokin.Hik Hik Hik. Macam pelik gitu khenn? Ok Ok jom layan gambar lagi :D


entah apa hal gambar ni macam jadi separuh. aiseh macam macam hal. aku suka gambar ni :D

kegewdikkan! phewww....

seee ... !! habis basah seluar jean aku kan? lepas tu tengok macam pelik je pakai selipar + stokin. ekekeke :D

Lepas tu pulak , habis je pergi bertapa dekat situ dalam setengah jam , kitaorang pun balik ke Dungun.Fuhh , memang letih. Lagipun berjalan sakan dari pagi lagi kan?Lepas tu dekat Terengganu especially dekat KT , jammed teruk gila meh. Fuhh , macam dekat KL gitue! Heheh. Then , ada pulak xcident depan mata kitaorang tengok.Aiseh , time Maghrib dah tu aku rasa. Aiyark! Cuak meh. Banyak betul xcident. Cuak pulak aku.Yelah tengah jalan licin semua , haruslah banyak xcident kan?Aiyooo , mujurlah kami semua selamat. Alhamdulillah.

Hmm , lepas tu , sampai je homestay , aku tak terus tidur ... tapi sibuk edit gambar sambil tunggu Umi dengan Ayah pergi beli makanan dekat Pasar Malam. Perghh , itu yang best tu.Beli makanan macam-macam dannnnn ada Karipap Ikan.Hiks suka suka. Ekekekek. Hmmm lepas tu pulak? Esok kan which is hari Jumaat , 3 December , kami berpindah lagi.Ekeekek. Berpindah ke Hotel UiTM. Fuhh , dah banyak berubah. Elleh gedik kau Ijah.Dia tukar lantai je pun.Itu pun aku dah kecoh.Hahahah. Tapi best lah dekat situ :D Hehehehe. Ok next entry will be my last entry about Terengganu. Hmmm , it took's so many post and day to post about 6 days and 5 night eh? Phewww...


2 comments:

Pija Madzlan said...

alahai...ape dah nama kuih tu...sadapnya.......nnt dah tau namanya bgtau ek ;)

Ijah EmoTemo said...

SitiSifir - Hehehe.. Entahlah. Tak sure sgt nama dia.Lagipun lupa nk ty pakcik tu apa nama kuih tu.Ekeke.Cuma sibuk bertanya resipi je dgn pakcik tu.Ekekek.Slmt dia xhempuk kepala dgn senduk sbb sibuk ty resipi.Muahahah